GAYA HIDUP

Pabila Seni dan Jiwa Bersatu di CIMB Artober Art & Soul

CIMB Artober Art & Soul kembali tahun ini, mempamerkan kecemerlangan seni yang merangkumi koleksi eksklusif karya yang dipamerkan buat pertama kalinya daripada artis legenda, mendiang Datuk Ibrahim Hussein, karya peribadi daripada Koleksi AFK dan pameran bertajuk “Nothing Exists Alone” oleh artis, Tan Kai Sheuan.

Acara tiga hari ini akan menyaksikan lebih 100 artis yang akan hadir mempamerkan keaslian karya mereka bersama hasil seni yang telah mapan, diwakili lebih 20 galeri utama.

Pameran seni tahunan ini bertujuan untuk menonjolkan kekuatan ekonomi kreatif Malaysia dengan bakat tempatan dan serantau. Ia terus menjadi ruang kreatif yang menarik dan bertenaga, meraikan apresiasi seni sambil memperkasakan usahawan artistik.

Mari sama-sama kita menyokong karya seni yang penuh jiwa dan mesej ini dengan sama-sama hadir di Hall 1, MITEC, Kuala Lumpur bermula dari 26-28 September 2025 dari jam 12 tengah hari sehingga 8 malam.

Hidup seni kerana jiwa, hidup karya kerana pemujanya…

Related posts

cirKLe. Eid Semester 2026 Cipta Destinasi Membeli-Belah Raya Yang Estetika dan Berinspirasi

Afiza Kamarulzaman

Vivo X90 SERIES

admin

Balik Kampung, Kini Lebih Mudah — Bagaimana Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Mengubah Cara Kita Mengembara

adminwm

Leave a Comment