GAYA HIDUP

Vietjet Bakal Melancarkan Penerbangan Harian Kuala Lumpur-Hanoi

Vietjet sekali lagi mencipta sejarah dalam landskap penerbangan Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan penerbangan harian baharunya antara Kuala Lumpur dan Hanoi, ibu negara Vietnam, bermula 28 November 2024. Hubungan udara di antara kedua-dua negara ini adalah satu detik penting yang dinanti-nantikan oleh para pengembara sama ada untuk bercuti atau urusan perniagaan. Ia juga meningkatkan lagi hubungan dua hala dari segi budaya, ekonomi dan pelancongan yang semakin berkembang di seluruh rantau ini.

Laluan penerbangan baharu akan beroperasi setiap hari, dengan penerbangan VJ906 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai (HAN) Hanoi, berlepas pada 12:40 tengah hari (waktu tempatan). Penerbangan balik, VJ905, akan berlepas dari Hanoi ke Kuala Lumpur pada jam 7:20 pagi (waktu tempatan). Pesawat Airbus A320 yang akan diguna pakai untuk laluan tersebut bakal membawakan pengalaman penerbangan yang selesa dan cekap kepada semua penumpangnya.

Tiket penerbangan kini boleh dibeli melalui www.vietjetair.com, aplikasi mudah alih Vietjet Air, dan ejen rasmi di seluruh dunia, dengan pelbagai promosi menarik. Pada 10 Oktober 2024, penumpang boleh menikmati diskaun sehingga 100% untuk tiket Eco (*) dengan kod promo VJ1010, sah untuk perjalanan antara 1 Januari dan 22 Mei 2025 (**). Selain itu, jutaan tiket dengan harga serendah RM166 (harga termasuk semua cas, sehala) bakal tersedia pada setiap hari Jumaat di seluruh rangkaian penerbangan Vietjet, sah untuk laluan baharu Kuala Lumpur-Hanoi serta laluan antarabangsa yang lain.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman premium, tiket tambang Deluxe juga boleh dibeli dengan diskaun sehingga 50% (*) untuk perjalanan sehingga 20 November 2024, dengan faedah lain seperti bagasi daftar masuk percuma sehingga 40kg, pemilihan tempat duduk percuma dan penukaran jadual penerbangan percuma (** ). Hanoi bakal menjadi destinasi kedua di Vietnam dalam laluan penerbangan yang dikendalikan oleh Vietjet dari Kuala Lumpur, selepas Ho Chi Minh City, metropolis terbesar di Vietnam. Dengan operasi penerbangan harian sejak tahun 2016, laluan ini telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong Malaysia ke Vietnam. Menurut Pejabat Perangkaan Am Vietnam, Malaysia adalah antara enam negara utama bagi pelawat antarabangsa ke Vietnam untuk sembilan bulan pertama tahun 2024. Dengan warisan sejarah yang menjangkau lebih daripada 1,000 tahun, Hanoi merupakan sebuah hab utama bagi politik, ekonomi dan budaya di Asia Tenggara.

Bandar ini terkenal dengan pelbagai tarikan, termasuk Old Quarter, Thang Long Imperial Citadel, Temple of Literature, Hoan Kiem Lake, dan West Lake. Kecantikan semula jadi bandar ini sepanjang tahun tanpa mengira musim dan pelbagai makanan yang unik menambahkan lagi tarikannya kepada para pelancong.

Selain laluan Kuala Lumpur-Hanoi, Vietjet juga sedang memperluaskan rangkaian penerbangannya di beberapa destinasi lain di Asia. Mulai 12 Disember 2024, syarikat penerbangan itu akan menyambung semula laluan Ho Chi Minh City-Tainan, mengukuhkan lagi kedudukan utamanya dalam menghubungkan Vietnam-Taiwan. Vietjet juga akan meningkatkan kekerapan di laluan utama yang menghubungkan Hanoi ke Nagoya, Siem Reap, dan Busan, serta Ho Chi Minh City ke Vientiane dan Bali, mulai  27 Oktober 2024.

Related posts

Apa Itu Mati Pucuk Lelaki?

adminwm

Terokai Tradisi SPA dan Penyembuhan yang Abadi di Pamukkale

adminwm

Kenapa Wajib Vaksin?

Wirda Adnan

Leave a Comment