FESYEN

Artis Kelahiran Brunei Yang Popular di Taiwan Diangkat Sebagai Duta Kaca Mata BOSS 2020

Siapa sangka ada artis kelahiran Bandar Seri Begawan, Brunei yang popular di Taiwan.

Wu Chun atau nama sebenarnya Goh Kiat Chun merupakan penyanyi dan pelakon popular kelahiran Brunei yang sudah hampir 15 tahun membina nama dalam bidang hiburan di Taiwan.

Dia bermula dengan menjadi ahli boyband bernama Mandopop. Kini Wu Chun lebih popular sebagai pelakon dan membintangi rangkaian filem dan drama bersiri antaranya Tokyo Juliet, 14 Blades, My Kingdom dan Saving General Yang.

Selain popular kerana bakat, Wu Chun juga menjadi kegilaan kerana rupa paras yang kacak dan penampilan yang bergaya. Dan kombinasi ini menjadi tarikan buat kaca mata BOSS memilihnya sebagai duta kaca mata BOSS 2020.

Terang pelakon ini dalam satu temuramah, “Jenama BOSS memahami keinginan untuk tampil hebat tanpa menjejaskan keselesaan atau gaya individu, dan idea ini selari dengan pilihan saya.” Tambahnya lagi, fesyen menggambarkan satu bentuk kuasa dan baginya ia adalah kuasa untuk menyerlahkan diri anda.

Kempen BOSS X WU CHUN yang cukup bergaya ini dirakam oleh Matthew Brookes, menampilkannya dirinya menggayakan koleksi musim Bunga/Panas 2020.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Ashreil Izwan dan Dunia Fesyennya

admin

SPRING SUMMER UNIQLO WITH MUSEE DU LOUVRE

admin

Lokasi Minggu Fesyen Dunia Lengang…

admin

Leave a Comment