GAYA HIDUPKhas

Sepetang Bersama Zahnita–An Afternoon To Remember! 

Satu petang yang indah dan penuh makna! Bukan sahaja buat Zahnita, bahkan kami semua di belakang tabir Majalah WM yang bekerja keras selama satu bulan untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Kehangatan dan nikmatnya dapat kami rasakan bersama

Majlis hi tea ‘Up Close and Personal With Zahnita – A journey of Resilience & Triumph’ ilham atas kesedaran dan naluri to empower, honour and respect sesama wanita, demi melonjakkan semula semangat Zahnita Wilson yang memerlukan booster to kick start dan untuk terus bangkit menghadapi episod kehidupan seterusnya, setelah apa yang berlaku dalam hidupnya.

Menariknya apabila ada yang berbisik kepada saya, “ala soiree,” memang teruja dan puas hati mendengarnya. Masakan tidak, bukan semua yang hadir mengenali Zahni secara dekat, malah ramai yang tidak pernah bersua muka pun sebelum ini, namun bila mereka diketemukan oleh Majalah WM, suasana mesra terus tercipta antara Zahnita dan semua yang hadir.

Sambutan Menggalakkan

Bertempat di dewan Hotel Royale Chulan Damansara menjadi ‘kediaman’ dan soiree Zahnita meraikan para tetamu.

Tidak kami sangka acara yang pada awalnya dianggarkan hanya untuk tidak lebih 50 tetamu sebagai majlis minum petang yang intim itu berakhir dengan lebih 120 tetamu.

Yang pasti, semua yang berada di acara petang itu punya satu tujuan; untuk meraikan Zahnita, merangsang semangat dan memberinya moral support demi kesedaran dan atas dasar kemanusiaan.

Begitupun semua tahu kemunculan Zahnita adalah kemuncak petang tersebut, malah awal lagi kami merancang untuk tampilkan Zahnita secara kejutan, namun sebaliknya yang berlaku. Sesampainya di muka pintu dewan, Zahnita sudah diserbu. There goes our surprise!

Saya selaku pengacara mengajak tetamu bertenang dengan mengalu-alukan kehadiran mereka dan memulakan majlis dengan secebis doa oleh Ketua Bahagian Teknikal & Grafik Majalah WM Atif Hassan diikuti ucapan ringkas daripada Pengasas Majalah WM/WM Heart juga selaku Ketua Pengarang Majalah WM, Hajah Wirda Adnan. 

A small surprise dengan menjemput Pengasas Lewre Bespoke, Dato’ Lewre Lew berkongsi pandangan mengapa setiap individu mesti menyayangi diri sendiri.Yes, Love Yourself, “It is only when you have mastered the art of loving yourself that you can truly love others.” 

Falsafah cinta dan kecintaan itulah yang cuba Lewre tegaskan kepada tetamu khususnya Zahnita yang sememangnya kini memerlukan perhatian dan harus mempelajari seni menyayangi dan menghargai diri. Hanya dengan semangat itu sahaja Zahnita boleh bangkit membela dirinya dan seterusnya mendidik anak-anak secara sihat.   

Sememangnya, Dato Lew bukan sahaja pakar dalam perihal pembuatan ketukangan dan perniagaan kasut, tetapi juga dalam hal-hal kesejahteraan kehidupan. Beliau terkenal dengan gaya hidup sihat yang luar biasa melalui pemakanan dan guru Martial Arts Qigong. Dato amat mementingkan kesejahteraan jasmani juga kerohanian

Zahnita Berkongsi Cerita

Hadirnya Zahnita bersama tiga anak-anaknya, mereka dibawa khas dari Kuantan ke Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Kuantan dalam kenderaan mewah tajaan Felix Relocations. Menggenakan top dan pants serba putih rekaan Rizman Rozaini, Zahni mendapat sentuhan stylist terkenal @xeliciousxass/Vee, solekan dan dandanan Sheila Mohamad.

Mendekati Zahnita, dalam sesi bual kenal petang itu, dia mengungkap perjalanan hidupnya sejak datang ke Malaysia ketika usia masih kecil. Bapanya berdarah keturunan New Zealand sementara ibunya Melayu. Rentetan ceritanya itu memang menarik, di mana Zahnita menjadi peragawati kanak-kanak, kemudian dikenali sebagai peragawati remaja, hinggalah membawa kepada dunia glamor apabila bergelar supermodel Malaysia dan akhirnya berkahwin. 

“Di usia 10, keluarga kami berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu kehidupan saya samalah seperti kebanyakan kanak-kanak lain seusia saya yang membesar dengan persekitaran, peradaban dan budaya Malaysia,”  kata Zahnita. “Dua tahun kemudian saya kehilangan kasih sayang seorang ayah apabila ayah meninggal dunia.”

Walaupun pada awalnya, kehidupannya agak mencabar dan berasa kekok dengan bahasa dan budaya masyarakat setempat, namun Zahnita terus membesar dengan baik dan dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Dan pengkisahannya membawa para hadirin mengelamun jauh buat seketika.

Tiba ke topik perkahwinan, seperti yang dipinta sejak awal, dia tidak mahu bercerita hal rumah tangga yang sudah pun viral mahupun kes perceraiannya yang telahpun diketahui umum.

Kasih ibu, namun Zahnita sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai empat cahaya mata yang menjadi tunggak kekuatan dan jantung yang mendenyutkan semangatnya untuk terus bangkit menghadapi kemungkinan dan pelbagai cabaran seterusnya. 

Daripada  titik noktah itu, Zahnita mula tersentuh dan sedih. Ini membuat tetamu juga turut sama dan suasana senyap seketika malah ada yang bergenang air mata kerana sama-sama dapat menjiwai perasaannya waktu itu. 

Namun suasana bertukar menjadi bersemangat kembali apabila Zahnita berkongsi impian dan apa yang dia harapkan dalam kehidupan ini di masa hadapan. 

Impikan Greener Pasture

Menampilkan dirinya yang semakin yakin dan berani, Zahnita begitu teruja untuk berkongsi dengan hadirin perancangan masa depannya bersama anak-anak dan paling mengujakan apabila beliau berkongsi berkenaan perniagaan pie yang kini sedang melonjak jualannya. 

Diakui Zahnita, dunia berniaga bukanlah mudah namun bukan juga sesuatu yang baru baginya. Sebelum ini dia dan ibunya pernah membuka sebuah restoran untuk mencuba nasib dalam dunia perniagaan, namun rezeki tidak menyebelahi mereka, setelah bertahan seketika, akhirnya terpaksa menutup kedai.

Menurut Zahnita, kegagalan tersebut tidak pula melemahkan semangat mereka terus mencuba. Kini berdua beranak sememangnya berhasrat dan merancang  mengembangkan perniagaan Pie. Dan Zahnita bersyukur kerana ibunya sentiasa berada di belakang menyokongnya.

Zahnita merancang dan berazam untuk membuat pulangan lapan juta ringgit dalam jangka waktu lima tahun akan datang. Sambil menunggu dan melihat kejayaannya itu menjadi realiti, marilah kita sama-sama mendoakan agar impiannya itu tercapai.

Majlis Semakin Rancak

Acara diteruskan dengan persembahan fesyen daripada pereka Sara J yang mempertontonkan hasil seni rekaannya bertajuk ‘The Black Widow’. Ia menampilkan koleksi rekaan daripada fabrik sifon, crepe dan sutera bertema hitam dalam silhouette menawan seperti kaftan berhoody, kain dan top serta dres malam yang feminin.

Minuman petang bermula. Pelbagai hidangan, pendek kata pilihan hi tea Royal Chulan Damansara mendapat pujian tetamu.  RCD mengalu-alukan tetamu untuk datang lagi mencuba pelbagai menu lazat terutamanya menjelang puasa dengan Warna Rasa buffet Ramadan Royal Chulan Damansara 

Sebelum mengakhiri acara petang itu, lebih 20 cabutan bertuah daripada penaja dermawan seperti lima set produk kecantikan The Body Shop Malaysia, baucer D7D Beauty House, dua pasang kasut khas LEWRE Bespoke, enam set tudung, tali pinggang dan haruman daripada Rizman Ruzaini, lima beg berisi baju oleh pereka Sara J, telah menyemarakkan lagi suasana dan menjadi riuh rendah dengan gurau dan gelagat para tetamu yang menanti-nantikan nombor siri bertuah mereka dipanggil.

Rata-rata mereka yang menang cukup berpuas hati, membawa pulang pelbagai hadiah daripada produk kecantikan, tudung, haruman, kasut dan pelbagai baucer termasuk spa kecantikan. Bagi yang kurang bernasib baik pula, mereka tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya beg cenderahati berisi palet pemerah pipi dan penyeri wajah daripada jenama tempatan SLAE dan juga baucer RM300 daripada Felix Relocation sudah cukup untuk mereka pulang dengan senyuman.

Kolaborasi Penaja Meriahkan Lagi Acara

Acara petang yang istimewa ini tidak mungkin jadi realiti jika tiada sokongan daripada rakan kongsi dan para penaja. Bermula dengan tempat yang kami pilih Royale Chulan Damansara, sememangnya pilihan tepat dan cukup sesuai dengan dekorasi sedia ada yang klasik moden dan diserikan hiasan meja yang menawan oleh Sanggul Event dengan sentuhan magis Raja Sani, suasana bertambah segar dan nyaman. 

Keluarga Majalah WM dan para penaja

Tetamu bergaya lagi teruja  

Seawal jam 1.30 tengahari 2.2.25, sebaik melangkah masuk dewan, para tetamu disambut oleh keseronokan booth NK360, yang sememangnya booth paling hit petang itu. Pendeknya riuh sekampung apabila masing-masing dapat bergambar dengan putaran 360 darjah. Memang tidak sabar dan teruja untuk melihat hasil video mereka yang menggunakan teknik berputar dan rakaman kamera yang canggih. Hasilnya, cukup mengujakan; ada yang cantik, dan tidak kurang juga yang berasa amat melucukan apabila mereka melihat gelagat sendiri dalam skrin.

Menariknya booth bukan sahaja untuk mempamerkan produk-produk sedia ada malah ada yang khas menjelang Raya, membuat para tetamu bertambah seronok dan teruja. Di suatu sudut terdapat pula ruang pamer spa mini Kenanga Bunga Spa oleh DND Beauty House. Sudut ini juga tidak kurang pengunjungnya dan ramai juga yang mencuba spa tangan yang menyegarkan.

Melangkah lagi, para tetamu dihidangkan pula dengan mini booth beberapa penaja seperti sudut LEWRE Bespoke, mini butik yang disediakan Maya Silk House dan pereka Sara J. Di setiap tempat duduk disediakan beg SLAE berisi palette alat solek SLAE kepunyaan Datin Dr. Nik Sarina Hashim.

Alhamdulillah dengan hanya satu bulan perancangan, kami akhirnya berjaya melaksanakan impian hi tea ini dengan adanya pembabitan para penaja yang memahami misi kami dan turut menyemai hasrat yang sama. 

Kiri: Pereka Bon Zainal mencabut nombor bertuah dan kanan Dato’ Lewre daripada LEWRE Bespoke, Dato Ajay Ubrani daripada Maya Silk House menyampaikan hadiah kepada Datin Hariati Jaafar pemenang kasut Bespoke LEWRE.  

Kiri: Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang bertuah. Kanan: Pereka Sara J,  dan En. Terence daripada Felix Relocation Sdn.Bhd.

Cenderahati daripada Kenanga Bunga Spa D&D Beauty House, dan daripada Felix Relocations

Majalah WM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Royale Chulan Damansara, Felix Relocations Sdn.Bhd, LEWRE Bespoke, The Body Shop Malaysia, MAYAS FABRIQUE SDN.BHD. Sara J Boutique, SLAE Cosmetics, DND Beauty House, NK 360 Photo Booth, Rizman Ruzaini, Stylist @xeliciousxass/Vee, jurusolek/jurudandan Sheila Mohamad, syarikat perunding acara Raja Sani /Sanggul Event, Dato’ Hajah Zaiton Mohd Jiwa dan Datin Rina juga kepada semua tetamu yang hadir.

CSR Kami Di WM Heart

Acara khas untuk Zahnita ini adalah salah satu program Corporate Social Responsibility Majalah WM/WM Heart yang memberi fokus kepada wanita, kanak-kanak dan masyarakat secara umum. 

Selain aktiviti seperti hi tea ini, WM Heart juga menjalankan beberapa program amal yang lain dan salah satunya adalah waqaf al Quran kerjasama dengan Yayasan Nasyrul Quran/Yayasan Restu. Projek Waqaf Al Quran ke Bosnia adalah misi kami kini dan sedang berjalan rancak. WM Heart berhasrat mewakafkan sebanyak 20,000 naskah Al Quran ke Bosnia. WM Heart juga bekerjasama  dengan Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council.  Di kesempatan ini kami merayu kepada semua tidak kira di mana anda berada untuk sama-sama berwakaf. Hubungi kami 012 5746875   untuk maklumat lanjut.

Buat pengetahuan penonton, hi tea petang bersama Zahnita ini adalah aktiviti pertama untuk memulakan semarak rentetan pelbagai acara dan aktiviti amal yang bakal menyusul sepanjang 2025. 

Sebagai jawapan kepada ramai yang bertanya mengapa kami adakan minum petang ini, kerana telah terbukti dan kami di Majalah WM yakin dan tegas dengan pendapat bahawa keganasan menjejaskan masyarakat di mana-mana di seluruh dunia.

Ia adalah topik yang memerlukan perhatian dan tindakan masyarakat secara umumnya. Bercakap mengenai keganasan, masyarakat memerlukan pengetahuan dan penyampaian mesej kesedaran yang kuat, sama ada anda bercakap dengan individu, sekumpulan kecil orang atau khalayak yang ramai.

Majlis hari ini adalah aktiviti amal kami yang mengajak masyarakat menyantuni mana-mana pihak yang memerlukan, secara lembut dan bersahaja sambil memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa saling membantu dan memberi sokongan moral khususnya di kalangan wanita.

Di Sebalik Tabir

Team Editorial dan Pentadbiran Majalah WM  

Terima kasih Majalah WM ucapkan kepada p0enata gaya) , Sheila (makeup) dan Fendy (rambut)yang telah bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan Zahnita muncul.segar dan glamor.

Puan Dang Suria dari Hotel Royale Chulan Damansara menyambut Zahnita setibanya dari Kuantan dan makan malam bersama penerbit filem dan drama Dato Hajah Zaiton Mohd Jiwa dan Raja Azmi sehari sebelum majlis

Related posts

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

adminwm

BERSIAP-SIAP UNTUK BULAN RAMADAN

adminwm

Dana RM12,860 Untuk Menyokong Barisan Perubatan

admin

Leave a Comment