FESYEN

Kunci Asas Trend Musim Bunga 2023

Kunci asas trend buat gaya musim bunga 2023 dan mungkin terlalu awal untuk dirumuskan, tetapi ternyata kunci kepada trend 2023 berubah serba sedikit kepada paksinya, daripada trend jalanan dan kini gaya lelaki alpha lebih berani.

Saya bariskan trend Musim Bunga dari Pentas Paris hinggalah ke Milan

Warna blok mungkin mengungguli setiap pentas fesyen lelaki kali ini, daripada Versace hinggalah ke Louis Vuitton. Siapa menyangka lelaki masakini bisa mengayakan kemeja berwarna merah jambu bersama celana berwarna hijau neon dipadankan bersama bag berwarna biru cerulean. Tiada lagi warna selamat dalam padanan kerana semua yang dipentaskan lebih segar dan ceria buat himpunan 2023.

It’s Denim era, ya itulah yang yang dilihat kembali dan menjadi pilihan kebanyakan pereka buat koleksi 2023. Prada misalnya menghadirkan jumpsuit daripada fabrik jeans, manakala pentas Fendi menjadi bualan buat musim hadapan tatkala menghimpunkan koleksi buat para jejaka dengan menjadikan denim sebagai fabrik pilihan bukan sahaja pada pakaian bahkan aksesorinya. Sudah tentu bag ‘peek a boo’ dalam fabrik denim Fendi mencuri tumpuan.

Simon Forte mungkin antara insan yang mengembalikan trend gingham sebagai pilihan apabila mementaskan Jacquemus buat musim panas 2022. Ia  lantas menjadi ikutan kepada pereka lain untuk menghasilkan fabrik nostalgia ini baik di Pentas Prada, Paul Smith mahupun Nigo buat koleksi lelaki di Kenzo.

Lupakan seketika bag bersaiz mikro kerana bag oversize sudah mula kembali menjadi pilihan wanita mahupun lelaki. Hampir semua rumah fesyen kini menghasilkan bag bersaiz besar sebagai trend 2023 baik di Fendi mahupun di Etro yang berani menonjolkan bag bucket dalam saiz yang lebih besar mahupun puzzle bag di Loewe.

Cropped top, biarpun gaya ini masih belum diterima masyarakat nampaknya crop top buat jejaka menjadi pilihan banyak pereka setelah Fendi menghasilkan crop top untuk koleksi musim panas 2022. Ternyata gaya ini disambut baik oleh pereka yang lain seperti Vetement mahupun MSGM.

Siapa menyangka tank top kini menjadi item yang cukup stylish buat trend 2023. Daripada gaya jalanan di minggu fesyen hinggalah ke pentas peragaan, tank top menjadi helaian item asas buat pereka daripada Dior hinggalah ke Etro.

Related posts

10 FAKTA MENARIK TENTANG FESYEN DUNIA

adminwm

Celebrating Love and Elegance with Accessible Off-the-Rack Bridal Creations

adminwm

KLFW 24 BEST MOMENTS

Wirda Adnan

Leave a Comment