Kembara Seantero Dunia Kenalkan Batik
Saya Yani Bakhtier, orang kenal saya sebagai Yan dan saya membahasakan diri saya sebagai kak Yan. Seorang pereka fesyen, kata orang putih ’just a small fashion designer’, tanpa latar belakang kelulusan yang boleh dibanggakan. Pun begitu saya akui punya semangat yang tinggi untuk berjaya; seorang yang kuat bekerja dan yakin diri. Saya pegang kepada falsafah ini, “Sure, You Can Do it!.
Saya bermula dengan model RM50.00 diambil daripada duit angpao anak-anak. Sedikit demi sedikit hasilnya menggalakkan. Itu semua daripada rezeki membesarkan lapan anak, anak saya juga anak suami kini, yang kehilangan ibu mereka sejak kecil.


What I know is my pure soul to introduce my work to the world among nations! I work on my own, at my own expense. Pembatik saya Pak Su Mazlan Idris, dari Kelantan. Usaha ini penuh kesyukuran.
Saya percaya dengan niat dan nawaitu yang baik, bersama doa, restu dan bantuan semua, ke mana sahaja kami pergi, kami mendapat petunjukNya. Alhamdulillah. Berkat, bakat dan usaha inilah yang menjadi ‘universiti’ saya, yang membolehkan saya menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara.
Di zaman yang penuh cabaran ini dalam mencari rezeki kita kena bijak! Pengalaman yang dilalui semenjak 2015 membawa karya saya ke London. Satu hal yang membuka jalan untuk saya mencari rezeki. Walau jumlahnya tidak seberapa, tetapi dengan tukaran mata wang kita, saya mendapat keuntungan juga. Dan seterusnya saya ke Kanada. Dari 2017 saya dapat menjual koleksi saya dengan baik sekali, pembeli terdiri daripada orang Sri Lanka yang berketurunan Melayu.


Sejarahnya dikatakan bermula apabila orang Sri Lanka yang menjadi pembantu kepada orang Inggeris ketika menjajah dulu. Ramai masih menetap di sana dan mereka rindu akan pakaian tradisi kita yakni kebaya dan kurung pesak. Ia adalah koleksi yang sangat digemari mereka hingga sekarang. Kebetulan pula saya mengenali seorang perwakilan yang menjual baju di sana. Kemudian saya mendapat undangan ke New York daripada seorang organizer. Pertemuan ini terjadi sebelumnya saya hadir di Minggu Fesyen Paris. Ketika di situ saya berjumpa pula organiser yang mengendalikan minggu fesyen tersebut. Dari sanalah saya punya khidmat sebagai designer bermula bagi meluas pasaran koleksi-koleksi saya ke beberapa pelusuk lain di Amerika.

Nasib saya bertambah baik kerana salah seorang daripada tetamu pertunjukan fesyen di New York mengajak pula saya berkolaborasi untuk memasarkan koleksi saya di seluruh Amerika Syarikat secara borong (wholesale).
Begitupun kami terpaksa berhenti seketika pada 2020 kerana Covid yang menyerang dunia pada 2019. Waktu itu saya terfikir untuk membawa kelainan dalam koleksi saya. Saya percaya dengan batik ia dapat menghasilkan pasaran yang lebih luas di Amerika Syarikat khasnya. Tepat pilihan saya kerana pementasan adi busana (couture) saya mendapat perhatian. Saya akui saya kalah dengan orang lain kerana pelbagai sebab, bertukar kepada penggunaan batik, permintaan kepada koleksi saya jauh bertambah baik sebab mereka tiada yang ini; batik kita unik, batik kita cantik dan saya bangga memperkenalkan batik Malaysia ke mata dunia.

Dari 2022 Yani Baktier terbang ke negara orang, bangga membawa nama Malaysia; antara dagangan kami di Amerika adalah di San Francisco, Las Vegas, Los Angeles dan pastinya ke kota New York selain di merata pelusuk dunia, di Eropah dan Asia..Batik Malaysia sesungguhnya menjadi rebutan peminat fesyen di sana dan dengan tukaran wangnya saya dapat membantu perekonomian, membayar gaji lebih 30 staf saya di Malaysia ini. Dalam tiga bulan sekali saya akan terbang membawa stok. Saya juga mendapat tahu barangan kraf, tidak dikenakan cukai di sana. Ini memudahkan saya membawa dagangan. Batik Viscose dan sutra adalah yang paling laku, ia juga ringan dan boleh dijual agak mahal. Saya bawa 30 kg, itu pun sudah banyak. Betul saya lakukan secara kecil kecilan saja dan mudah-mudahan ada rezeki anak-anak saya dapat meneruskan dengan cara yang lebih besar lagi, insya Allah.
Terbaru saya ke Cannes Festival Film. Di sana saya dapat pasaran batik resort tetapi di Nice (jaraknya cuma satu jam sahaja dari Cannes), kami sudah empat tahun berturut turut menampilkan koleksi ini. Kali ini saya membawa bersama Ratu Malaysia yang bernama Harinie.
Terbaru saya mencuba nasib di Amsterdam melalui persatuan “ My Fashion Chamber “ Presidennya Jay Ishak. InsyaAllah pihak Matrade dan Kementerian Pelancongan ada menjanjikan bagi mendapatkan dagangan di ibu negara Netherland pula.



Kenangan Paling Manis
Wirda bertanyakan apakah kenangan paling manis sejak ‘mengembara’ membawa fesyen ke luar negara. Ya, saya masih ingat, kali pertama saya melangkah kaki ke New York pada tahun 2018. Kebiasaannya saya akan bawa stock dan tak bawa banyak wang. Saya bawa koleksi gaya Nusantara yang saya namakan Melayu Manis. Saya percaya seperti kebiasaannya di London mahu pun Kanada, dagangan saya amat laku, saya pulang dengan bag kosong dan bawa pulang cash yang banyak. Namun berbeza di New York, saya perasan mereka suka pada koleksi Yani Bakhtier tetapi tidak membeli. Dan saya pula tidak membawa duit banyak.
Kekal diingatan kerana masih ada beberapa hari lagi di kota New York, saya pun jalan-jalan di kawasan Time Square. (Yalah nak buat apa duit pun tak ada). Saya melihat seorang anak muda berjualan di kaki lima, semacam yang kita lihat di kawasan Bukit Bintang, kawasan pelancong mundar mandir di situ. Saya kesian tiada siapa pun membeli lalu saya gunakan teori saya untuk membantunya. Apa yang saya lakukan, saya pura-pura membeli, konon beli dengan banyak, sehingga kemudian mendapat perhatian pejalan kaki di situ. Mereka datang berkerumun dan turut membeli. Saya tersedar saya habiskan masa sampai tiga jam di situ (dalam erti kata saya menolongnya menjual.) Saya tidak tanya pun nama penuhnya tapi tahu dia beragama Islam. Sebelum saya melangkah pergi, dia beri saya lapan frame gambar kota New York dan dolar US50, ha ha pengalaman yang sehingga ini kekal di ingatan.
Apa yang saya belajar daripada pengalaman saya di negara orang sambil berdagang? Banyak Ilmu yang saya perolehi. Saya belajar banyak perkara mengenai fesyen khasnya, tentang perkembangan fesyen itu sendiri, belajar daripada rekaan pereka lain,dan yang paling penting bagi saya adalah, jika kita hendak buat show, adi busana (couture) adalah terbaik tetapi untuk saya ni, saya hendak mencari rezeki. Batik lukis tangan (hand drawn) batik yang bertema Resort Wear adalah yang paling baik. Ramai perlukan untuk musim panas.
Hand drawn batik Yani Bakhtier kini sudah dibawa ke merata negara. Alhamdulillah saya rasa bangga lagi puas hati. Ya, saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa batik Yani Bakhtier dipamerkan ketika Cannes Film Festival, satu kejayaan besar bagi saya.

Sebagai pereka fesyen kita kena aktif mengikuti perkembangan perniagaan. Kini terdapat banyak cabaran dan banyak syarikat dari China menjual dengan harga yang sangat murah. Waktu sama karya kita menjadi mahal kerana produknya diambil dari negara luar. Saya akui memang susah mencari rezeki sekarang dan kerana itu kita kena bijak berkarya. Bagi saya batik salah satu hasil karya yang senang untuk dijual di negara orang.
Syukur diri ini sudah banyak berpengalaman dalam mempromosikan koleksi ke luar negara. Dan pelbagai jenis koleksi; daripada adi busana, tradisional, songket, dan akhirnya Yani bertemu rahsia berjaya di luar negara. Batik adalah yang terbaik sebab batik mencipta kelainan. Batik adalah hasil karya Melayu kita. Orang kata, Yani Baktier pandai mencari koleksi yang orang luar dahayakan, yakni BATIK. Kini Yani Bakhtier sudah pun berada di pasaran Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.
Alhamdulillah saya dapat bertahan hingga sekarang. Walaupun tidak seberapa, yang penting saya lancar membayar gaji 30 pekerja yang menjaga kaunter di 11 cawangan Yani Baktier di dalam Parkson Malaysia antaranya Parkson Pavilion, Subang Parade, 101 Putrajaya.
Nasihat saya…
Nasihat kepada anak-anak muda yang di luar sana. Bermula dengan kecil kecilan. Yakin diri, jangan malu bertanya, bangun awal, solat dan minta daripadaNya. Berniaga ini ada pasang surut dan jangan cepat mengalah. Saya sendiri pernah jatuh menjunam, sehingga terpaksa berhutang dengan Ah Long. Jangan kedekut ilmu, bantu di mana perlu dan ingat, jangan meniru hasil kerja orang lain. Because our work and ideas are what make our work valuable. Work with your own capital, this will make your soul calm and peace that will make you transparent in your work. Don't be greedy. Start with good intentions… to build your generation. InsyaAllah kamu akan berjaya.
Anugerah
Anugerah Ahli Kehormat 2024
Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia
The Cultural Heritage Couturier of The Year
The Knights Award 2023
Gold Award Batik Designer
Malaysian Tourism Council Gold Awards 2022
Best Creative & Inspiring Women Awards
Winner 2020 Majalah Penghargaan Wanita
Best Modest Fashionpreneur Awards 2019
Malaysian Bumiputera Designer Association
Modest Fashion Designer, International 2019
Indonesian Modest Fashion Week 2019
Modestyle Designer 2017
Mercedes Benz, Asia Fashion Week 2018
Modesty of the Year 2018
Malaysian Fashion Week 2018