GAYA HIDUP

Seoul Garden Rai Usia Lebih 40 tahun di Malaysia Dengan Menu Istimewa Ramadan

Seoul Garden Group, jenama hidangan Korea Halal terkemuka di Malaysia, meraikan lebih 40 tahun kepakaran dalam Asian Korean grill dan hot pot dengan pelancaran menu eksklusif Ramadan-Raya, yang bakal diperkenalkan pada awal Ramadan. Menu istimewa ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat, malah turut menzahirkan semangat kebersamaan yang menjadi tradisi masyarakat Malaysia ketika musim perayaan.

Majlis pelancaran yang berlangsung dengan meriah ini turut dimeriahkan oleh personaliti media sosial popular, Azfar Heri, yang membawa tetamu menyusuri perjalanan kulinari istimewa dengan hidangan eksklusif Seoul Garden. Tetamu berpeluang menikmati pengalaman memasak sendiri sambil mengimbau nostalgia yang telah dicipta oleh restoran ini selama bertahun-tahun. Diasaskan sejak 1983, Seoul Garden Group dikenali sebagai jenama yang sentiasa memperkenalkan inovasi baharu dalam dunia masakan Korea di Malaysia dan kini berada di enam negara. Rangkaian jenama ini terdiri daripada tiga konsep utama—Seoul Garden, Seoul Garden HOTPOT, dan Seoul Garden Korbi Grill—dengan lebih 63 cawangan di seluruh Asia, termasuk 36 cawangan Seoul Garden di Malaysia.

Menurut Andrew Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group, “Selama lebih 40 tahun, Seoul Garden menjadi destinasi utama untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul menikmati hidangan berkualiti sambil mencipta kenangan indah. Tahun ini, kami terus memperkayakan pengalaman Asian Korean grill dan hot pot dengan memperkenalkan pengalaman makan eksklusif yang meraikan semangat kebersamaan dan menunjukkan perhargaan terhadap para pelanggan setia kami. 

Matlamat kami bukan sekadar menyediakan hidangan yang enak, tetapi juga mencipta satu pengalaman makan yang penuh kenangan dan istimewa untuk setiap kesempatan. Dengan menu Ramadan-Raya khas sepanjang bulan puasa ini, kami mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk berbuka puasa bersama kami dan menikmati hidangan Korean BBQ di Malaysia dalam suasana yang mesra dan selesa, seakan-akan di rumah sendiri.”

Seoul Garden menjadi jenama kegemaran di Malaysia, terkenal dengan pengalaman makan yang berbaloi untuk wang. Tersedia dalam pelbagai tahap harga, buffet grill dan hot pot di Seoul Garden menawarkan pilihan makanan yang lengkap dengan 11 kategori produk, termasuk daging, makanan laut, surimi, sayur-sayuran, sos dan perasa, pencuci mulut dan topping, buah-buahan, serta pelbagai pilihan sampingan. Dengan lebih 116 jenis pilihan daging berkualiti, makanan laut segar, sup, dan sayuran, Seoul Garden kekal menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan Asian Korean grill dan hot pot yang asli dan memuaskan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Seoul Garden menawarkan baucar bernilai sehingga RM6 juta* sepanjang tempoh Ramadan ini. Setiap baucar bernilai RM60 dan boleh didapati di seluruh negara bermula 26 Februari hingga 31 Mac, selagi stok masih ada. Pelanggan yang menjamu selera di cawangan yang mengambil bahagian dalam tempoh promosi ini akan menerima baucar eksklusif ini, membolehkan mereka menikmati lebih banyak penjimatan sambil meraikan semangat kebersamaan di bulan Ramadan.

Related posts

AkzoNobel Memulakan Misi Melindungi Rumah Anda, Luar Dalam

admin

Blackcurrant DX – Khasiat Dan Mengapa Setiap Orang Perlukannya?

admin

SOALAN CINTA MOHAMAD SYAKIR dan NURSAKINAH

adminwm

Leave a Comment