Minggu fesyen Kuala Lumpur 2025 kembali mengegarkan pentas peragaan tanah air dengan lebih 55 pereka dan jenama mengambil bahagian pada 4 Ogos 2025. Dengan ruang ketibaan khusus yang lebih segar, ruang peragaan KLFW2025 meliputi hampir keseluruhan Esplanade, Taman KLCC. Dewan persembahan utama, pentas peragaan dan pelbagai ruang aktiviti pengaktifan turut memenuhi struktur monokrom setingkat serba moden dan anggun yang tersedia. Selain 500 tetamu yang menghadiri setiap persembahan fesyen yang diadakan, peminat fesyen tanahair sekali lagi berpeluang menyaksikan hasil sentuhan bakat-bakat dunia fesyen menerusi penstriman langsung yang disiarkan secara eksklusif pada panel LED layar besar yang terdapat di bahagian luar dewan.



KLFW202 membuka tirai dengan Sofia Iman (2pm), Huntilanak, Ugly Pretty, Doubleback dan Shanash (4pm), AkuDesign Corak Outwell (5.30pm) dan Rizman Ruzaini pada 7.30pm.
Dan yang menjadi tumpuan peminat fesyen dan peminat-peminat hiburan, ramai menyerbu ke ruang Esplanade apabila pentas peragaan jam 9.30 malam sekali lagi diberikan kepada jenama Rizman Ruzaini. Ratusan peminat yang tidak berpeluang masuk ke dalam menyambut di luar kehadiran artis-artis terkenal negara; Datuk Syafinaz, Zaina dan Anuar Zain, Aina Abdul, Sarimah, Fattah Amin dan Amira dan ramai lagi hampir kerana dua barian hadapan diduduki semua adalah selebriti.Ya mereka memilih memakai koleksi perekanya sebagai tanda hormat dan sayang pada dua anak muda yang menjadi nadi kepada jenama yang kini hangat diperkatakan.



Kolaborasi berani menjadi tumpuan utama KLFW2025. Mengubah seni tekstil warisan yang dipelihara Muni dan Sofia Iman, masing-masing menyerlahkan keindahan warna semulajadi dan songket tradisional dalam rekaan yang mempersonakan. Menggabungkan keanggunan dan gaya moden, label pakaian wanita, Larney, mempamerkan gandingan mengujakan bersama Afiq M yang kembali ke pentas peragaan serba hitam menerusi pementasan semula rekaan-rekaan klasik yang sering dinanti-nanti ramai. KLFW 2025 juga teruja untuk mengalu-alukan kehadiran semula Ezzati Amira, Hatta Dolmat, Maarimaia, Variente,Mimpikita, Neonate, dan Private Stitch, masing-masing dengan koleksi yang melampaui sempadan dan menambahkan lagi kepelbagaian gaya dalam acara fesyen ini.



Bersedia untuk memberikan tanggapan pertama yang berani dalam penampilan sulung mereka di KLFW 2025 adalah bintang-bintang baharu seperti Akmal Hakim, ShazNash, Ugly Pretty, HUNTILANAK dan MOKJY. Mereka menyertai barisan peserta setia KLFW seperti Outdwell dan D oubleback. Turut membuat penampilan yang sangat dinantikan ramai ialah pereka terkemuka, Radzuan Radziwill dan artisan bespoke, Teh Firdaus, masing-masing dikenali dengan rekaan couture ikonik untuk barisan artis-artis A-lister dan kerabat diraja.



Landasan KLFW2025 turut memperlihatkan kehadiran pereka muda Raja Irfan, Mei Mei, dan Salahuddinhilmi dalam segmen “Rekaan Demi Kelestarian” (Design to Sustain) susulan kemenangan hebat mereka pada pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 (KLFW Designer Search 2024).



“Susulan kejayaan penganjuran KLFW2024 yang berimpak dan penuh ikonik dalam ruang peragaan yang dibina khas, kami sedar bahawa adalah penting untuk kami kembali menganjurkan acara ini sekali lagi. Tujuan kami untuk memacu dunia fesyen tidak pernah berubah. Malah, KLFW2025 menandakan kehadiran semula yang lebih gah dengan cita-cita yang lebih besar, barisan peserta yang menarik perhatian, rekaan fesyen serta trend yang lebih menyerlah dan berani serta kelas dunia. Walaupun KLFW mungkin merupakan acara fesyen utama, namun demikian ia kekal sebagai satu pergerakan yang dipacu komuniti iaitu satu kolektif yang dikuasai semangat dan kecintaan serta dedikasi pereka fesyen, penaja, rakan industri dan komuniti yang menggemari dunia fesyen,” kata Andrew Tan, Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
