Sedekad menggabungkan kecemerlangan akademik, sukan berprestasi tinggi dan kepimpinan perniagaan, Epsom terus memperkasa pelajar untuk berjaya di peringkat global.
Epsom College di Malaysia dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-10, menandakan sedekad kecemerlangan dalam pendidikan berasrama British, sukan bertaraf dunia, dan perkembangan peribadi. Terletak di kawasan kampus yang serba indah seluas 50 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Epsom muncul sebagai salah satu institusi pendidikan terkemuka di rantau ini, menyediakan pendidikan transformatif yang membentuk bakal pemimpin global masa depan. Sepanjang sedekad yang lalu, sekolah ini telah menerima ramai pelajar dari lebih 30 negara yang berbeza, menawarkan pengalaman pembelajaran holistik yang disokong oleh kemudahan canggih direka bentuk untuk memupuk pencapaian akademik dan pembangunan peribadi.
Sedekad Kejayaan Akademik
Sejak ia ditubuhkan, Epsom College in Malaysia telah menjadi perintis dalam pendidikan sekolah berasrama British di rantau ini, di mana ia secara konsisten mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang. Graduannya diterima oleh universiti terbaik di seluruh dunia, termasuk Cambridge, Stanford, Imperial College, UCL dan London School of Economics. Program akademik yang komprehensif dan dirancang dengan rapi, kaedah pengajaran dan pembelajaran disampaikan oleh fakulti yang pelbagai dan berkelayakan tinggi, telah mendorong para pelajar untuk cemerlang. Pada 2024, 100% pelajar Epsom yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke universiti Russell Group berjaya mendapat tawaran, di mana mereka secara kolektifnya memperoleh biasiswa berjumlah lebih AS$ 1 juta.
“Sambutan ulang tahun kami yang ke-10 menjadi bukti kepada pencapaian pelajar kami dan dedikasi fakulti kami,” ujar Pengetua Epsom College in Malaysia, Matthew Brown. “Kami sangat berbangga kerana dapat menyediakan persekitaran yang kondusif di mana pelajar kami boleh berkembang dari segi akademik, peribadi, dan sosial, melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk berjaya bukan sahaja di institusi terbaik di dunia, tetapi juga di tempat kerja mereka kelak.”

Latihan Sukan Elit: Mengasah Bakat dan Membina Juara
Selain kecemerlangan akademik, Epsom College telah mendefinisikan semula pendidikan sukan di Asia Tenggara menerusi kerjasama dengan akademi terkemuka dunia. Program ini menawarkan peluang kepada pelajar untuk berlatih di bawah jurulatih elit di samping membentuk disiplin dan kemahiran kepimpinan yang boleh dimanfaatkan di dalam dan di luar arena sukan:
- Akademi Tenis Mouratoglou: Dijayakan dengan kerjasama Patrick Mouratoglou, jurulatih legenda tenis terkenal seperti Serena Williams dan Naomi Osaka, pelajar tenis Epsom mendapat manfaat daripada tunjuk ajar jurulatih di atas gelanggang yang diiktiraf oleh ITF, termasuk satu-satunya gelanggang tanah liat di Malaysia. Beberapa pelajarnya juga pernah dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Akademi Bola Sepak LALIGA: Pemain bola sepak Epsom menerima latihan terbaik daripada jurulatih yang dilantik oleh liga bola sepak premier Sepanyol, di mana mereka memperoleh kelebihan untuk bersaing dalam kejohanan serantau dan mengasah kemahiran taktikal mereka.
- Akademi Golf ECM: Pemain golf Epsom berlatih menggunakan kemudahan canggih, termasuk padang golf di kampus dan mempunyai akses ke padang golf kejohanan yang berhampiran. Akademi ini juga berjaya melahirkan juara yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan di peringkat serantau.
Dengan hampir 150 aktiviti kokurikulum setiap penggal, pendekatan holistik Epsom terhadap pendidikan memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi turut menjadi individu yang serba boleh. Kemudahan sukan bertaraf dunia di kampus ini, termasuk 11 gelanggang tenis yang mematuhi standard ITF, padang bola sepak yang disahkan oleh FIFA, kemudahan latihan golf di kampus seluas 5 ekar dan gim yang serba lengkap, menyokong perkembangan fizikal pelajar di samping pertumbuhan intelektual mereka dan memupuk daya tahan, disiplin dan kerja berpasukan.
Asrama Mingguan: Menawarkan Segala yang Terbaik untuk Pelajar
Untuk keluarga yang tinggal di Malaysia, Program Asrama Mingguan Epsom yang unik memberikan keseimbangan antara jadual akademik berstruktur dan keselesaan hidup di rumah. Para pelajar boleh mendapat manfaat daripada persekitaran sekolah asrama British yang menumpukan pada pembelajaran di sepanjang minggu, dan pulang ke rumah pada hujung minggu untuk berehat dan bergaul dengan ahli keluarga. Model ini memberikan keseimbangan yang sihat antara jadual akademik yang ketat, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, dan kesejahteraan diri.
Sistem penjagaan kehidupan gaya hidup (pastoral) di Epsom College, yang mengikuti model sekolahnya di UK, memastikan setiap pelajar menerima sokongan yang menyeluruh. Setiap rumah asrama diketuai oleh pasukan kakitangan berdedikasi, termasuk ketua rumah, penolong ketua rumah , dan matron, yang sentiasa memberikan penjagaan dan bimbingan. Selain itu, sistem keselamatan dan kawalan akses 24-jam Epsom mewujudkan persekitaran yang selamat di mana pelajar dapat menumpukan perhatian kepada perkembangan diri dan akademik mereka.
Membentuk Pemimpin Masa Depan: Wawasan untuk Kejayaan Global
Epsom College komited untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dalam dunia yang semakin kompleks. Menerusi penumpuannya terhadap ilmu perniagaan, literasi kewangan, dan pemikiran keusahawanan, sekolah ini melengkapkan pelajar dengan alat yang diperlukan untuk mengemudi selok-belok sistem kewangan global dan membuat keputusan strategik yang bermaklumat. Inisiatif seperti Epsom Live Talks menghubungkan pelajar dengan pemimpin terkenal dalam bidang perniagaan, politik, dan keusahawanan, menyediakan maklumat mengenai dunia sebenar dan bimbingan di luar bilik darjah.
Program ini bukan sahaja memupuk kepakaran teknikal tetapi turut menyemai kemahiran insani seperti komunikasi, kepimpinan, dan kecerdasan emosi. Komitmen Epsom terhadap pembangunan individu yang menyeluruh mempersiapkan para pelajar untuk terus berkembang maju dalam apa jua persekitaran, memastikan mereka bersedia untuk memimpin dengan penuh yakin dalam dunia yang pesat berubah
Wawasan Global: Kebolehcapaian dan Peluang
Dengan kerjasama AirAsia, Epsom College berjaya mencatatkan pencapaian yang signifikan dalam usahanya untuk memperluaskan akses kepada pendidikan bertaraf dunia. Kerjasama unik ini menawarkan pakej tambang penerbangan eksklusif, membolehkan pelajar dari seluruh rantau Asia Pasifik mendapat akses kepada program asrama dan akademik yang ditawarkan oleh sekolah ini dengan mudah. Kerjasama ini membuktikan komitmen Epsom terhadap penyediaan peluang transformasi pendidikan kepada pelajar dan keluarga di seluruh rantau ini.