FESYEN

Ruang Lebih Elegan, Pengalaman Membeli-Belah Yang Lebih Bermakna

“A beautiful boutique is never just about beautiful clothes. It is about how the space makes you feel before you even touch the first garment.”

Butik ini bukan sekadar menjual pakaian tetapi ia mengundang kami untuk menikmati keseluruhan pengalaman.

Itulah yang saya rasakan ketika menerima jemputan eksklusif daripada iORA sempena pembukaan semula butik utama mereka di Mid Valley Megamall. Sebelum pintu dibuka kepada orang ramai, editor fesyen diberi peluang menjadi antara tetamu terawal menikmati konsep baharu butik ini.

Paling menarik, pagi itu kami bukan sekadar melihat koleksi terbaharu. Pihak iORA membuka ruang untuk kami memilih sendiri padanan kegemaran daripada koleksi musim ini. Saya akhirnya memilih sehelai inner yang sangat versatil dipadankan bersama jeans dan jaket putih — dua helaian yang membuktikan falsafah iORA bahawa fesyen yang baik tidak semestinya rumit, tetapi mestilah mudah dipakai dan kekal bergaya. Waktu sama saya membeli sehelai shirt putih (diskaun 20%) mix & match sesuai dipadankan dengan jean pada hari-hari santai.

Pengalaman seperti ini memberi peluang kepada kami melihat sendiri bagaimana sesuatu koleksi direka bukan sekadar untuk dipamerkan, tetapi benar-benar untuk dipakai oleh wanita moden dan menggunakan kreativiti sendiri untuk suai padan.

Sebuah Evolusi Jenama

Pembukaan semula butik utama seluas 9,408 kaki persegi ini bukan sekadar pengubahsuaian ruang. Ia butik pertama iORA di Malaysia yang menampilkan konsep reka bentuk runcit baharu, sekali gus menandakan evolusi jenama yang berasal dari Singapura sejak 1998.

Segala-galanya direka dengan lebih terbuka, lebih lapang dan lebih intuitif.

Daripada susun atur yang menyerupai galeri seni moden hinggalah laluan yang lebih luas, setiap sudut memberi ruang kepada pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah tanpa rasa tergesa-gesa.

Sebagai editor yang telah berkunjung ke pelbagai butik fesyen antarabangsa selama lebih empat dekad, saya sentiasa percaya bahawa sebuah butik yang baik bukan hanya mempamerkan pakaian, tetapi menceritakan identiti sesebuah jenama. Dan itulah yang berjaya dilakukan oleh iORA melalui konsep baharunya ini.

Direka Untuk Memudahkan Wanita

Konsep butik baharu ini membahagikan koleksi mengikut gaya hidup wanita masa kini.

Sebaik melangkah masuk, pelanggan disambut oleh New Arrivals Zone, mempamerkan koleksi terkini dan inspirasi gaya musim semasa. Bagi wanita yang mengutamakan keselesaan harian, iORA Casual Zone menawarkan himpunan pakaian santai yang mudah digayakan, termasuk koleksi denim terbaharu yang menjadi antara fokus utama musim ini.

Sementara itu, iORA Formal Zone mengetengahkan potongan yang lebih sofistikated untuk wanita profesional, sesuai dipakai ke pejabat, majlis rasmi mahupun acara sosial.

Turut diberi perhatian ialah Accessories Zone, ruang khas yang memudahkan pelanggan melengkapkan keseluruhan penampilan tanpa perlu mencari aksesori di tempat lain.

Apa yang saya sukai ialah bagaimana keseluruhan butik ini terasa begitu tenang. Tiada rak yang terlalu padat atau susunan yang mengelirukan. Sebaliknya, pelanggan bebas bergerak dan menikmati setiap koleksi mengikut rentak mereka sendiri.

Fesyen Untuk Semua

Keselesaan, itulah yang diutamakan. iORA  menyediakan 11 bilik persalinan, termasuk sebuah bilik khas yang lebih luas bagi memudahkan pelanggan OKU serta ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi.

Ia mungkin kelihatan seperti satu perincian kecil, namun sebenarnya menggambarkan komitmen jenama terhadap pengalaman membeli-belah yang lebih inklusif dan selesa untuk semua.

Bagi saya, butik baharu iORA ini bukan sekadar destinasi membeli pakaian. Ia adalah refleksi bagaimana landskap runcit fesyen sedang berubah — daripada hanya menjual produk kepada mencipta pengalaman.

Wanita hari ini bukan sahaja mahukan pakaian yang cantik. Mereka juga menghargai ruang yang memberi inspirasi, layanan yang mesra dan koleksi yang mampu menemani kehidupan seharian mereka.

Konsep baharu iORA di Mid Valley Megamall berjaya menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut dalam sebuah ruang yang moden, elegan dan praktikal.

“Fashion begins with clothing, but style begins with experience.”

Dan pengalaman itulah yang kini menjadi kekuatan baharu iORA.

Mengenai iORA

Ditubuhkan pada 1998 di Singapura, iORA terkenal dengan falsafah “effortless elegance”, menghasilkan koleksi fesyen wanita yang menggabungkan gaya kontemporari, keselesaan serta kepraktisan untuk kehidupan moden. Kini mempunyai 15 butik di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur, serta terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama fesyen pilihan wanita yang menghargai gaya yang sofistikated tetapi mudah digayakan.

   “Saya sentiasa percaya, pakaian yang indah menarik perhatian. Tetapi ruang yang indah, layanan yang baik dan pengalaman yang menyenangkan membuatkan seseorang ingin kembali.”
 — Wirda Adnan

Related posts

THE DEFY REVIVAL A3691

admin

TIMBERLAND FOR FUNCTIONAL STYLE  AND WEATHER READINESS

adminwm

Apa Yang Membuat Lelaki Ini Stylish – Style Icon?

admin

Leave a Comment