CANTIK

AWET MUDA DALAM 30 HARI

NUViT, jenama penjagaan kulit di bawah syarikat farmasi terkemuka Malaysia, Y.S.P. SAH, dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbarunya, Retinol+, sempena ulang tahunnya yang ke-6. Mewakili gabungan yang harmoni antara kemewahan dan kebolehcapaian. Siri Retinol+ yang baru ini merangkumi komitmen NUViT untuk menyampaikan ‘Transformasi Awet Muda dalam 30 Hari.’

Siri Retinol+ terbaru daripada NUViT membawakan Pro-Retinol, ramuan anti-penuaan yang berkesan. Pro-Retinol menyasarkan pelbagai tanda penuaan sambal membaiki tekstur kulit. Ia juga 10x lebih stabil daripada retinol konvensional, menjadikannya lebih sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif dan ingin berjinak menggunakan produk anti-penuaan.

Selain itu, semua produk di bawah rangkaian Retinol+ dikuasakan oleh teknologi dipatenkan dari Jepun yang dikenali sebagai Teknologi Pengemulsi Fasa Tiga (TPE). Ia adalah teknologi inovatif terkini yang boleh membantu meningkatkan penyerapan bahan aktif ke dalam kulit serta memaksimumkan keberkesanan produk.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan rangkaian Retinol+, yang mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan keberkesanan. Matlamat kami dengan rangkaian Retinol+ adalah untuk mencapai kulit yang berseri, kelihatan muda dengan menggunakan bahan-bahan premium sambil mengekalkan kualiti dan keterjangkauan.” kata Profesor Chou-Yi Hsu, Pakar Kulit NUViT.

Rangkaian Retinol+ menampilkan tiga produk, dan setiap satu menawarkan formulasi mewah: Retinol+ AgeDefy Day Cream, Retinol+ Night Recovery Cream dan Retinol+ Wrinkle Repair Eye Serum. 

Retinol+ AgeDefy Day Cream

Mengurangkan garis halus dengan berkesan, menjadikan kulit terasa lebih anjal dan berseri.

– 0.3% Pro-Retinol, Vitamin C dan Ekstrak Centella Asiatica yang berkualiti tinggi.

– Mengandungi SPF35 sebagai pelindung matahari.

– Meratakan tona kulit.

– Tidak berminyak dan mudah meresap.

Retinol+ Night Recovery Cream 

Menggalakkan pembentukan semula kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.

– Dengan 1.0% Pro-Retinol – kualiti gred-derma yang lebih stabil untuk menggalakkan pembentukan semula kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.

– Diperkaya dengan Panthenol (Vitamin B5) dan ekstrak rumpai laut merah yang bantu melembapkan kulit secara mendalam dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

– Tekstur yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit.

Retinol+ Wrinkle Repair Eye Serum 

– Serum mata yang dirumus khas dengan 0.3% Pro-Retinol.

– Diselit dengan gabungan dua bahan utama anti-kedut: Resveratrol dan Ekstrak Centella Asiatica.

– Mengurangkan garisan halus di sekitar mata hingga 95%.

– Menganjalkan kontur mata, di samping mencerahkan dan melembapkan kulit.

Harga produk untuk Retinol+ AgeDefy Day Cream dan Retinol+ Night Recovery Cream ialah RM55.90, manakala Retinol+ Wrinkle Repair Eye Serum dijual pada harga RM73.90. Semua rangkaian Retinol+ NUViT boleh didapatkan di farmasi yang terpilih seluruh negara.

Related posts

Rahsia Kecantikan Meghan Markle

admin

NU SKIN AGELOC® BOOST™

admin

Kulit Cerah Berseri Dengan Nutox Renewing Treatment

adminwm

Leave a Comment