GAYA HIDUP

ADAKAH KAMU BENAR CINTA DAN CARA MENGENALINYA

Apa yang kamu cari daripada sebuah persahabatan? Adakah kamu ingin membawa hubungan itu kepada satu lagi level yang lebih pasti, bahawa dia bakal dijadikan teman sehidup semati?.

Tanya perasaan Apa yang kamu rasa setiap kali bertemu atau ketika berbual dengannya?  Jika berasa sesuatu yang menakjubkan dalam hati, ketika itu sebenarnya kamu sudah jatuh cinta. Secara umum, makin mendalam perasaan kamu kepada seseorang, makin besar kemungkinan bahawa kamu jatuh cinta. Kemudian kamu akan rasa mahu selalu berbual, cari alasan untuk mengajak dia keluar, walaupun semalam dan kelmarin dulu kamu telah keluar makan bersamanya.

Perhatikan reaksi dirinya Tubuh juga mampu menunjukkan tanda-tanda cinta. Ketika kamu bersamanya, jantung berdetak lebih cepat atau seakan ada kupu-kupu mengepak di dalam perut. Mungkin kamu gugup dan rasa bingung. Ketika bersama teman biasa, perasaan begitu tidak wujud tetapi dengan dia kamu rasa satu perasaan gelabah malah mungkin berpeluh dalam udara sejuk dan tanpa alasan.

Dengan teman biasa kamu mungkin hanya seronok ketika bertemu akan tetapi dengan orang yang dicintai, kamu mungkin tidak mampu mengawal reaksi tubuh. Misalnya, telapak tangan berkeringat, suara melemah, atau detik jantung berdebar.

Bandingkan hubungan dengan teman yang ini dan hubungan dengan teman lainnya Fikirkan teman-teman kamu yang lain, dan bagaimana perbezaannya? Mungkin kamu punya banyak teman, tetapi hanya satu yang mungkin kamu cintai. Hubungan dengannya berasa lebih berharga, kamu mungkin merasakan hubungan itu sungguh mendalam, bibit-bibit cinta mulai menular dalam jantung kamu.  Dan kamu tidak boleh membayangkan satu hari berlalu tanpa bicara dengannya. Untuk teman biasa, kamu mungkin tenang saja jika tidak bertemu dua minggu, sebulan mahupun setahun. Namun, dengan orang yang dicintai, satu hari tidak bertemu pun berasa terlalu lama.

Memutuskan apa yang kamu mahu Cinta dan persahabatan dapat dibezakan dengan memikirkan perhatian yang kamu berikan. Saat mencintai seseorang, kamu pasti sering memikirkan dia dan ingin terus berkomunikasi dengannya. Kamu tidak akan memikirkan teman sesering itu, dan juga tidak merasakan keinginan yang begitu besar untuk melayani teman-teman yang lain. Kamu  mungkin memikirkan teman ketika ada sesuatu yang mengingatkan kamu kepadanya, seperti lagu yang disukai atau pengalaman yang mirip.

Ketika mencintai seseorang, dia akan terus ada dalam fikiran. Kamu sepanjang hari, baik ada yang mengingatkan mahupun tidak, kamu juga mengkhayalkan dia tanpa sadar. 

Ketahui sebesar apa perhatian yang diinginkan Apakah kamu senang dengan caranya memperlakukan melayani kamu. Jika dia hanya bersalaman saat bertemu, mungkin kamu ingin sapaan yang lebih mesra. Mungkin kamu ingin dia lebih sering menghantarkan pesan. Tidak mendengar khabar seharian daripadanya seorang teman tentu tidak mengecewakan, tidak mendengar khabar daripada orang yang dicintai, gundah gelana jadinya.

Jika kamu sangat gembira ketika dia menghubungi atau merasa denyut di jantung, di perut, ketika namanya muncul dalam telefon, itu tanda besar menginginkan hubungan yang lebih romantiknya.

Bicarakan dengan teman lain atau anggota keluarga Kamu mungkin tidak mampu bersikap objektif terhadap diri sendiri. Jadi, cuba bicara dengan orang yang kamu percaya, seperti teman dekat atau saudara. Mereka dapat menilai sikap teman istimewa kamu itu dari sudut pandang orang luar, agar mendapatkan pendapat lain dan kamu mesti menerima dengan hati terbuka.Orang luar selalu lebih nampak sikap dan perangai seseorang itu, kalau dia betul-betul mahukan yang terbaik untuk kamu dia akan bercakap perkara yang sebenar dan jujur dalam penilaiannya.

Teman atau saudara mungkin dapat melihat bahawa orang yang bagi kamu itu istimewa kala memandang kamu, selalu pandangannya itu dengan senang dan terlihat kejernihan di matanya. Dia juga membicarakan kamu dengan cerita yang mengingatkan akan keseronokan bukan bukan kejengkelan jauh sekali menjatuhkan air muka kamu. Betul mereka juga boleh melihat di matanya yang kamu ini dianggapnya bukan sekadar teman biasa.

Renungkan lagi perasaan dalaman Memahami emosi memang tidak mudah, dan kadang mengelirukan. Bagi membantu memutuskan, fikirkan bagaimana perasaan kamu baik-baik. Buat daftar untuk mencatat perasaan kamu dalam seminggu itu. Tulis apa yang kamu rasakan ketika berbual dengannya atau saat memikirkan dia. Misalnya, tulis bahawa kamu gembira ketika dia menghubungi atau gugup ketika kamu keluar bersamanya.

Perasaan dibukukan harian Luangkan beberapa minit setiap hari untuk menulis interaksi kamu dengan orang-orang di sekitar. Cara ini membantu agar kamu mengetahui apakah kamu bersikap berbeza kepadanya jika dibandingkan dengan teman lain. Melalui tulisan ini, kamu menyedari apakah dia memperlakukan kamu sebagai teman atau kekasih.

Cubalah renungkan dalam situasi yang lebih spesifik seperti fikirkan ketika melihat dia berbual dengan orang lain dan apa yang rasa rasakan saat itu?  Kamu cemburu? Apakah kamu tidak merasa tercabar bila kamu melihatnya terlebih mesra dengannya, dan kamu tidak berasa apa-apa pun, kerana itu maknanya kamu belum lagi sepenuh hatinya menyukainya.

Kumpulkan kepercayaan diri Mungkin kamu sangat gugup dalam usaha mengubah persahabatan jadi hubungan cinta. Itu normal. Akan tetapi, usahakan untuk percaya diri. Kepercayaan diri dapat membantu kamu menemukan kata-kata yang tepat untuk diucapkan dan mencari cara mendapatkannya. Beri semangat kepada diri sendiri. Cubalah mengatakan, “Aku orangnya dan dia sebenarnya akan beruntung mendapatkan aku.” 

Lancarkan sedikit rayuan Kamu dapat mengetes ombak dengan merayunya sedikit. Mulailah dengan menatap matanya sedetik lebih lama daripada biasa. Kamu juga dapat memberi perhatian lebih. Jika sedang bersama teman lain, berikan lebih tumpuan kepadanya. 

Jaga bahasa kamu Kita dinilai terlebih dahulu daripada bahasa yang digunakan. Elakkan sama sesekali menggunakan bahasa yang kasar atau berjenaka perkara yang boleh membuat dia mahupun orang sekeliling kecil hati atau berasa hati, marah dan sebagainya. Tidak kira kamu kata, that me, atau inilah aku, yang penting kalau kamu mahu memikatnya elak guna perkataan yang boleh membuat dia mahupun kawannya fikir seribu kali untuk menerima. Dan belajar menjadi orang yang baik pertuturan dan bahasa digunakan.  Kejujuran Inilah yang paling penting dalam setiap persahabatan mahupun perhubungan, lebih-lebih lagi kamu mahu mengambilnya sebagai teman sehidup semati. Jangan sesekali menipu khasnya tentang hal peribadi, contoh, kalau kamu duda anak dua, katakan yang sebenarnya. Ya, kamu tidak boleh menipu status kamu, samada sudah berkahwin atau bujang, sedang bertunang dan sebagainya. Andai berstatus suami orang dan mahu jadikan isteri kedua… andai dia menerima seadanya kamu untung, tetapi kalau kamu menipu padah menunggu. Tentang keluarga, pekerjaan juga tidak boleh diada-adakan cerita kerana celaka jadinya.

Related posts

Just in time for the Christmas and New Year celebrations

admin

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

adminwm

Teh Halba Mencantikkan Wanita, Luar dan Dalaman

adminwm

Leave a Comment