CANTIK

REVOLUSI BAHARU SKINMADE

Tahukah anda? Kulit pada bahagian bibir kita sebenarnya tidak mempunyai pori-pori, kelenjar sebum ataupun kelenjar peluh. Ini bermakna ianya tidak berupaya melembapkan bibir secara semula jadi atau menghasilkan minyak dengan sendirinya. Malah, kulit bibir kita adalah lima kali lebih nipis daripada kulit di bahagian wajah, membuatkan ia lebih mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidaksamaan warna. 

Dengan cuaca Malaysia yang lembab dan suhu melebihi 30°C sepanjang tahun, ia adalah penting untuk kita sentiasa melindungi bibir kita dari sinaran matahari yang terik. Tambahan pula, ramai antara kita yang bekerja, menetap dan tidur di kediaman yang berhawa dingin, membuatkan bibir lebih mudah kering dan merekah. 

Masalah yang membimbangkan ialah, kebanyakan produk penjagaan bibir di pasaran tidak fokus pada kesan jangka panjang. Sebaliknya, produk-produk tersebut menawarkan penyelesaian segera yang tidak menangani punca sebenar bibir kering, merekah atau berubah warna.

Sama seperti seseorang menggunakan serum wajah di siang hari dan masker muka semalaman pada waktu malam, pakar kulit di SKINMADE menyarankan anda melakukan penjagaan yang sama untuk bibir anda. 

Lindungi pada siang hari dan pelihara pada waktu malam dengan SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask, sistem terapi bibir pertama di pasaran Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat untuk bibir. 

SKINMADE adalah sebuah jenama tempatan yang diasaskan pada 2017, yang didirikan berasaskan nilai untuk menghasilkan produk bermanfaat. Apa yang menjadikan jenama ini unik ialah dedikasinya terhadap penciptaan inovasi, serta penggabungan formula yang terbukti secara saintifik yang mampu menghasilkan produk luar biasa dan serasi dengan keadaan kulit rakyat Malaysia. Kehadiran jenama ini di atas talian terbukti dalam produk viralnya seperti Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+ PA++++, INFINITEBRIGHT™️ 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening serum, dan Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate.

Untuk Waktu Siang: Melindungi, Mencerah & Memulih dengan SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum

Dengan perlindungan tertinggi SPF50+ PA++++, Lip Power ini yang diaktifkan oleh cahaya antioksidan dapat meningkatkan rona merah jambu semula jadi bibir dan menguatkan daya tahannya daripada kerosakan sinar UV. Gabungan penapis UV mineral dan kimia memastikan liputan spektrum penuh daripada sinaran UVB, UVA dan UVA ultra panjang, sekaligus menghalang hingga 80% pigmentasi yang disebabkan oleh matahari serta mengurangkan risiko penuaan foto dan penipisan bibir. Lip Power ini juga dirumus dengan perisai sinar biru, yang dapat mengurangkan sehingga 70% tekanan oksidatif akibat sinar biru daripada pencahayaan dalam rumah dan alat peranti digital.

Lip Power ini mengandungi beberapa bahan yang dipilih secara khusus, antaranya ialah:

  • Kompleks Pencerahan Lanjutan (X50®️ Pure White, Lumiskin™️, LUMINIA GRANATUM™️, Oligopeptide-68, Asid Kojic Dipalmitate) Manfaat: Memudarkan perubahan warna dan memulihkan rona merah jambu semula jadi bibir
  • Kompleks Antioksidan Lanjutan (Vitamin C THDA, Beta-Carotene, Resveratrol, Ectoin, Mikro Alga Merah Jambu, Ekstrak Akar Likuoris) Manfaat: Melawan tekanan oxida dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap
  • Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Lobak, Silymarin Manfaat: Pelembapan dari dalam dan memperbaiki lapisan pelindung. 

Penggunaan: Oleskan pada bibir dengan menggunakan aplikator yang disediakan pada waktu siang. Untuk perlindungan maksimum, oleskan pada bibir sebelum anda memakai gincu. 

Untuk Waktu Malam: Melembap, Menganjal & Mengelupas dengan SKINMADE Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask

Bangun dengan bibir yang lebih anjal, licin dan lembab! Di dalam tiub ini terdapat bahan-bahan yang terbukti secara klinikal yang mampu meningkatkan kolagen, mengurangkan garis-garis halus dan membuat bibir tampak penuh. Tidak seperti produk bibir lain, yang mana untuk mendapat efek sebegini harus meningkatkan aliran darah dan menyebabkan rasa kesemutan yang tidak selesa, SKINMADE menggunakan ramuan inovasi pro-kolagen dan bahan aktif bagi menambah isipadu bibir yang canggih untuk membuat bibir mungil secara semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan peptida penghalus tekstur ia mampu membuang sel kulit mati yang menyebabkan kekasaran dan warna bibir tidak sekata.

Bahan-bahan pilihan pakar dalam Lip Elixir termasuk:

  • Kompleks Pro-Kolagen & Berisi Padu (Matrixyl®3000, Humacoll21®, Volufilline™, Linefill™, Kompleks 10-Peptida) Manfaat: Meningkatkan penghasilan kolagen, keanjalan dan kemungilan bibir. 
  • Pengelupasan & Peptida Penghalusan Tekstur (Hexanoyl Dipeptide-3 Norleucine Acetate) Manfaat: Menyingkirkan kulit mati dengan lembut, serta menghasilkan bibir yang lebih mulus dan lembut. 
  • Kompleks Pengukuhan Lapisan Perlindungan Kulit (Mentega Shea, Squalane, Beta Karotena, Mikro Alga Merah Jambu, 5 Ceramide penting) Manfaat: Memberikan kelembapan dan perlindungan yang berpanjangan.
  • 7 Minyak Phyto-Nutritive (Pir Berduri, Biji Oat, Kacang Soya, Macadamia, Avokado, Meadowfoam, dan Jojoba) Manfaat: Mengurangkan inflamasi dan merawat bibir merekah

Penggunaan: Oleskan pada bibir yang bersih dan kering sebelum tidur. Untuk penjagaan rapi, oleskan lapisan tebal dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membersihkan lebihanya. 

SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum (8g, RM120) 

Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask (8g, RM113) 

Related posts

DOUBLE THE CLEAN, DOUBLE THE FUN

adminwm

DOA CANTIK

adminwm

GOOD APPLE SERUM FOUNDATION

admin

Leave a Comment