Ibu itu lambang cinta abadi, dia menyimpan seribu kekuatan, memiliki selautan sayang dan dia juga menggalas segunung tanggungjawab. Ibu, wanita unggul, di sebalik senyumnya tersirat rahsia penuh makna, antara suka dan duka; tawa dan tangis, kejayaan dan pengalaman.
Bersempena Hari Wanita Antarabangsa dan Hari Ibu baru-baru ini, Marriam Yusuf Resources dengan bangganya menganjurkan majlis penuh kemanisan dan makna; “Mindset & Destiny”, acara sehari yang transformatif untuk didedikasikan sebagai penghormatan kepada kekuatan mental, pengorbanan dan daya tahan yang tidak berbelah bagi seorang wanita— terutama ibu.
“Mindset & Destiny” menghimpunkan suara yang memberi inspirasi untuk berkongsi kisah dan pengalaman hebat tentang ketabahan, kepemimpinan dan transformasi kehidupan seorang wanita. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan wanita dan ibu yang lebih muda untuk kekal kuat daripada segi mental dan berdaya tahan emosi kala mereka mengharungi cabaran peribadi, profesional dan keluarga.











Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis






“Di hati setiap keluarga adalah seorang wanita—selalunya ibu. Susuk yang secara senyap memikul beban pengorbanan untuk insan-insan yang dia sayangi,” kata Pengasas & Pengarah Marriam Yusuf Resources, Datin Mariam Yusuf.

Tambahnya, melalui acara ini, mereka ingin menzahirkan penghormatan dan penghargaan pada kisah-kisah itu, menaikkan semangat antara satu sama lain dan membantu membina komuniti wanita yang diperkasa. Dengan ini, mereka bersedia untuk membentuk nasib sendiri dengan dua tapak tangan dan berdiri atas kaki sendiri.





Sesi bersama Dr Linda Mat Hassin (Founder & CEO, Skyhill Clinic Sdn Bhd), Adjunt Prof Dr Sangeeta Kaur (Emerging Journey Asia) & Tunku Rafidah Tunku Mustapha (Penulis buku Rays of Hope)


RVJ Jewels by Reyna Vaswani

Mereka yang sudi turun padang berkongsi kisah inspirasi dan sarat informasi pada petang itu terdiri daripada moderator, Pengasas & Ketua Jurulatih Sembanglegal.com. juga seorang peguam bela, Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi bersama penceramah iaitu Presiden Peniagawati Malaysia, Dato Hajah Emmy Suraya Dato Seri Hussein, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Skyhill Clinic Sdn Bhd, Dr. Linda Mat Hassin, Pengasas Emerging Journey Asia dan pakar dalam kesejahteraan mental dan emosi, Dr. Sangeeta Kaur, Pengarang Lead Change Heart Way dan Pengasas MQ Training, Koo Lily, Pengarang Sinar Harapan, Tunku Rafidah Mustapha.


Sahajidah HaiO
Terima kasih atas penganjuran acara penuh makna ini. Semoga setiap intipati dan perkongsian petang itu membawa seribu manfaat dan menjadi pembuka lembaran baru yang lebih segar buat semua wanita hebat!

Selamat Hari Wanita dan Selamat Hari Ibu.