Sejarah ibadah korban bermula daripada kisah agung ini, di mana ia menjadi simbol ketundukan sepenuhnya kepada kehendak Ilahi. Dalam konteks sejarah ini, ibadah korban bukan sahaja menjadi peringatan terhadap ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tetapi juga mengajar umat Islam tentang nilai pengorbanan, kesabaran, dan ketaatan yang tinggi terhadap Allah SWT.
Dengan melaksanakan ibadah korban, umat Islam di seluruh dunia berpeluang untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan melalui pembahagian daging korban kepada golongan yang memerlukan.
Sebenarnya tiada bacaan khusus untuk niat korban. Malah dibolehkan menyebutkannya di dalam hati sahaja.
Disyaratkan berniat melakukan korban semasa menyembelih binatang kerana korban adalah ibadah. Setiap ibadah hanya dianggap sah apabila berniat melakukannya.
1) Apakah pengertian ibadah korban?
Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah dan tiga hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
2. Siapakah yang boleh untuk berkorban?
Mereka terdiri daripada:- a) Orang Islam b) Merdeka c) Baligh (dewasa) d) Berakal • Berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan mampu berkorban?
Apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah; • Orang yang mempunyai kelebihan berbelanja untuk keperluan diri serta tanggungan seisi keluarganya pada Hari Raya Aidiladha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik; 11, 12 dan 13 Zulhijjah. • Orang yang mampu, makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda, yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.” • Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah S.A.Wa
4. Apa bezakan sedekah wajib dan sedekah sunat ketika menjalani ibadah korban?
Sedekah wajib (1 orang fakir), sedekah sunat (2 orang fakir hingga seterusnya) @ hadiah (orang kaya), hendaklah datang daripada lembu tertentu, bahagian peserta tertentu dan dengan kadar tertentu serta jelas.
5. Bolehkah saya mengambil upah menguruskan daging korban?
Upah boleh diberi kepada petugas daripada harta yang lain milik peserta. Bahkan wajib diberi jika kadar tersebut ditentukan dan dipersetujui antara peserta dan petugas sebelum korban dilaksanakan. Sebagai contoh wang tunai. Mana-mana bahagian korban haram dijadikan sebagai upah. Namun, harus diberikan daging sebagai hadiah kepada mereka atas dasar penghargaan jasa mereka.
6. Yang mana lagi baik, korban kambing seekor atau tujuh bahagian daripada seekor lembu?
Berkorban dengan seekor kambing adalah lebih afdal berbanding mereka bertujuh berkongsi pada seekor lembu. Hal ini kerana, lebih banyak nyawa haiwan korban dan darah ditumpahkan, maka lebih baik.
Antara tiga bahagian daging korban, bahagian mana yang harus dijadikan hadiah kepada petugas atau sukarelawan korban?
Bahagian orang kebanyakan/kaya
7. Bolehkah waris buatkan korban untuk orang tuanya yang telah meninggal dunia?
Sah membuat korban untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia dengan syarat ada wasiat korban daripada mereka. Mereka berwasiat untuk dilaksanakan korban untuk mereka jika mereka meninggal dunia. Jika tiada wasiat, maka tidak sah.
Namun, anak sendiri boleh berkorban dan niatkan kongsi pahala korban dengan ibu ayahnya.
8. Yang mana lagi afdhal, korban luar negara atau dalam negara sendiri?
Hukum asalnya adalah makruh kita berkorban di luar dan meninggalkan korban di tempat sendiri. Namun, hukum makruh ini boleh berubah jika ada maslahah yang lebih besar.
Apatah lagi, jika penerima korban di luar negara terdiri daripada golongan fakir dan miskin semuanya. Sebagai contoh di Palestin. Tapi, jangan pula sampai langsung tidak ada yang berkorban di tempat sendiri.. Jadi perlu ada kawalan juga.
Apatah lagi jika terselit sengaja memilih berkorban di luar atas dasar pelit/ kebakhilan sebab kosnya lebih murah.
9. Bolehkah semua daging daripada beberapa ekor lembu korban dicampur kemudian barulah dibahagi kepada tiga bahagian, sebab lebih mudah urusan?
Tidak boleh. Hal ini kerana:
1. Setiap peserta korban berhak mengetahui kadar sebenar 1/7 bahagian mereka.
2. Sedekah wajib (1 orang fakir), sedekah sunat (2 orang fakir hingga seterusnya) @ hadiah (orang kaya), hendaklah datang daripada lembu tertentu, bahagian peserta tertentu dan dengan kadar tertentu serta jelas.
3. Untuk menentukan kadar sebenar setiap bahagian peserta apatah lagi jika terdapat pelbagai niat pada seekor lembu korban.
10. Bagaimana dengan pembagian tulang?
Tulang bukanlah bahagian utama yang menjadi tuntutan untuk disedekahkan dalam bab korban. Yang dituntut adalah daging. Sebab itu, tidak sah sedekah wajib/sunat jika si fakir hanya menerima tulang tanpa diberikan daging kepada mereka. Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan peserta korban/pengurus korban/wakil untuk menguruskan tulang-tulang tersebut seperti dijadikan hadiah kepada petugas, masak sup makan ramai, sedekah kepada fakir miskin dan sebagainya. Asalkan jangan jadikan upah.
11. Apakah hukum berkongsi seekor binatang korban, sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi sebagai aqiqah?
Hukum berkongsi seekor binatang qurban, sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk aqiqah adalah harus. Pembahagian setiap seekor unta, lembu atau kerbau itu adalah tujuh bahagian. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah RA, bahawa;
Maksudnya: “Kami berkorban bersama Rasulullah S.A.W pada tahun perjanjian Hudaibiyah dengan badanah (unta gemuk) untuk tujuh orang, dan lembu juga untuk tujuh orang”. (Riwayat Muslim).
Berkata Imam Nawawi di dalam al-Majmu’ yang bermaksud: Memadai seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan korban dengan maksud yang sama ataupun berbeza, sama ada korban wajib atau sunat atau sebahagian mereka hanya mahukan daging. Harus juga kalau sebahagian mereka bermaksud melakukan korban dan sebahagian yang lain bermaksud al-hadyu (binatang yang disembelih di Tanah Haram sebagai dam haji atau umrah). (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab).
12. Adakah daging korban boleh dijual?
Tidak boleh menjual sesuatu pun daripada mana-mana bahagian sembelihan korban, sama ada korban yang wajib atau sunat, termasuklah daging, lemak, kulit, tanduk, tulang, bulu dan sebagainya. Ini berdasarkan riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menjual kulit sembelihan korbannya, maka tiada baginya ibadat korban”. (Riwayat al-Hakim).
Manakala golongan faqir dibolehkan untuk menjual daging yang diberikan kepadanya.
13 : Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah korban?
Ibadah korban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah korban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah korban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, korban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T, iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah korban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah korban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (korban) sebagai (tanda) bersyukur”.
14. Surah yang menyebut tentang hal pensyariatan
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
15. Berikan dalil-dalilnya?
Terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang korban), kerana ia (binatang korban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang dikorbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur hadis yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya:
16. Adakah hadis yang menyebut tentang korban?
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
17. Apa perbezaan niat korban dan Aqiqah
Niat Korban
نويت أن أاضحي للهِ تَعَالى
Sahaja aku berkorban, kerana Allah Taala
Niat Aqiqah: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]
Maksudnya: Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan
Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”
Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan di dalam hati juga telah mencukupi.
19. Tentang masa Ibadah Korban dan ibadah Aqiqah?
Korban hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Masa Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Cumanya aqiqah itu adalah lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari ketujuh anak berikut dilahirkan
20. Bagaimana pula tentang pembagian daging korban dan aqiqah?
Korban pula afdal dibahagikan daging mentah dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin. Sementara pembahagian daging Aqiqah lebih afdhal dibahagikan daging yang sudah dimasak dan sunat dimasak dengan manis-manisan
Ada pun cara pembahagian korban iaitu sepertiga untuk diri sendiri, sepertiga untuk orang miskin dan sepertiga lagi untuk orang ramai. Namun lebih afdal jika, kita hanya mengambilnya sedikit sahaja untuk berkat dan bakinya disedekahkan keseluruhannya kepada orang fakir miskin.
Untuk daging Aqiqah pula tiada penerima khas maka boleh diberikan kepada orang ramai. Pemberian daging biasanya dalam bentuk sudah dimasak dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin.