GAYA HIDUPkesihatan

TIBA WAKTU ANDA MAKAN KUMQUAT

Kumquat ialah pokok renek atau pokok kecil yang lambat tumbuh dan malar hijau, dari tinggi 2.5–4.5 meter, berdahan tebal, kadang-kadang berduri halus. Daunnya hijau tua berkilat, dan bunganya putih tulen, serupa dengan bunga sitrus lain, berbuah satu-satu atau secara berkelompok dalam ketiak daun.

Limau kumquat berasal dari China (disebut dalam sastera sejak abad ke-12), dan ditanam di sana dan di Jepun sejak sekian lama. Limau ini diperkenalkan ke Eropah pada 1846 oleh Robert Fortune, seorang pengumpul untuk Persatuan Hortikultura London, dan tidak lama kemudian ke Amerika Utara. Mula-mulanya digolongkan dalam Citrus, limau ini dipindahkan ke genus Fortunella pada tahun 1915, namun kaji selidik seterusnya (Burkill 1931, Mabberley 1998) mendukung kembalinya limau kumquat ke Citrus.

Kini diterima empat atau lima spesies:

  • Citrus crassifolia (syn. Fortunella crassifolia) – Kumquat Meiwa. Biasanya dimakan segar, tanpa mengupas kulitnya, dan jarang dimasak.
  • Citrus hindsii (syn. Fortunella hindsii) – Kumquat Hong Kong
  • Citrus japonica (syn. Fortunella japonica, C. margarita, F. margarita) – Kumquat Marumi atau Nagami. Masam, dihargai kerana kekal segar di pokok lebih lama, biasanya dimasak atau dikupas.
  • Citrus obovata (syn. Fortunella obovata) – Kumquat Jiangsu atau Fukushu
  • Citrus polyandra (syn. Fortunella polyandra) – Kumquat Malaya atau Limau pagar.
  • Pokok limau kumquat mudah bekacuk dengan ahli-ahli lain dalam genus Citrus dan dengan Poncirus yang rapat pertaliannya.Kacukan-kacukan ini dikenali sebagai Citrofortunella; contoh-contohnya termasuk limequat, orangequat, dan calamondin.

Di luarnya, buah limau kumquat menyerupai sebiji oren yang bujur, panjangnya 3–5 sentimeter dan lebarnya 2–4 sentimeter. Bergantung kepada jenisnya, warna kulitnya antara kuning hingga merah. Kumquat Nagami berbentuk bujur, manakala kumquat Marumi bulat.

Buah kumquat lazimnya bermusim dari lewat musim luruh hingga pertengahan musim sejuk, dan boleh didapati dalam kebanyakan pasar makanan dengan hasil-hasil pertanian lain.

Buah kumquat dijadikan manisan dan paling banyak dijual di Pulau Pinang dan Melaka. Buah yang masak dimakan mentah bersama kulitnya atau dibuat acar, jem, jeli, manisan, sirap dan jeruk.

Kandungan Nutrisi Buah Kumquat

manfaat buah kumquat bagi kesehatan meningkatkan imun hingga mencegah obesitas

Buah kumquat kaya akan kandungan vitamin C dan serat. Dan buah ini juga mempunyai beberapa kandungan lain: satu porsi 100 gram buah kumquat, mengandung:

  • Kalori: 71
  • Karbohidrat: 16 gram
  • Protein: 2 gram
  • Lemak: 1 gram
  • Serat: 6,5 gram
  • Vitamin A: 6% dari RDI
  • Vitamin C: 73% dari RDI
  • Kalsium: 6% dari RDI
  • Mangan: 7% dari RDI

Kumquat juga menyediakan sejumlah kecil vitamin B, vitamin E, zat besi, magnesium, kalium dan tembaga antaranya . Sedangkan biji buah kumquat yang dapat dimakan memberikan asupan lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan tubuh. Buah yang sebagian besar terdiri daripada serat dan air ini pun dapat memberikan rasa kenyang. 

Manfaat Buah Kumquat bagi Kesehatan

Kaya Antioksidan

Diketahui, kumquat kaya akan senyawa tanaman, termasuk flavonoid, fitosterol dan minyak esensial. Kandungan flavonoid yang terdapat pada kumquat memiliki sifat antioksidan dan anti inflamasi. Sifat ini dapat berguna untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser.

Selain itu, kandungan fitosterol dalam kumquat memiliki struktur kimia yang mirip dengan kolesterol, sehingga sangat berguna untuk menyekat penyerapan kolesterol dan menurunkan kadar kolesterol darah secara efektif.

Menarik, minyak esensial yang sering kali meninggalkan aroma khas di tangan dan udara, ternyata mempunyai kandungan limonene yang bekerja sebagai antioksidan dalam tubuh. Kandungan ini dapat mendukung kesehatan tubuh secara keseluruhan.

Mendukung Fungsi Kekebalan Tubuh

Buah kumquat berfungsi untuk kekebalan tubuh.Dalam pengobatan tradisional di beberapa negara Asia, kumquat digunakan untuk mengubati pilek, batuk dan radang saluran pernapasan lainnya.

Selain itu, penelitian moden juga menunjukkan bahawa kumquat mempunyai kandungan senyawa tertentu yang dapat mendukung sistem kekebalan tubuh. Ini kerana didapatkan kandungan vitamin C dan senyawa tanaman yang terdapat di dalamnya.

Tanaman kumquat dapat membantu mengaktifkan sel kekebalan yang disebut sel pembunuh alami. yang membantu melindungi tubuh daripada infeksi. Sel ini juga telah terbukti menghancurkan sel tumor secara efektif.

Mencegah Obesiti 

Buah kumquat boleh mencegah obesitas dan gangguan terkait lainnya. Senyawa tanaman dalam kumquat dapat membantu melawan obesiti dan penyakit terkait, termasuk penyakit jantung dan diabetes tipe 2. Kajian yang dilakukan pada tikus yang diberi diet tinggi lemak selama lapan minggu mengalami kenaikan berat badan secara signifikan dibandingkan tikus yang diberi diet tinggi lemak dan ekstrak kumquat.

Analisis lebih lanjut menunjukkan bahawa ekstrak kumquat membantu meminimalkan pertumbuhan ukuran sel lemak dalam tubuh. Fakta ini diperkuatkan di mana poncirin flavonoid memiliki potensi dalam mengatur sel lemak tubuh.

Kumkuat ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan popular di Malaysia menjelang Tahun Baru Cina. Buah kumquat yang berwarna kuning emas menjadi kegemaran kaum Cina kerana warna emas menjadi simbol kekayaan yang abadi dan buah yang lebat menjadi simbol sesuatu yang lumayan.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Related posts

Danial dan Eleena

adminwm

‘Paint Your dUCk’

admin

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

adminwm

Leave a Comment