Benar bagai dikata, perkahwinan itu umpama perjudian nasib. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Ia memang sudah tertakluk dalam takdir hidup seseorang; ajal, maut, jodoh, perpisahan semuanya ketentuanNya. Namun, ada kala kita sendiri harus berusaha untuk ‘mencantikkan’ takdir hidup kita agar tidak terus dihanyut ombak.
Siapa yang mahu mahligai yang dibina, runtuh di tengah jalan? Tiada pasangan yang usai akad bersangka-sangka untuk berpisah beberapa tahun selepas sebumbung dengan pasangan yang sudah bersumpah setia. Apa lagi, jika mahligai yang dibina sudah diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi bukti cinta sejati.
Pasangan yang bercerai terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan. Namun, tidak dinafikan mereka yang berada dalam industri hiburan atau dunia glamor paling goyah ikatan perkahwinannya. Ada yang tanya, mana bukti dan statistiknya? Mungkin mereka orang popular maka kegagalan itu menjadi tajuk utama media, sedangkan orang awam juga berderet menjadi mangsa perceraian.





Harus juga diingat, peratusan mereka yang terlibat dalam industri ini tidak besar, jika jumlah pasangan bercerai itu merangkumi julat yang besar, maka boleh dikatakan jumlah yang bercerai itu agak tinggi dalam kalangan mereka. Lihat tahun ini sahaja (2024), lebih daripada 14 pasangan telah melalui fasa perceraian, sama ada yang sudah lama berkahwin atau baru sahaja bernikah atas pelbagai punca dan asbab.
Faktor Asas Perceraian Selebriti
- Ujian – tidak dinafikan ujian berada dalam dunia glamor ini bukan kaleng-kaleng. Usahlah disamakan dengan dunia orang biasa. Jauh berbeza gaya hidup dan hari-hari yang dijalani. Maka tidak hairanlah apabila ujian itu lebih kuat untuk pasangan glamor ini. Semua gerak-geri menjadi perhatian yang ada kala membuatkan suami atau isteri tidak mampu menjalani kehidupan sebegitu.
- Fitnah bermaharajalela – mana-mana industri pun ada isu fitnah ini, namun pastinya tidak sehebat dalam dunia mereka. Ditambah dalam dunia media sosial sekarang ini, lagilah cerita palsu bertebaran sekelip mata. Fitnah inilah yang menjadi racun kepada pasangan yang tidak kuat ketahanan cinta mereka sehingga terpaksa melepaskan.
- Ketidaksefahaman – ini faktor biasa untuk mana-mana pasangan pun. Namun, bagi selebriti cara kerja mereka sangat berbeza dengan orang biasa. Jika dapat pasangan yang faham, tidak mengapa. Malangnya, jika pasangan sejenis yang sukar untuk dibawa berbincang, maka perpisahanlah menjadi penyelesaian.
- Orang ke tiga – mereka insan istimewa yang kebanyakannya lahir dengan rupa, bakat dan nama. Maka, tidak hairanlah pasangan mereka menjadi sorotan ramai dan rebutan di sana sini. Dan, apabila kesetiaan mula goyah dan kepercayaan semakin rapuh, apa lagi yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan?
- ‘Ain’ – tidak ramai yang mempercayai faktor ini tetapi dalam Islam sendiri ada menyebut tentang ain atau penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Tidak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit ‘ain’ ini boleh datang dari sesiapa sahaja.






15 Pasangan Selebriti Bercerai 2024
- Adira Suhaimi & Adnan Abu
Tempoh Perkahwinan: 9 Tahun (3 Disember 2015 – 23 April 2024) - Hisyam Hamid & Rosmawati Hanafi
Tempoh Perkahwinan: 18 Tahun (2006 – 23 Mei 2024) - Nora Danish & Nedim Nazri
Tempoh Perkahwinan: 7 Tahun (30 Mac 2017 – 19 Jun 2024) - Bella Astillah & Aliff Aziz
Tempoh Perkahwinan: 8 Tahun (9 September 2016 – 13 Jun 2024). - Que Haidar & Linda Jasmine
Tempoh Perkahwinan: 15 Tahun (14 Februari 2009 – 2 Julai 2024) - Emma Maembong & Muhammad Shazli Azhar
Tempoh Perkahwinan: 4 Tahun (20 Februari 2020 – 2024) - Fazley Yaakob & Azrene Soraya
Tempoh Perkahwinan: 18 Tahun (7 November 2006 – 2024) - Harith Iskander & Dr Jezamine Lim
Tempoh Perkahwinan: 14 Tahun (12 Jun 2010 – 25 Julai 2024) - Erynne Erynna & Muhamad Afify Sazali
Tempoh Perkahwinan: 5 tahun (September 2019 – Ogos 2024) - Syamsul Yusof & Ira Kazar
Tempoh Perkahwinan: 1 Tahun (6 Januari 2023 – 5 September 2024) - Fattah Amin & Fazura
Tempoh Perkahwinan: 7 Tahun (27 November 2017 – 7 Oktober 2024) - Kaka Azraff & Adam Azriff
Tempoh Perkahwinan: 6 Tahun (14 Disember 2018 – 28 Oktober 2024) - Jay Iswazir & Azzahra Ahmad
Tempoh Perkahwinan: 2 Tahun (Mac 2022 – 28 Oktober 2024) - Idzham Ismail & Nur Abilah
Tempoh Perkahwinan: 8 Tahun (27 Ogos 2016 – 4 November 2024) - Datuk Nora Ariffin & Dr Rushdi Ramli
(2021 – Ogos 2024, rujuk semula sebulan sebulan selepas itu).


