PERSONALITI

Datin Saadiah Bercakap Tentang Perniagaan Jual Beli Keretanya di Sabah

MajalahWM menemubual Datin Saadiah Abdul Rashad tentang penerimaan warga Sabah terhadap pemilikan kereta dan penerimaanan jenama Honda di sana. Datin Saadiah merupakan Pengedar Sah Honda Malaysia Sdn Bhd bermula 2014 dan memiliki AP Kenderaan sejak 2018.

Apakah faktor menyumbang kepada pembelian kereta? 

Brand, perceived quality, technology, lifestyle, the performance of the car and customers’ purchasing capacity (i.e. value and income).

Faktor penting perlu diambil kira untuk membeli kereta? 

Kena sesuaikan dengan keperluan ataupun kemampuan individu itu sendiri. Jika kenderaan tersebut untuk kegunaan sendiri, mungkin kena beli kereta kecil atau pun saloon car. Kalau untuk keperluan sekeluarga, kenderaan jenis MPV seperti Honda BRV, Alphard, Velfire ataupun seumpamanya lebih sesuai. 

Apakah yang pelanggan perlu titik beratkan dalam membeli sebuah kereta? 

Kebanyakkan pelanggan pandai buat kajian dengan membandingkan satu jenama dgn jenama yang lain. Apa kelebihan kereta tersebut di samping ingin mengetahui apa kelebihan kereta dari jenama pesaing. Contohnya, Honda adalah satu jenama yg selalu duduk di tangga teratas dari segi rekod jualan, buat beberapa tahun berturut-turut. Jadi pelanggan akan membeli kenderaan jenama Honda ini tanpa was-was. 

Adakah peningkatan harga minyak juga mempengaruhi penjualan kereta? 

Setakat ini memang tidak. Yang mana kenderaan adalah satu keperluan untuk menyokong aktiviti harian seperti bekerja dan urusan peribadi. Lebih-lebih lagi kereta mewah, yang mana pelanggan yang membeli kenderaan mewah terdiri daripada orang yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan tinggi. 

Bagaimana purchasing power dalam kalangan anak muda di Sabah?

Kuasa beli anak muda di Sabah agak rendah. Mungkin kerana anak muda di Sabah lebih suka bekerja di luar seperti Kuala Lumpur dan Selangor mahu pun di luar negara.

Berlainan dengan anak muda yang sudah bekerjaya seperti berniaga sendiri mahupun government servant. Mereka memang ada purchasing power yang agak tinggi bagi menyokong aktiviti harian. 

Adakah isu pengangkutan awam di Sabah menjadi penyebab kereta menjadi permintaan tinggi bagi masyarakat di sana?

Permintaan kereta banyak bergantung kepada kuasa beli dan keperluan seseorang. Ianya tidak dipengaruhi oleh sistem pengangkutan awam di Sabah.

Related posts

10 Soalan untuk Arja Lee

admin

Ayah Is Just Ayah To Us

admin

Rosli Nordin Mustika TV1

admin

Leave a Comment