GAYA HIDUPTULAR

Jangan Main Race Card – Neelofa Patut Salahkan Marketing Agency, Bukan Salahkan Melayu

Di negara kita ada teramat ramai pengasas produk overclaim dan terbaru yang ‘secara tidak langsung’ menyertai kalangan tersebut adalah Neelofa.

Neelofa memperkenalkan susu pisang di bawah jenama Nilofa yang mana menurutnya, susu yang digunakan adalah segar dan home made dari Australia yang mempunyai banyak khasiatnya. Sebutnya dalam temuramah bersama Astro Awani, idea mengeluarkan susu pisang ini diperolehi apabila melihat orang kita sendiri yang gemar membeli susu berperisa pisang setiap kali melancong ke negara seperti Korea, dan kerana minuman tersebut payah dijumpai di sini, jadi dia mengambil langkah mengeluarkan di bawah jenamanya sendiri. 

Semenjak seminggu lalu, produknya ini tular di media sosial yang mana bukan kerana keberkesanan sebaliknya kerana ‘overclaim’.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10864″][thb_gap height=”20″]
Nilofa Susu Pisang
[thb_gap height=”40″]

Ramai warganet memuat naik risalah susu Nilofa dan ia menarik perbincangan dan persoalan dari kalangan warganet sendiri selain beberapa doktor seperti Dr. Amalina Che Bakri, Dr. Rafidah Abdullah dan Dr. Emelda Bachin antara lain, yang mana antara yang dibincangkan adalah status overclaim contohnya nama ‘Susu Pisang’ yang tertera pada label produk sedangkan merujuk pada risalah, yang diguna hanya perasa dan perwarna buah tersebut. 

Bukan itu saja, warganet juga mempersoal nutrisi produk ini selain ada yang menyelar ia mengandungi gula yang tinggi iaitu 11.2 gram atau dua sudu kecil, walaupun menurut Neelofa, kalau dibandingkan produknya dengan jenama lain kandungan gula dalam produknya adalah rendah.

Menerusi video di Instagramnya yang dimuat naik beberapa jam lalu, Neelofa memberitahu syarikat Neelofa.HQ (yang menubuhkan susu Nilofa) merupakan satu kumpulan yang sangat kecil, menyebabkan mereka perlu menggunakan agensi luar (outsource) untuk beberapa urusan seperti pemasaran, operasi dan penjenamaan. Ini termasuk juga untuk perihal risalah yang mana sebutnya, “Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tidak diedarkan.” 

Neelofa berkata, pihaknya sudah berbincang dengan agensi tersebut untuk mengambil beberapa langkah sebelum memuat naik perkongsian, entri atau kenyataan selepas mendapat kelulusan syarikat. “Kami sudah menghantar apa yang diperlukan untuk perkara ini diperbetulkan bagi pengeluaran akan datang,” katanya melalui video tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada membuat pememeriksaan di kilang dan gudangnya, dan selepas membuat penelitian, KKM meminta mereka menambah baik pembungkusan produk menjadi ‘susu berperisa pisang’.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]
Risalah Susu Pisang Nilofa dan komen oleh akaun Twitter @ameliameliyy dan @dramalinabakri
[thb_gap height=”40″]

Masalah overclaim adalah sesuatu yang perlu diambil berat Ya, pihak Neelofa patut bertanggungjawab dalam hal overclaim ini, namun badan berwajib seperti KKM patut lebih bertegas; KKM antara lain perlu mengeluarkan peraturan yang betul-betul ketat yang mesti dipatuhi oleh pengusaha produk gaya hidup sebelum memperkenalkan produk, dan peraturan tersebut mestilah diikuti dengan undang-undang bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi. Selain itu pengusaha produk sendiri perlu lebih sensitif dan menghormati pengguna, juga tidak memikirkan keuntungan dan viral semata-mata.

Manakala untuk Neelofa sebagai wajah bagi produk keluarannya, dia perlu berhati-hati dalam memberi reaksi balas terhadap komen ataupun kecaman yang diterima. Sebagai contoh dalam video di IG Story, Neelofa berkata, “I’ve interviewed ‘both’ of them, obviously they can reach out to me personally rather than voicing out on social media. Very disappointing. Hmmm.. Melayu..Melayu..” (‘both of them’ merujuk kepada beberapa orang doktor yang memberi komen tentang produknya) manakala dalam IG Story yang berikutnya, dia menulis, “Bangsa lain tepuk tangan bila bangsa Melayu sentiasa jatuhkan sesama sendiri.”

Pada saya, Neelofa sepatutnya peka sebelum memberi reaksi  balas sebegitu dan tiada keperluan untuk dia menggunakan ‘race card’ sebagai jawapan terhadap kecaman atau persoalan yang diterima sementelah bangsa manakah yang menyokong produk-produk keluarannya sebelum ini kalau bukan orang Melayu sendiri? Memetik komen Dr. Amalina, “Isu ini bukan tentang Melayu nak jatuhkan Melayu sebaliknya tentang integrity, etika dan tanggungjawab. Yang salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah…I will call you out, no matter who you are — if it comes to my attention.”

Dalam hal ini, pengguna bersuara tentang beberapa aspek yang telah dilanggar, dan untuk itu empunya syarikat sepatutnya menyalahkan syarikatnya sendiri selain agensi yang dilantik yang cuai dalam kerja mereka, bukan menyalahkan warganet kerana yang melantik syarikat tersebut adalah pihaknya. Dan bukan pengguna yang memaksa Nilofa meletak pengisian yang mengelirukan. Lagi pula, apa yang warganet mahukan adalah klarifikasi. Itu saja. Tidak bermakna kerana banyak produk di luar tidak menepati piawaian membolehkan dia melakukan kesalahan yang sama.

Kesimpulannya, perbaiki apa yang salah dan terima teguran daripada warganet dengan lebih berhemah. Dan sebolehnya, jangan main race card; coz it is so last year my dear.

 

Kredit: 
Astro Awani Online
Berita Harian Online
Harian Metro Online
Instagram Neelofa
[thb_gap height=”40″]

Related posts

MIIOA Cipta Sejarah Perniagaan Online

admin

BMW Malaysia Merungkai Dimensi Ketangkasan Baharu Menerusi BMW X3 sDrive20i.

admin

Petua Mudah Bersalin Yang Diamalkan Sepanjang Kehamilan

admin

Leave a Comment