GAYA HIDUPkesihatan

MAKANAN SUNNAH RASULULLAH YANG PATUT DIJADIKAN MAKANAN HARIAN 

Sunnah mempunyai beberapa pengertian.

Sunnah menurut ulama hadis dan sirah  ialah apa yang diriwayatkan atau diceritakan tentang nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau keadaan fizikal atau akhlak baginda sama ada sebelum sebelum menjadi rasul atau selepas menjadi rasul.

Sunnah menurut ulama usul fiqh pula ialah apa yang datang daripada nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan.

Daripada dua definisi di atas, sunnah menurut ulama hadis adalah lebih luas pengertiannya daripada sunnah menurut ulama usul fiqh. Definisi sunnah menurut  ulama hadis sunnah merangkumi perbuatan, perkataan, pengakuan, kejadian fizikal, akhlak baginda SAW dan peristiwa yang berkaitan baginda SAW (sirah).

Justeru, makanan yang dimakan oleh nabi SAW dinamakan makanan sunnah menurut ulama hadis. Tetapi menurut ulama usul fiqh makanan yang baginda SAW tidak makan, tidak dinamakan makanan sunnah bahkan sunnahnya ialah cara baginda memakan makanan.

Berikut adalah makanan yang baginda makan atau yang baginda akui berpandukan hadis-hadis baginda SAW di antara makanan dan minuman yang dimakan atau diakui oleh baginda SAW ialah:

1. Roti yang dibuat daripada barli.

2. Kurma.

3. Daging kambing.

4. Daging burung.

5. Madu.

6. Buah Zaitun (baginda menyuruh menggunakan minyak zaitun sebagai minyak yang dilumur pada rambut).

7. Buah Tin.

8. Buah Timun (timun batang)

9. Cuka.

10. Ayam.

11. Delima.

12. Habbatussauda (bijirin hitam).

13. Air Zam Zam.

14. Pisang.

15. Anggur.

16. Susu.

17. Labu.

18. Tembikai      

19. Rempah ratus.

20. Cendawan.

21. Susu masam (yogurt)

22. Mentega.

23. Kuah daging.

24. Bubur.

25. Sup daging.

26. Minuman manis yang sejuk.

27. Manisan.

*Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang baik untuk kita ikuti. Bukan sahaja muslim yang boleh amalkan pemakanan Baginda malah agama lain juga boleh ikut cara pemakanan sihat Rasulullah.

Related posts

“Keyakinan datang bila saya mendapat restu dari ibu bapa…” – Nafiez Zaidi

admin

Diana Danielle Duta Traveloka  di Malaysia

adminwm

sooka Mempersembahkan Horrorscope Koleksi Filem Seram

admin

Leave a Comment