Menyebut game seks atau cara membangkitkan gejolak nafsu ketika bersetubuh akan membuatkan ingatan terbawa kepada adegan dalam filem seperti 50 Shades of Grey atau Hardcore BDSM contohnya. Walhal, apa yang kita tengok itu tidak sepenuhnya benar.
Hubungan seks bersama pasangan boleh dilakukan dalam berbagai teknik dan posisi. Selain dapat mendatangkan keghairahan dan kenikmatan, ia juga mendorong kepada hubungan emosi yang kuat sesama pasangan. Kerana bagaimanapun, terkadang timbul rasa bosan jika melakukannya dengan cara yang sama saja berulang kali.
Bethany Ricciardi, pakar seks dan hubungan dari womenofsextech.com berpendapat, kadang-kala ketika seseorang memikirkan tentang seks, fikiran mereka melayang teringatkan adegan-adegan erotik seperti dalam filem porno.
“Kenyataannya, ada begitu banyak cara yang yang boleh dilakukan bersama pasangan. Ya, ada yang hardcore BDSM mahupun cara lain yang mungkin kurang ekstrem tetapi masih menarik dan tetap menjadikan hubungan seks penuh nikmat,” terangnya.
Jika anda mencari idea untuk meningkatkan keghairahan seks, ada beberapa teknik dan posisi seks yang boleh dicuba. Berikut beberapa di antaranya:
Main Dadu Erotik
Dadu ini bukan tertera angka, tetapi bertulis teknik yang membangkitkan ghairah misalnya ‘ciuman’ atau ‘sentuhan’. Untuk lebih fun, putar dadu di atas badan pasangan.
Truth or Dare
Permainan ini popular bagi pelajar sekolah dan ada juga kisah menyeramkan berlaku selepas main game ini. Versi untuk anda lakukan lebih kurang sama tetapi soalan yang ditanya seperti apakah fantasi seksual atau teknik yang paling teringin pasangan lakukan kepada anda. Untuk yang berani, ini saatnya menjadi lebih kreatif. Katalah jika pasangan anda memilih ‘berani’ minta dia memakai penutup mata kemudian dia perlu menjilat bahagian tubuh yang berada di depan mulutnya.
Saling bertanya
Bagaimana dengan saling bertanya? Ini membuatkan anda saling terbuka bukan saja bersama pasangan tetapi juga dengan diri sendiri. Tanya fantasi seks mereka dan eksplorasi seksual yang teringin dilakukan. Bisa jadi jawapan yang hadir akan mengejutkan anda dan itu menjadi permulaan kepada sesuatu yang menyenangkan.
Coklat
Bagaimana jika menggunakan coklat? Tulis kata-kata pada tubuhnya atau sapu di G-spot untuk dijilat pasangan. Ini boleh menjadi foreplay yang seksi.
Saling ungkap fantasi
Saling bercerita fantasi seksual ketika bersama pasangan. Pada mulanya mungkin rasa pelik mengekspresi hasrat peribadi secara berdepan kerana takut mendapat reaksi negatif daripada pasangan. Namun anda harus belajar merasa bebas melakukannya. Hubungan intim yang bagus adalah saling memberi dan menerima.
Strip Poker
Mainan klasik yang tidak kurang menarik. Bezanya, siapa yang kalah buka baju. Ini secara perlahan akan menghidupkan malam kencang dan bisa mendatangkan kejutan yang seksi.
Guna Apa Yang Ada
Petikan daripada ahli sosiologi dan pakar hubungan seks, Dr. Chauntelle Tibbals di www.Bustle.com apa pun dapat diubah menjadi permainan atau aktiviti seks kerana dengan kreativiti, apa saja bisa menjadi permainan.
“Yang paling penting untuk sentiasa ingat adalah segala jenis permainan mestilah atas persetujuan pasangan dan tidak menahan diri daripada rasa malu,” kata Tibbals.
Tambahnya lagi, “Kerana masalah komunikasi seksual, sukar untuk bersifat terbuka terhadap keinginan peribadi. Perhatikan tahap keseronokan pasangan dan diri sendiri ketika memperkenalkan permainan atau teknik baru.”
Dengan beberapa contoh di atas, ada beberapa cara dan teknik yang dapat meningkatkan keghairahan dalam hubungan seks. Tentu saja, yang terbaik adalah anda dapat mencuba berbagai cara dan melihat mana yang paling berkesan dan atau mencipta teknik tersendiri.