EYE ME

DEMI AKU YANG PERNAH ADA DI HATIMU

Bayangan wajahnya akan muncul setiap kali saya berbicara tentang ayah dan anak. Kerana kisahnya terlalu perit untuk ditelan.  Dia pun telah tiada, entah hidup entah mati tiada siapa tahu. Dan ayah mengiringnya selepas itu tetapi punya batu nisan sebagai tanda pemergian. 

Saya telah mengulangi ceritanya beberapa kali.. tetapi entah kenapa saya gemar membawanya dalam tulisan, sebagai ingatan dan teladan.

Flashback. Tengah hari itu, wajah Ae penuh kebimbangan. Matanya asyik meleret  ke pintu pagar. Dia menunggu kedatangan si ayah ke studio.  Jam dua, jam tiga, sudah lewat dua jam, tapi masih belum nampak bayang si ayah. 

“Kak kalau papa tak sampai saya mohon maaf ya.” 
Please check whether he is coming or not.” Jurugambar ada assignment lain..”
 “No kak, I can’t.” 

Call him, tanya kat mana?” Tidak dibalasnya tetapi kelihatan ada linangan air mata. “Saya lekatkan notah pada pintu bilik papa.  Papa ada sesi foto papa dan Ae?” Papa jawab, “For what, about what?“Story kejayaan papa mendidik.” Dia jawab, “Hem, tapi bukan untuk majalah hiburan right? “Yes, not an entertainment magazine,  editornya Wirda Adnan.” 

Saya teringat punya idea supaya dua beranak ditemuramah dan bergambar, dan mengapa tidak? Sosok sang ayah personaliti terkenal di dunia pendidikan, melahirkan ramai cendekiawan. Dan begitu juga anak-anak semenjak kecil hanya mendapat nombor satu di kelas. Ya jangan berani menjadi pelajar kedua terbaik, jauh sekali nombor tiga atau empat. Kerana mereka tidak pernah pun tahu akan ‘hadiah’ yang bakal diterima jika angka satu tidak ada dalam kad pernilian untuk memastikan kemudian diterima masuk ke universiti terbaik dalam mahu pun luar negara.

Tepat jam 3.30 petang sang ayah muncul di pekarangan pejabat. Saya nampak raut muka yang terkejut, antara cemas dan gembira. Gambar mereka berdua, seperti dimahukan, sangat cantik. Anak beranak mesra dan ada juga aksi-aksi berpegangan tangan dan berpelukan.

Masa berlalu, Ae sudah lama meninggalkan kerjaya wartawan. “Biar kerjaya itu keinginan nalurinya, dia memilih menjadi pendidik sementara menyambung pengajikan ke tahap tertinggi. “Kamu jangan nak berangan lama-lama, cukup, kamu sudah berjanji pada papa, dan sudah rasa pengalaman di media? Tapi ingat kalau ayah nampak nama kamu tercatat sebagai penulis di majalah hiburan… bukan papa kata tahniah, tapi papa kasi penampar. Sebab papa akan malu melahirkan anak yang kerjanya menulis gosip-gosip artis dan cerita-cerita sampah artis.”

Satu hari terserempak dengannya di Kinokuniya. Mengajak dia muncul di majalah, bercakap tentang kehidupan dan hidup membujang. Dia bersetuju. 

“Siapa cover untuk bulan yang saya di dalamnya nanti kak?” Soalan yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa pun.
“Sheila Majid.” 
“My god, yes I am in. And can you put my interview right after her cover story?” Sekali lagi saya hairan. “Boleh, but why are you so excited?” 

“My idol,” perlahan dia berkata. Saya minat dalam diam tetapi jangan ada yang tahu. Sebab kami tidak dibenarkan meminati artis, jangan pernah ada majalah berbentuk hiburan di rumah. Yang boleh ada majalah-majalah ilmiah sahaja. Satu bilik besar, penuh buku… buku-buku-buku. Sejak kenal dunia hadiah-hadiah hari jadi pun adalah buku, buku, buku…” 

“Tak ada mainan?” 
“Nope.” 

“What a life?’ saya menjawab. Dan sesi seterusnya dia membuka kisah hidupnya. Sebagai pengetahuan kak Wirda, “ingat tak sesi fotografi dengan my father. Deep in my heart I cried out loud. Never in my wildest dream to feel that awesome moment. Ya momen terindah dalam hidup saya. Momen yang membuat saya baru terfikir, “Oh papa sayang juga saya. Papa pegang tangan saya, papa peluk saya. Betul ada juga air mata gembira yang keluar waktu itu, tapi lekas disapu, takut papa fikir apa pulak. Tapi pada saya air mata tumpah kerana saya terasa begitu gembira. Sudah tua saya baru merasa tangan papa merangkul pinggang ini.”

“Tetapi papa tidak pernah menyatakan, tidak pernah mempamerkan, usia hampir 30 tahun baru hari itu dapat rasa duduk dekat-dekat dan sembang-sembang sedikit santai.” 

“Kak, hidup saya ini terlalu sunyi, dan sepi. Saya tidak tahu apakah keputusan untuk membuat PhD itu betul?” 
“Mengapa tidak? Ae nanti akan menjadi orang besar, gaji besar, berkereta mewah…” 
“Akak ingat saya mahukan itu? Itu semua impian papa dan mama sahaja.”

“Di luar suadara mara memuji. Di Universiti papa sebagai contoh ayah dan pendidik yang berjaya. Di mata mereka dia adalah tokoh gemilang tetapi saya, dan adik-adik  dalam diam meratapi hidup yang dikongkong. Berkawan juga mesti ditapis, kalau pelajaran tidak sama level, jangan berani mendekati dan didekati, begitulah ceritanya.”  

“Ada girlfriend tak?” saya cuba melegakan fikiran.“ 

“I know  you will ask me this question. Hah kalau saya hendak kahwin, isteri saya mesti kalau tidak peguam, dia mesti doktor atau jurutera dari universiti  terkenal, akauntan atau pemegang PhD atau apa-apa yang selevel’, lebih hebat kalau lulusan Cambridge, lulusan Harvard. Ingat mereka berkenan insan boring seperti saya ini. Ingat kelulusan melangit boleh bawa kebahagiaan dalam rumah tangga? Saya tidak kata ilmu itu tidak penting tetapi jangan ukur kebahagiaan kerana lulusan tinggi melangit.”

Saya teringat mengatakan kepada Ae, “You can’t live your life for other people. You gotta do what’s right for you, even if it hurts some people you love.” Ae tidak menjawab barangkali kalimah itu menjadi dia lebih terhimpit.

Dan mungkin hati itu telah lama memendam kecewa
Di dalam menderita tidak berani bercerita
Sudah jauh membawa lara
Membawa diri mengembara
Sayugia tidak siapa tahu apa akhirnya

Temuramah di majalah saya itu saya kira temuramah terakhirnya. Sedang majalah masih di mesin percetakan berita mengejut lagi, dia hilang terus dari radar.

“Pelajaran yang paling berharga bukan datang daripada buku, tetapi daripada pengalaman.” — Albert Einstein

Ya terkadang ibu ayah terlalu mahu sempurna dan merasakan kesempurnaan adalah daripada barisan A+ yang diperolehi anak-anak. Dan bangunan universiti yang gah didewakan kelas cendikiawan tempat membuktikan kejayaan. Bangga menjadikan ia contoh sebuah kejayaan justeru lupa untuk memanfaat sedikit masa mencari cinta di hati mereka. 

Hati itu mungkin rasah dan pilu. Hati itu mungkin perlu dipupuk agar ia membentuk rupa yang lebih indah dan bersemangat. Tetapi kerana merasakan kuasa seorang bernama ayah dan jika dilayan mengikut kehendak empunya diri mungkin  menggagalkan keinginan. Mereka lalu lupa hal yang paling utama ialah memupuk jiwa dengan kasih sayang. 

Ini untuk semua kita, jangan terlalu memaksa tanpa disedari ia menderakan jiwa mereka. Jangan pula langsung membenarkan mereka leka menghadap komputer tetapi yang dibaca entah apa, dan bermain game sampai lupa fajar menyinsing. Dengar, rasa dan faham akan kemahuan mereka dan cuba bantu untuk mencapai yang diinginkan.Talk about the challenges, show confidence in their abilities, celebrate as a family and reward reasonably. A life lived in love will never be dull.

Ya, sayang perlu dibisikkan dengan kata-kata, perlu hujjah, adakala perlu bersemuka.  Komunikasi yang baik amat penting kerana cara begitu ibu ayah dan anak bisa memahami satu sama lain. Namun jika ayat dan bahasa cinta hanya disimpan dalam hati meminta dia mengerti dan dia fahami, dalam banyak situasi ia tidak menjadi.   

Alangkah sedihnya jika anak hanya melihat satu sosok yang hanya memainkan peranan, hanya satu hala yang berkuasa dan wajib mengikut perintah. Memang tujuannya murni, dikira demi hari depan yang pasti cerah. Namun tidak begitu, pemberian ditolak secara diam dan memakan diri.

Demi aku, yang pernah ada di hatimu
aku mohon kemaafan
Cintamu tenggelam dalam kabus tebal
Aku bertanya adakah betul kau pernah menyayangiku 
Sepenuh hatimu, mengira itulah yang terbaik untukku

Atau aku dilahirkan sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan menjadi tatapan indah di mata dunia. - WA

Related posts

Ramadan, Persiapkan Diri Menjadi Lebih Baik

Wirda Adnan

Bila Berhijab

Wirda Adnan

NASIHATKU UNTUK  2025

Wirda Adnan

Leave a Comment