Rakyat Malaysia Berpeluang Menyaksikan EV yang Dinanti-Nantikan Kini ia Menjelajah ke 13 buah Negeri dan 29 buah Bandar di Seluruh Negara
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5, pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Model e.MAS 5, sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menjelajah lima wilayah di seluruh negara dari Ogos hingga Oktober 2025.
Menerusi pratonton eksklusif di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan serta di bilik pameran Proton e.MAS di 13 negeri, Jelajah MISI 5 bertujuan untuk membawa pengalaman EV kepada rakyat Malaysia. Orang ramai berpeluang melihat dan merasai sendiri kecanggihan e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada hujung tahun ini.
“e.MAS 7 merupakan EV paling laris di Malaysia setakat ini, dan kami percaya cara paling berkesan untuk membina keyakinan terhadap e.MAS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah dengan memberi peluang kepada orang ramai merasainya sendiri. Melalui Jelajah MISI 5, rakyat Malaysia bukan saja dapat melihat e.MAS 5 dari dekat, tetapi juga boleh mengenali kereta ini bersama pakar produk kami dan juga berpeluang bertemu dengan pempengaruh kegemaran mereka,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
Beliau menambah, “Proton e.MAS 5 direka khas untuk memenuhi keperluan golongan muda yang tinggal di bandar, berkeluarga, dan kepada mereka yang ingin beralih kepada kenderaan EV. Menerusi Jelajah MISI 5, kami dapat mendekati golongan ini dengan lebih dekat ke setiap wilayah.”
Jelajah Seluruh Negara Menyemarakkan Keterujaan Sebelum Pelancaran Rasmi


Dengan tumpuan di lokasi pelancongan dan hentian di bilik pameran Proton e.MAS, Jelajah MISI 5 membawakan pengalaman EV terus kepada rakyat Malaysia. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya.
Menjelajah ke Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak, orang ramai berpeluang mengenali e.MAS 5 dengan lebih dekat menerusi sesi penerangan, melihat sendiri kenderaan canggih ini, serta menyertai aktiviti interaktif yang menarik. Aktiviti ini diadakan untuk mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan yang luas dan teknologi pintar e.MAS 5.
Bukan hanya sekadar pratonton, Jelajah MISI 5 menunjukkan bagaimana e.MAS 5 disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Dari generasi belia yang menetap di bandar sibuk dengan kerja, kelas dan aktiviti sosial sehinggalah mempunyai keluarga yang sentiasa menguruskan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan dan merancang percutian hujung minggu, e.MAS 5 direka untuk melengkapi segalanya.
Dengan ciri pintar seperti kawalan pra-penyejukan dan merancang untuk mengecas kereta, e.MAS 5 direka untuk memudahkan kehidupan harian. Bahagian ruang dalamannya yang luas dan praktikal, cukup fleksibel untuk menyimpan beg gym, barang dapur atau kelengkapan keluarga. Pemanduannya juga meyakinkan dengan sokongan teknologi keselamatan terkini seperti pengecasan pantas 80% pada masa yang singkat, memuatkan stroller dan barang-barang tanpa masalah serta memandu dalam keadaan yang tenang di tengah kesibukan kota raya, e.MAS 5 dapat membantu keperluan harian anda.

e.MAS 7 kereta paling laris di Malaysia kini. Dan tunggukan pula e.MAS 5 tidak lama lagi

