Fesyen melangkaui penampilan dan pakaian yang kita sarungkan ke badan. Ia merangkumi keseluruhan aspek seni ekspresi diri, dan menyempurnakan gaya. Ini termasuk cara kita membuat aksesori dan, sama pentingnya, apa yang kita pakai pada kaki, khususnya kasut.
Kasut adalah aspek fesyen yang penting dan bukan sekadar satu pakaian keperluan asas kala keluar rumah malah merupakan satu cabang aksesori fesyen yang boleh menjana pendapatan jutaan ringgit dan usaha mencungkil bakat-bakat baru amatlah penting dan perlu dijalan dari masa ke semasa.
Berlangsungnya Footwear Design Competition (MyFDC) peringkat akhir 2025, baru-baru ini di Pavilion Damansara Heights, bererti bermulalah cabaran untuk mencungkil bakat bagi mewakili negara ke Pertandingan Rekaan Kasut Antarabangsa Ke-13 di Guangzhou, China tidak lama lagi.
Pertandingan bertaraf antarabangsa inilah yang nanti-nantikan oleh pakar dan pemain industri kasut bagi mempertontonkan bakat dan hasil kerja masing-masing untuk dipamerkan dan seterusnya diperkenalkan ke serata dunia. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had umur ini mendapat perhatian ramai dengan hasil rekaan pelbagai.
Menurut pereka tersohor negara Bill Keith selaku Penasihat bagi MyFDC, pertandingan ini adalah atas usaha dan anjuran Malaysian Footwear Manufacturing Association atau MFMA, dan diadakan setiap tahun dengan ratusan penyertaan dengan hasil rekaan yang segar serta mengujakan.


Dari kiri: Juara bagi kategori kasut wanita dan pemenang tempat ketiga, dan antara penyertaan kasut wanita yang mengetengahkan elemen budaya tradisional Melayu menggunakan songket, keris dan sulaman.



Dari kiri: Cik Rachel Foo, Bill Keith dan En. Abd Mukti bin Abu Bakar.
Objektif menganjurkannya adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi melestarikan industri pembuatan dan pengilangan kasut di Malaysia. Kesinambungan itu jelasnya, dapat menghasilkan muka-muka baru dalam industri dan seterusnya negara akan terus terkehadapan dan kekal sebagai pemain penting dalam industri.
Selain individu yang mana ramainya terdiri daripada pelajar universiti dan kolej yang kini mengambil kursus rekaan fesyen, terdapat juga para pensyarah dan penyertaan secara berkumpulan dari pusat pengajian tinggi negara seperti ICAD, UiTM, De Institute of Creative Arts and Design (ICAD) UCSI University dan beberapa lagi.
“Industri pembuatan kasut di Malaysia adalah industri berusia 100 tahun dan mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa negara kita adalah pengeluar produk kasut yang besar bahkan pada 10 tahun yang lalu lagi kita berada di kedudukan ke-19 di dunia dari segi eksport kasut,” pintas, “Bukankah ini bukti yang cukup teguh untuk kita menumpukan perhatian terhadap industri yang merangsang lagi meyakinkan ini?” demikian menurut Rachel.
Encik Abd Mukti bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Pembangunan Teknologi & Bahagian Gaya Hidup, MIDA, dalam ucapannya berkata MIDA menyokong usaha-usaha yang boleh memainkan peranan dalam pembangunan dan akan sentiasa berada di belakang pengusaha dan pemain industri demi menjamin kelestarian dan perkembangannya.
Berdasarkan prestasi mantap yang mereka pamerkan, jelas sekali bahawa pelajar universiti dan masyarakat industri sedang meningkatkan prestasi dan memastikan bahawa apabila tanggungjawab dan masa depan industri diserahkan kepada generasi mereka. Mereka akan mengekalkan kegemilangan yang telah dicipta oleh pendahulu mereka, contohnya pereka legenda negara dan pereka tersohor dunia seperti Dato’ Dr Jimmy Choo, juga pemain penting industri seperti Dato Liew Lewre, Nelisa Hilman dan beberapa lagi termasuklah jenama terkenal negara seperti Vincci dan Nottingheel.
Mencari Kasut Atau Sekadar Ilham?
Mungkin ramai, tertanya-tanya, dan berasa keliru apabila melihat puluhan penyertaan dengan rekaan dan sumber ilham yang melangkaui benak dan jangkaan. Biasanya kala menjadi juri pertandingan ini sebelumnya dan apa-apa jua pertandingan fesyen, selain inovasi dan kreativiti, hasil kerja mestilah yang boleh dipakai dan paling penting ia menepati keperluan asas dan seterus boleh dijual di pasaran. Begitupun, rata-rata yang dilihat adalah sebaliknya, boleh dikatakan semuanya bermain dengan ilham, imaginasi dan inovasi semata-mata.
Ketidaktentuan itu berakhir apabila Bill dan Jasmi Rejab, aktivis, pensyarah dan pereka fesyen terkenal adalah penyokong tegar industri, bahawa idea bebas itu disengajakan bagi memberi ruang berkarya.
Kali ini menurut mereka, pertandingan memang berteraskan ilham dan lebih menumpukan kepada rekaan inovasi dan idea bebas. Dalam kata lainnya ilham tidak terikat pada keperluan asas tetapi bertujuan membuka ruang rekaan seni kasut ke tahap yang lebih memberangsangkan dan boleh menarik minat ramai ke dalam industri ini.
Penuhi Objektif
Usaha ini dianggap oleh pemain industri sebagai satu tindakan yang begitu tepat dan relevan terhadap industri malah ekonomi negara. Sebagai contoh, Festival Kasut Antarabangsa Malaysia yang dianjurkan setiap tahun, sejak satu dekad lalu berjaya memenuhi impian ini jika diambil kira daripada jumlah para pengunjung yang hadir dan sambutan hangat yang diterima.
Selain menjadi penyumbang ekonomi kepada sektor pelancongan negara, festival tersebut berjaya membawa hasil jualan bernilai RM6.8 juta pada 2013 dan terus meningkat setiap tahun. Pertumbuhan ini menyediakan platform penting untuk mempamerkan dan menggalakkan generasi pereka Malaysia yang akan datang.
“Industri pembuatan kasut di Malaysia adalah industri berusia 100 tahun dan mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa negara kita adalah pengeluar produk kasut yang besar bahkan pada 10 tahun yang lalu, kita berada di kedudukan ke-19 di seluruh dunia dari segi eksport kasut,” pintas Cik Rachel Foo, Presiden Persatuan Pembuat Kasut Malaysia. “Bukankah ini bukti yang cukup teguh untuk kita menumpukan perhatian terhadap industri yang merangsang lagi meyakinkan ini.”
Turut hadir ialah Kuak Meng Huat Presiden Persatuan Pembuat Kasut Pulau Pinang, Ken Soon, Presiden Persatuan Pengilang Industri Kasut Perak, Chen Yat Peng, Presiden Persatuan Industri Kasut Selangor & Kuala Lumpur dan Choo Kah Wai, Pengurus Besar Pavilion Damansara Heights.
Seramai enam tenaga pengajar dan sembilan pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Fesyen mewakili KVERTS telah layak ke peringkat akhir pertandingan dalam kategori kasut lelaki dan wanita.
Daripada koleksi indah dan penuh inovasi serta pelbagai reka bentuk, jelaslah bahawa Malaysia tidak ketandusan bakat dan ketukangan bertaraf dunia dalam soal pembuatan dan rekaan kasut.






Dari kiri: Amy Chiew, Bill, Mahani Awang, Jay Isha dan Leslie.
Barisan juri pada hari tersebut ialah Cik Chiew Pengasas jenama kasut Nottingheel, Bill, Mahani Awang, Editor Gaya Hidup, Majalah WM dan Pengasas Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), Jay Isha Pengasas Bersama & CEO International Fashion Chamber Malaysia (MyFashion Chamber), Leslie, pereka dan pengasas butik Variante dan Nelissa Hilman, Pereka dan Pengasas jenama kasut Nelissa Hilman.
Bakal-bakal pereka baru ini menunjukkan keberanian dengan menghasilkan reka bentuk unik mereka yang bukan sahaja cantik dari segi estetika; reka bentuk juga menolak kebiasaan bahawa kasut sekadar keperluan asas tetapi adalah satu cabang seni yang perlu diberi tumpuan, selain menyahbina takrifan kasut yang selalunya cliche.




Bagi Kategori Kasut Wanita, juara jatuh kepada Gilbert Anak Francis Untam. Dengan tema Horbill daripada Headhunter Urban Design, tempat kedua jatuh kepada Siti Aminah binti Mohd Zainuddin mewakili KV Sultan Abdul Samad dengan tema Hobbit Town dan tempat ketiga bertemakan Celestial Flame dimenangi oleh Elysia Thierry.
Kategori Kasut Lelaki pula dijuarai oleh Nancy Jullok dengan tema Sus Scrofa daripada PLO Borneo Fashion Design, tempat kedua dimenangi oleh Helmi Suhana binti Yaacob daripada KV ERT Setapak dengan tema Heritage of Batik Block, dan tempat ketiga Haniza Johari dengan tema Rustic Reboot daripada Universiti UCSI.
Kejayaan Menanti
Menurut Bill dan sepanjang penyertaan Malaysia dalam pertandingan ini, setiap tahun Malaysia pasti membawa balik beberapa piala kemenangan, malah beberapa kali negara telah meraih kemenangan dalam semua kategori yang dipertandingkan.
Syabas juga kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang telah berusaha keras! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak pencapaian dalam dunia fesyen dan reka bentuk kasut di Malaysia! Syabas diucapkan!