EYE ME

HARTA PALING BERHARGA ADALAH KELUARGA

Tanggal 6.4.2023 di ruang menunggu wad kecemasan HKL.  Ya dalam rasa kacau dan sedih saya dapat juga menulis peristiwa ringkas kisah suami yang diserang kesakitan teramat sangat. (baca — Cerita di Wad Kecemasan). Setelah hampir tujuh minggu di wad, dan semua prosedur yang dilakukan oleh pakar tidak begitu menunjukkan kesan positif terhadapnya,, kumpulan pakar mengambil keputusan untuk membuat pembedahan sekali lagi kepada Hisham. Bapa mertua, aunty Kaku (ibu saudara Hisham) dan saya berkesempatan menemui pakar yang menerangkan keadaan Hisham. Seperti yang saya janji, sekali lagi saya sempat mencatatkan serba sedikit keadaan suami yang kini berada di ward HDU (High Dependency Unit, HKL).

Warkah si anak

Daddy 

As you prepare for your surgery later today, know that you have a whole team of people rooting for you. Remember that you are a fighter, and you already have so many obstacles in your recovery.

You are strong, brave, and capable of getting through this surgery. We believe in you, and we know that you can get through this. Insha Allah.

So take a deep breath, and know that you are loved and supported. All of us are praying for you. We can’t wait to see you back on your feet.

Love from all of us

Tanggal 5 Mei 2023, kami anak beranak bermuafakat, menunggu sahaja khabar berita dari rumah seperti dinasihatkan oleh doktor.  Jam 12.35 tengah hari suara ketar Hisham memberitahu dia akan dibawa ke bilik bedah. “Daddy mohon dimaafkan atas apa juga kesilapan yang telah daddy lakukan, I love all of you sooo much. My kisses to Sheraaz and Esra,” (sambungnya dalam suara yang sebak.) Doakan daddy.”

Saya melihat airmata Ihtisham dan Imtiaz mengalir. “Between four to five hours at the most, depending on the situation,” saya teringat bertanyakan kepada pakar akan berapa lama pembedahan berjalan. My team will let you know once it is over.”

Jam di tangan seolah berjalan terlalu perlahan, menunggu lima jam itu seolah rasanya setahun. Lima jam berlalu, enam, tujuh, lapan, sembilan jam melepasi. Kami sudah tidak karuan, let’s go and check?” “Mummy, sabar, they will inform us.” Imtiaz cuba menenangkan saya. Dan suara cemas ibunda dan ayahanda Hisham tidak henti-henti di corong telefon. “Wirda why did they take so long, why is it still ongoing, why?” “Daddy sabar, yes the operation is still on.” “But 10 hours have already passed. I think I will get to the hospital right now?” “Daddy stay put, we will go instead.

Wirda, I believe there must be a complication and I must go and check it myself,”  aunty Kaku menghubungi. Aunty Kaku adalah Ketua Jururawat (Matron) di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. “Pasti ada yang tidak kena kerana waktu pembedahan sudah terlalu lama.”  Aunty Sakeena (kakak, juga bekas Matron)  serta sepupu Hisham, Khalid, juga volunteer untuk turut serta. Dua beradik meredah malam yang gelap gelita, di depan pintu masuk si anak saudaranya sudah menunggu memohon simpati pengawal membenarkan mereka masuk ke ruang pembedahan bagi mendapatkan berita terkini. (Rasa bersalah pula kerana kami anak beranaklah yang sepatutnya di situ.) 

 “Wirda,  you all stay and wait for our call.” Dan bersama menunggu di talian whatsapp 20 lagi ibu dan bapa saudara, dan sepupu-sepupu Hisham. Di satu lagi group whatsapp adalah adik beradik saya sendiri bersama anak-anak masing-masing (30 orang) yang juga tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu cemas, hampir 13 jam dan itu amat lama di bilik operasi.

Ya, hampir dua jam lagi mereka di ruang OT dan tepat pada jam 1.42 pagi barulah Mr. Amar (surgeon) keluar dari bilik pembedahan bagi  menerangkan serba lengkap apa yang berlaku di bilik pembedahan dan mengapa operasinya memakan masa yang terlalu lama. — Tiga pakar, Mr Mohan, Mr Amar, Ms Amina dan kumpulan.  “There were so many adhesions (scar tissues that stick to organs) due to repeated surgeries. They were very careful to slowly remove it as it could tear and bleed as they were clumping together. The stoma was done so that the faecal matter does not pass through the resected bowel (where it was cut and joined.) Risk and complications; Anastomosis (leak) at the resected bowel, and a large part of the large and small intestines/bowel have been removed. Due to the nature and complexity of the op..B/P and pulse dropped they administered inotropes (medication to help elevate the BP and pulse.” – antara lain yang ditulis aunty Kaku selepas bertemu pakar (supaya semua jelas akan situasi yang sebenarnya.)

Begitulah, Alhamdulillah, tiada yang lebih menenangkan dan menyenangkan hati semua pabila dikhabarkan pembedahan telah berjaya dilakukan. Barulah masing-masing lega dan kemudiannya mampu melelapkan mata sebelum subuh. Sementara kakak dan adik serta keluarga sebaik solat subuh bertolak ke Kuala Lumpur. Saat mereka sampai, Hisham sudah boleh bercakap.

Hari ini, 9 Mei 2023, keadaan kesihatan Hisham sudah bertambah baik, cuma saya percaya dia tidak sabar untuk makan kerana hampir dua bulan tiada sebiji nasi atau apa juga makanan masuk ke perutnya. Dia hanya dibenarkan minum  air kosong itupun sesudu dua dan cuma air tanpa apa jua perasa.  

 Alhamdulillah family is the biggest support system in times of trouble. Kami bersyukur punya ahli keluarga yang sungguh mengambil berat. Walau Hisham tidak punya adik beradik tetapi dia dikelilingi oleh sepupu-sepupunya yang begitu mengambil berat tentangnya dan ibu-ibu saudara serta bapa saudara yang merasakan dia seperti anak mereka. 

Sungguh apa lagi dalam dunia ini kita mahu, kerana terlalu ramai di luar sana yang tidak memiliki keberuntungan memiliki keluarga yang penuh kasih sayang. Kerana itu, jika kamu memiliki keluarga yang penuh kasih sayang, kamu harus bersyukur. Dan membuat keluarga tetap bersatu dan bahagia adalah kewajiban yang harus kita penuhi.

Ya, harta yang paling berharga adalah keluarga. Saya percaya tiada orang yang lebih sayang dan peduli kepada kita selain keluarga. Kerana kebahagiaan kamu adalah kebahagiaan mereka juga. Saat kamu sedih, atau sakit, keluarga mu pasti akan merasakan kesedihan juga. 

Sering kita ambil mudah akan pentingnya hubungan kekeluargaan. Kita lupa atau sengaja tidak mahu memberitahu, kerana mungkin tidak mahu hebuh-hebuh atau merasakan akan menyusahkan orang sahaja andai diberitahu keadaan sebenar, atau kita mahu sorok berita yang tidak menyenangkan, atas apa juga alasan yang kita rasa mereka tidak perlu tahu, terutama dalam keadaan sakit. Tetapi ketahuinya, kita tidak tahu doa siapa antara kita yang Allah angkat untuk memberikan kesembuhan itu. Betul kita tidak perlulah memberitahu seluruh dunia yang kita sakit misalnya, tetapi mengkhabarkan kepada rakan taulan terdekat juga tiada salahnya, dan mengapa tidak, mereka akan turut mendoakan kesembuhan kita. 

Seyugia, sepanjang Hisham di hospital, dan kini sudah hampir memasuki dua bulan, doa saudara mara dan rakan taulan tidak pernah putus, dan bersama adik beradik, sepupu dan saudara terdekat Hisham khasnya, mereka tidak pernah lupa untuk membaca khasnya pada malam jumaat memohon kesembuhannya. Pada group SPAQ saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sering nama suami saya dimasukkan ke dalam doa syifa serta bacaan yasin pagi dan malam. Allahu Akbar apa lagi yang kami mahu bila yang tidak kami kenali juga turut mendoakan kesembuhannya.

Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesakitannya, sembuhkan lah, Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripadaMu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa isyfi antas syafi la syafiya illa anta syifa’an yughadiru saqaman.

Sebelum saya menotahkan catatan ini, khasnya untuk kami anak beranak mengambil iktibar (saya teringat membaca potongan ayat ini), “Seringkali kita melihat sesuatu kesusahan, kedukaan, keperitan atau kesakitan yang Allah berikan dengan pandangan mata zahir bahawa semua yang diberikan itu hanyalah keburukan semata-mata. Namun, jika kita melihat dengan pandangan mata hati bagi orang-orang yang bersabar dan menyakini, tiap perkara yang buruk itu sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri daripada Ilahi.

Jangan dipersoalkan… dan ditanya kenapa semua ini harus terjadi. Tetapi lihat, renungi dan hayatilah semua hikmah di sebalik ujian yang diberikan oleh Ilahi. Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan sesuatu takdiran sia-sia melainkan semuanya tersimpan rahmat yang tersembunyi .

Setiap yang terjadi pasti ada rahmat yang tersembunyi dan hikmahnya.

Related posts

Wahai Anak

Wirda Adnan

Aku dan Azamku…

Wirda Adnan

Wirda – Time For New Beginnings

Wirda Adnan

Leave a Comment