Dari Istanbul untuk Malaysia dengan Muhibah

Modanisa, jenama yang unggul dalam fesyen sopan global memperkenalkan rekaan selendang eksklusif yang diinspirasikan dari Malaysia untuk memperingati pelancarannya di sini sejak hampir setahun lalu. Direka oleh pereka Modanisa dan dihasilkan di Istanbul, selendang yang direka cipta khas ini menampilkan kehebatan dan daya tarikan Malaysia dengan menggabungkan elemen semula jadi, tradisional dan moden yang terdapat di negara kita. 

Rekaan selendang yang berona terang ini menampilkan corak cetakan pokok palma tropika, bunga raya – bunga kebangsaan Malaysia dan latar langit Kuala Lumpur yang ikonik, dengan sentuhan batik; semuanya disatukan dengan sempurna untuk mengabadikan inti pati Malaysia di atas sehelai kain berkualiti tinggi dan selembut sutera berukuran 130cm X 130cm. 

“Sejak kemunculan Modanisa buat julung kali di pasaran Malaysia November lalu, kami telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada para penggemar fesyen sopan di negara ini. Selendang yang bakal dipasarkan ke semua pasaran global Modanisa ini dicipta sebagai tanda penghargaan kami diatas sokongan dan dorongan yang telah kami terima. Rekaan selendang ini memberi penghargaan kepada warisan budaya dan alam semula jadi Malaysia yang kaya, dan juga untuk menzahirkan perasaan kasih mesra kepada negara ini dalam semangat perpaduan – dari Istanbul, dengan muhibah,” kata Havva Kahraman, Pengarah Bersekutu Fesyen dan Komuniti Modanisa. 

Bersamaan dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, inilah masa yang paling afdal untuk mempamerkan rasa cinta kita semua kepada negara kita (dan diri sendiri) dengan aksesori fesyen tanda kenang-kenangan yang dijual dengan harga RM33.54 (USD$7.99) di laman sesawang rasmi Modanisa. Selendang yang anggun ini juga boleh dijadikan hadiah, sebagai tanda saling harga-menghargai sesama kita dan berkongsi perasaan cinta kepada tanah air kita. 

Sejak penubuhannya di Istanbul pada tahun 2011, Modanisa telah dimulakan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari wanita yang gemarkan fesyen sopan dari serata dunia yang ingin mendapatkan busana yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Hari ini, Modanisa memberi perkhidmatannya kepada para pelanggan di 140 negara. Platform ini telah mencapai 16 juta kunjungan bulanan dari serata dunia melalui platform aplikasi mudah alih dan juga komputer meja, yang tersedia dalam enam bahasa. 

Dengan penampilan 500 jenama dan label serta merangkumi lebih 75,000 produk, Modanisa menghantar ribuan produk yang terdiri daripada trend terkini dalam fesyen sopan, aksesori, hijab, pakaian sukan, pakaian renang, pakaian bersaiz besar serta produk kosmetik ke pasaran antarabangsa.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON