FESYEN

Dayah Bakar X Thalia–Koleksi Raya Pesona Anggun dan Malar Segar

Dayah Bakar X THALIA Raya Collection adalah hasil gabungan unik antara personaliti ceria dan sopan, Dayah Bakar bersama kreativiti duo pereka jenama fesyen lokal, Thalia iaitu Qay Rahman dan Firdaus Kamal yang diinspirasikan daripada keindahan budaya Peranakan. Koleksi ini menampilkan rekaan elegan, klasik, dan moden; menjadikannya ilihan ideal untuk bulan Ramadan dan Syawal ini, malah pada majlis kenduri lainnya juga.

Majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini di Ruema Cafe & Event Space, Cheras turut dihadiri para selebriti, pempengaruh dan rakan media. Dalam semangat meraikan keindahan warisan Malaysia yang menyatukan pelbagai kaum, Thalia, jenama fesyen ikonik dengan sentuhan minimalis moden, begitu teruja berkongsi tentang koleksi ini yang menggabungkan kreativiti unik ini.

Rekaan ini memaparkan elemen floral yang elegan dan gaya kebaya feminin. Dengan gabungan elemen moden, setiap rekaan dicipta untuk memancarkan keanggunan tradisional yang relevan buat wanita moden.

Menurut Dayah Bakar, “Koleksi ini adalah simbol cinta saya terhadap budaya kita yang indah, di mana setiap rekaan dicipta dengan penuh dedikasi untuk wanita yang ingin tampil yakin dan anggun, khususnya pada Hari Raya. Bersama Thalia, saya dapat melihat impian saya diterjemahkan menjadi sebuah koleksi yang begitu memukau dan bermakna.”

Kerjasama antara THALIA dan Dayah Bakar bukan sekadar meraikan keindahan busana, tetapi juga menonjolkan tanggungjawab sosial untuk memastikan warisan budaya Malaysia terus dihargai dan dilestarikan. Dengan sokongan Ruema sebagai rakan lokasi dan katering rasmi, pelancaran ini dijangka menjadi acara fesyen paling berprestij musim ini – simbol keanggunan, budaya, dan gaya hidup yang menghargai tradisi kita yang memukau.

Related posts

Uniqlo U 2023 Spring/Summer Collection

admin

Gaya Lelaki Yang Kini Trendy

admin

Minggu Fesyen Milan Musim Sejuk 2019: Ermenegildo Zegna

admin

Leave a Comment