GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Mr. BIBIM Spicy Chicken di Seluruh Malaysia

Membawa makanan Korea yang lazat ke Malaysia, Nongshim baru sahaja memperkenalkan produk ramyun keluarannya, Mr. BIBIM Spicy Chicken yang boleh didapatkan di seluruh Malaysia. Barisan produk yang baru dilancarkan ini dirumus untuk merangsang deria rasa menerusi bahan-bahannya yang digabung bersama sehingga menzahirkan keenakan rasa seumpama ayam Yangnyeom.

Mr. BIBIM Spicy Chicken akan memberi pengalaman kulinari yang menarik bagi rakyat Malaysia dengan sos pedas Korea yang sedap bersama dengan mi yang kenyal lagi tebal. Memandangkan sebahagian rakyat Malaysia juga gemar menikmati santapan yang kurang bersup/berair seperti char kuetiau, mi goreng dan ‘pan mee’ cili kering misalnya, maka Mr. BIBIM Spicy Chicken dilancarkan di pasaran ini untuk memenuhi citarasa mereka. 

‘Bibim’ yang bermaksud ‘stir’ dalam bahasa Inggeris atau ‘kilas’ dalam bahasa Melayu, akan membawa rangkaian mi segara yang memenuhi selera rakyat Malaysia. Menyedari permintaan yang tinggi terhadap ayam goreng Korea, Nongshim mengenal pasti Malaysia sebagai negara yang pertama di benua Asia Tenggara untuk melebarkan sayapnya, dan bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri mi segera.

Spicy Chicken julung kali diperkenalkan di Timur Tengah, namun setelah menyedari bahawa pengguna di serata dunia juga gemar menikmati makanan Korea, Nongshim yakin bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan selera makan yang pelbagai, akan menjadi pasaran yang seterusnya untuk jenama ini terokai.

“Pasaran ayam goreng Korea telah berkembang pesat, dan sejajar dengan permintaan yang tinggi ke atas makanan Korea, kami melihat pasaran ini mempunyai potensi untuk terus berkembang. Di Nongshim, kami giat menginovasi dengan matlamat untuk menyajikan makanan Korea yang paling lazat menerusi produk-produk mi segera kami. Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan berpuas hati dengan kualiti dan keenakan Mr. BIBIM Spicy Chicken dan kami teruja untuk melihat sambutan mereka,” ujar Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, wakil pengedar Nongshim Korea.

Mi segera dengan rasa gochujang merupakan pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin menghilangkan lapar dengan segera atau untuk menikmatinya semasa menonton rancangan kegemaran mereka di Netflix. Pengguna juga boleh menggunakan sos Mr. BIBIM Spicy Chicken untuk cicah ayam goreng! Biar di mana dan bila jua ia dinikmati, Mr. BIBIM Spicy Chicken

Related posts

Mesti Cuba! Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang

adminwm

MERAIKAN KEMENANGAN PARA PEMENANG OLIMPIK KULINARI 2024 MALAYSIA

adminwm

Ramai Penyondol ‘Berwajah Awam’ Berbanding Mangsa Sondolan? CantikBukan Jaminan Disetiai?

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment