kesihatan

MAKANAN SEIMBANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN

Benarkah kebaikan makan secara seimbang dapat menurunkan berat badan? Apakah manfaat diet seimbang untuk tubuh badan kita?

Makanan diet seimbang adalah diet yang mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien diperlukan. Ia bertujuan agar tubuh mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa makan secara sihat boleh mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 dan kanser.

Terdapat beberapa faedah atau kepentingan makanan diet seimbang untuk tubuh manusia. Pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Pengambilan diet yang tidak seimbang sebenarnya akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental manakala amalan pemakanan yang sihat membolehkan setiap individu menjadi lebih aktif.

Kajian menunjukkan bahawa dua pertiga individu yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental sementara makanan diet seimbang boleh membantu mengekalkan berat badan yang ideal dan diet  seimbang yang sememangnya boleh mempengaruhi berat badan anda.

Pengambilan diet berkhasiat yang dipenuhi dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, tenusu dan protein akan membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan mood.

Pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berasaskan tumbuhan lain yang kaya dengan antioksidan dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh badan anda.

Ramai menolak daripada mengambil sayur-sayuran dalam makanan harian mereka, tetapi tahukah anda sayur mengandungi kalori yang rendah, kaya dengan kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Pengambilan sayur-sayuran juga akan merangsang deria rasa anda selain melengkapkan nutrien yang diperlukan dalam badan.

Buah-buahan pula mengandungi kalori yang rendah serta kaya serat dan vitamin. Ambil buah-buahan yang segar berbanding dengan buah-buahan diproses (seperti jeruk atau buah dalam sirap) yang mengandungi gula atau garam tambahan yang tinggi.

Kepentingan pengambilan makanan diet seimbang  pula antara lain melambatkan kesan penuaan. Tomato, buah beri, avokado, kacang dan ikan semuanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu yang baik untuk kulit anda. Tomato mengandungi vitamin C, yang membantu membina kolagen, seterusnya menjadikan kulit kelihatan lebih anjal, sihat dan melambatkan penuaan pramatang. Buah beri juga penuh dengan antioksidan dan vitamin yang menggalakkan pertumbuhan semula sel baru untuk kulit.

Keburukan mengambil banyak makanan dan minuman manis

Ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan juga boleh mempengaruhi mood atau emosi seseorang individu. Mereka menyangka bahawa pengambilan makanan dan minuman yang manis dapat meningkatkan emosi apabila sedang mengalami stres. Namun, sebenarnya pengambilan gula dan makanan yang diproses boleh menyebabkan simptom kebimbangan dan kemurungan. Sebaliknya makanan diet seimbang dapat menyokong sistem pertahanan tubuh badan dan daripada kajian menunjukkan bahawa contoh makanan diet seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan nutrien seperti beta-karotena, vitamin C, dan vitamin E yang boleh meningkatkan fungsi imun.

Daging ayam dan lembu mengandungi banyak protein. Ikan, telur, kacang dan tofu yang dihasilkan daripada soya juga  sumber protein yang baik. Elakkan daging yang diproses seperti sosej dan burger di dalam diet kerana makanan-makanan segera ini kaya dengan sodium dan lemak. Dan bagi mengekalkan kandungan protein cuba cara memanggang, merebus atau mengukus.

Seimbangkan pengambilan lemak

Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah lemak diyakini sihat sekiranya jumlah pengambilannya betul dan berpatutan. Lebihkan pengambilan lemak poli tidak tepu yang boleh didapati daripada sumber seperti ikan siakap, cencaru, kembung, minyak bunga matahari, kekacang dan biji-bijian. Bijirin juga sebagai contoh makanan diet seimbang

Seperti yang kita semua tahu, bijirin adalah sumber utama karbohidrat. Digalakkan supaya lebihkan pengambilan bijirin penuh kerana ia mengandungi serat, vitamin B dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Produk tenusu pula penting kerana jenis makanan ini mengandungi kalsium, protein dan vitamin yang penting untuk badan. Susu kaya nutrien kerana susu diperkaya dengan kalsium tinggi, penting membina diet yang seimbang.

kerana ia mengandungi kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; iaitu nutrien penting yang diperlukan untuk orang dewasa. Malah, susu ini bukan sahaja sesuai untuk diambil oleh warga emas, tetapi generasi muda juga boleh mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Related posts

Bersenam Sambil Beramal Untuk Persatuan Kanser: KanWork Anjur Walkathon Amal KanWork 5

adminwm

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

adminwm

Sumac – Betulkah Sumac Boleh Menghilangkan Pelbagai Penyakit Penyakit?

admin

Leave a Comment