Baru-baru ini “Green the Good Earth”, iaitu satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), yang dianjurkan oleh jenama Dr Greenthumb telah dilaksanakan di Elmina Rainforest Knowledge Center. Majlis yang meriah itu telah dilancarkan oleh David Dzulkifli daripada Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC), bagi pihak Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah.
Dengan perasmian tersebut maka bermulalah satu sejarah penting daripada kumpulan tersebut yang signifikan dalam usaha mereka untuk mempromosikan konsep bertaman yang menyeronokkan lagi lestari.
David Dzulkifli daripada Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) dan Wan Azaini Wan Ahmad, Ketua Eksekutif Kumpulan Dr Greenthumb, merasmikan kempen Green the Good Earth.
Kumpulan Dr Greenthumb mempunyai objektif untuk membangunkan masyarakat yang penyayang demi kesejahteraan persekitaran yang mana kumpulan ini juga berhasrat untuk mempromosikan inisiatif bertaman dengan keseronokan dan memupuk sikap bertaman secara lestari untuk individu, perusahaan dan masyarakat amnya sambil memberi tumpuan kepada usaha-usaha memperjuangkan gayahidup sihat dan menyokong sekuriti makan.
Pelancaran tersebut merupakan satu usaha yang julung-julung kali Dr Greenthumb, satu kumpulan pelopor dalam teknologi nano dalam negara yang berteraskan kelestarian makanan tumbuhan atau makanan loji dan penjagaan tanah.
Dr Greenthumb percaya bahawa dengan teknologi terkini ini akan membawa aktiviti bertaman dan perladangan lebih mudah untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar lantas menukar rupa balkoni menjadi sebuah taman menghijau sepertimana yang mereka aspirasikan, sebuah oasis yang menghijau.
Jenama ini menawarkan kepelbagaian rangkaian makanan tumbuh-tumbuhan dan produk penjagaan tanah organik asli yang bermutu tinggi, termasuk Baja Organik Asli Serbaguna dan Penjagaan Tanah Asli Organik.
Selain itu ia turut menyediakan, Asap Cecair Asli Organik, Perisai Serangga Asli Organik, Green On Foliar iaitu sejenis baja khas berteknologi tinggi dan Fruity Red Foliar yang diperbuat di Malaysia oleh Syarikat Kumpulan Dr Greenthumb.
Setakat ini Greenthumb telah menyertai beberapa pameran antarabangsa, terbaru di Middle East Organic Natural Products Expo 2023 di Dubai. Ekoran daripada penglibatan ini, Dr Greenthumb telah menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pengunjung yang mana terdapat banyak pertanyaan dan perkembagan positif di kalangan mereka yang datang dari Timur Tengah dan pasaran Afrika.
"Dr Greenthumb bukanlah satu perniagaan untuk kita malah ia merupakan satu pernyataan terhadap komitmen kami ke arah kaedah bercucuk tanam lestari di tengah-tengah bandar,” pintas Pengasas Bersama Dr Greenthumb Wan Ahmad Afiq. "Melalui gabungan inovasi dan minat yang begitu mendalam, kami berhasrat memperkasakan individu untuk memupuk sikap bertaman sambil memperjuangkan hal-hal kelestarian.
Kumpulan ini terdiri daripada pelayan dan agropreneur muda yang begitu berminat perihal pertanian lestari dan juga beminat perkara-perkara yang berkaitan dengan becucuk tanam dan pertanian.
Syarikat Kumpulan Dr Greenthumb berwawasan bahawa suatu masa akan datang yang mana kehidupan diwakili dan di ketuai oleh agropreneurs yang dedikasi dalam memupuk kaedah dan sikap bercucuk tanam yang mementingkan kesejahteraan dunia, yang lebih hijau dengan amalan bertaman dan bercucuk tanam secara lestari.
"Misi kami mudah, iaitu untuk memberi keseronokan dalam bertaman, bercucuk tanam dan berladang sambil membina dunia yang lebih hijau," tambah Ariff Azraai, Pengasas Bersama Dr Greenthumb. "Kami bukan sekadar peminat tanaman tetapi kami juga adalah pembela, dan setiap penggunaan produk kami, bukan sahaja menjamin pertumbuhan tanaman tetapi juga kelestarian pertumbuhan untuk generasi mendatang. Penyanyi yang terkenal dengan lagu popularnya, Hijau iaitu Dato' Zainal Abidin juga turut menyerikan majlis pelancaran tersebut sementara para hadirin juga turut berpeluang untuk mendapatkan produk Dr Greenthumb's products di https://drgreenthumb.com.my/ atau melalui platform Shopee (Malaysia) and Amazon Shop (Dubai).