CANTIK

BEAUTY WITH A CROWN

Apabila Kecantikan Memakai Mahkota — dan Mengapa India Begitu Lama Menjadi Kuasa Besar Dunia Pageant

Ada suatu ketika dahulu, kecantikan datang dengan mahkota.

Seorang wanita muda berdiri di atas pentas, mengenakan evening gown, tersenyum kepada kamera dan menunggu saat namanya diumumkan. Di kepalanya diletakkan mahkota; di bahunya disarungkan selempang; dan dalam sekelip mata, seorang gadis biasa menjadi Miss World atau Miss Universe.

Tetapi bagi sesetengah wanita, mahkota itu bukanlah penamat. Ia baru permulaan.

Dan jika kita mahu memahami bagaimana dunia pageant berubah daripada sekadar pertandingan kecantikan kepada satu laluan menuju dunia fesyen, hiburan, media dan pengaruh, kita tidak boleh tidak melihat kepada India.

Kerana pada suatu ketika, India seolah-olah mempunyai formula yang dunia pageant sendiri sukar untuk diabaikan.

DARIPADA REITA FARIA KE SUSHMITA SEN

Kisah India sebenarnya bermula lebih awal. Pada 1966, Reita Faria menjadi wanita India pertama memenangi Miss World dan juga wanita Asia pertama yang meraih mahkota tersebut. Namun selepas itu, dunia pageant India tidak terus menghasilkan rentetan kemenangan.

Kemudian datang tahun 1994. Dan sesuatu berubah.

Sushmita Sen memenangi Miss Universe 1994.

Pada tahun yang sama, Aishwarya Rai memenangi Miss World 1994.

Dua mahkota dunia pada tahun yang sama. Bagi India, ia bukan sekadar kemenangan dua wanita cantik. Ia menjadi satu cultural moment — seolah-olah seluruh negara tiba-tiba menyedari bahawa seorang gadis India juga boleh berdiri di pentas dunia, bersaing dengan wanita dari seluruh pelosok dunia dan pulang membawa mahkota.

Sushmita ketika itu masih sangat muda, baru sekitar 18 tahun. Tetapi cara beliau menjawab soalan, ketenangan ketika berada di pentas dan keyakinannya menjadikan beliau lebih daripada sekadar wajah yang cantik. Beliau menjadi simbol kemungkinan.

Kalau Sushmita boleh, mungkin gadis India yang lain juga boleh. Dan itulah yang berlaku.

SUSHMITA SEN — THE FIRST MISS UNIVERSE

Sushmita mempunyai tempat yang istimewa dalam cerita ini kerana beliau ialah wanita India pertama memenangi Miss Universe. Tetapi yang lebih penting ialah apa yang berlaku selepas itu. Mahkota tersebut membuka jalan kepada kerjaya dalam filem, televisyen, peragaan dan kemudian keusahawanan. Sushmita tidak kekal sebagai seorang beauty queen yang hidupnya berakhir selepas menyerahkan mahkota kepada pengganti.

Beliau membina nama sendiri. Dan mungkin itulah salah satu perubahan terbesar dalam budaya pageant moden — the crown became a platform, not a destination.

AISHWARYA RAI — WAJAH INDIA KE DUNIA

Tidak lama selepas kemenangan Sushmita, Aishwarya Rai membawa pulang mahkota Ratu Dunia. Jika Sushmita mempunyai aura yang kuat dan confident, Aishwarya pula mempunyai wajah yang menjadi begitu dikenali sehingga akhirnya melampaui dunia pageant itu sendiri.

Miss World 1994 menjadi pintu masuk kepada dunia peragaan, filem India dan akhirnya pentas antarabangsa. Di sinilah kita mula melihat satu corak.

Beauty queen tidak semestinya kekal sebagai beauty queen. Mahkota boleh membawa seseorang kepada dunia yang jauh lebih besar — jika wanita itu mempunyai bakat, disiplin dan keupayaan untuk membina dirinya selepas spotlight pertama berakhir.

DIANA HAYDEN — MAHKOTA YANG DITERUSKAN

Tiga tahun selepas kemenangan Aishwarya, India kembali ke pentas Miss World.

Kali ini, Diana Hayden.

Pada 1997, Diana membawa pulang mahkota Miss World. Beliau bukan sahaja memenangi pertandingan utama tetapi turut meraih beberapa gelaran sampingan, termasuk Miss Photogenic dan kategori berkaitan penampilan.

Menariknya, Diana bukan sekadar model dengan wajah yang cantik. Beliau mempunyai latar dalam drama dan pernah menjalani latihan di London, termasuk di Royal Academy of Dramatic Arts. Sekali lagi, kita melihat sesuatu yang mula menjadi penting dalam dunia pageant: beauty, but with substance.

Seorang wanita yang berdiri di atas pentas antarabangsa bukan hanya perlu tahu bagaimana hendak kelihatan cantik. Dia perlu tahu bagaimana bercakap, bagaimana membawa diri, bagaimana menjawab soalan dan bagaimana mengawal dirinya apabila seluruh dunia sedang memandang.

YUKTA MOOKHEY — 1999

Kemudian datang pula Yukta Mookhey. Pada 1999, Yukta dinobatkan sebagai Miss World di London. Beliau menjadi wanita India keempat memenangi Miss World selepas Reita Faria, Aishwarya Rai dan Diana Hayden.

Yukta membawa sesuatu yang sedikit berbeza. Di luar dunia pageant, beliau mempunyai latar pendidikan yang luas — termasuk zoologi, komputer, seni halus dan muzik klasik Hindustani.

Ketika ditanya dalam pertandingan Miss World siapakah yang ingin beliau menjadi jika boleh menjadi sesiapa sahaja di dunia, jawapannya memilih Audrey Hepburn — bukan semata-mata kerana kecantikannya, tetapi kerana inner beauty, compassion and aura.

Jawapan itu sebenarnya cukup simbolik. Kerana pada penghujung 1990-an, dunia pageant sendiri sudah mula bercakap tentang sesuatu yang lebih besar daripada wajah.

DAN KEMUDIAN — 2000

Tahun 2000 mengulangi sejarah 1994.

Lara Dutta memenangi Miss Universe. Priyanka Chopra memenangi Miss World.

Sekali lagi, India mempunyai dua wanita memegang dua mahkota terbesar dunia dalam tahun yang sama. Dan kali ini, dunia sudah mula benar-benar memberi perhatian.

Lara kemudian membina kerjaya dalam filem, televisyen, penerbitan dan dunia perniagaan.

Priyanka pula menjadi antara contoh paling jelas tentang bagaimana seorang beauty queen boleh mengubah mahkota menjadi kerjaya global  — daripada Bollywood kepada Hollywood, televisyen, produksi dan perniagaan.

Mahkota itu sudah tidak lagi menjadi destinasi. Ia menjadi launchpad.

MENGAPA INDIA?

Tetapi di sinilah persoalan yang lebih menarik bermula. Mengapa India?

Adakah wanita India memang lebih cantik? Sudah tentu bukan itu jawapannya.

Kecantikan tidak mempunyai kewarganegaraan. Yang lebih menarik ialah India telah membina satu ekosistem kecantikan yang sangat kuat. Selepas kejayaan Sushmita dan Aishwarya pada 1994, pertandingan Miss India semakin menjadi laluan yang serius. Muncul sekolah grooming, latihan catwalk, kelas komunikasi, etiquette, portfolio photography, fitness, makeup, hairstyling dan latihan menghadapi media.

India Today pernah menggambarkan fenomena itu sebagai lahirnya sebuah industri yang bukan sahaja mencari wanita cantik tetapi turut “membentuk” dan memasarkan mereka untuk dunia pageant.

Maka, kemenangan tidak lagi berlaku secara kebetulan. Ada sistem di belakangnya.

Ada pengalaman juga latihan. Ada role model dan yang paling penting — ada keyakinan bahawa kemenangan itu memang boleh dicapai.

Seorang gadis India yang melihat Sushmita memenangi Miss Universe pada 1994 tidak lagi melihat mahkota itu sebagai sesuatu yang terlalu jauh.

Kemudian dia melihat Aishwarya. Diana. Yukta. Lara. Priyanka.

Setiap kemenangan menghasilkan generasi yang percaya bahawa mereka juga boleh sampai ke sana. Itulah yang boleh kita panggil sebagai the India effect.

BEAUTY AS AN INDUSTRY

Ada satu lagi sebab mengapa fenomena ini begitu kuat. India mempunyai Bollywood. Ia adalah salah satu industri hiburan terbesar dan paling berpengaruh di dunia, dengan jaringan filem, televisyen, fesyen, iklan, muzik dan selebriti yang begitu luas.

Jadi apabila seorang wanita memenangi mahkota, dunia selepas mahkota sudah tersedia. Model boleh menjadi pelakon. Pelakon boleh menjadi celebrity ambassador. Ratu cantik boleh menjadi wajah produk kecantikan. Dan wajah yang sudah dikenali boleh bergerak ke televisyen, filem, perniagaan dan dunia antarabangsa.

Inilah yang membezakan sebahagian ratu-ratu  cantik India daripada ramai pemenang pageant lain. Mereka tidak hilang selepas mahkota ditanggalkan. Mereka mempunyai industri untuk diceburi.

TETAPI ADAKAH PAGEANT ITU BENAR-BENAR TENTANG WANITA?

Namun, di sebalik gemerlapan mahkota, ada persoalan yang tidak boleh kita elakkan. Apakah sebenarnya yang kita raikan apabila seorang wanita dinilai berdasarkan kecantikan?

Persoalan ini bukan baharu.

Pada 1996, apabila Miss World diadakan di Bangalore, India sendiri menjadi medan perdebatan besar. Golongan feminis, kumpulan konservatif, aktivis agama dan kumpulan politik masing-masing mempunyai bantahan dan pandangan tentang pertandingan tersebut.

Ada yang melihat beauty pageant sebagai bentuk pemerkasaan — peluang untuk wanita berdiri di pentas dunia, menggunakan pendidikan, kecerdasan dan suara mereka. Tetapi ada juga yang melihatnya sebagai bentuk komersialisasi tubuh wanita, apabila kecantikan dijadikan produk untuk ditonton, dinilai dan dijual.

Protes terhadap Miss World 1996 menjadi begitu besar sehingga lebih daripada 1,300 orang dilaporkan ditahan. Ironinya, kontroversi itu sendiri menunjukkan betapa besar makna beauty pageant kepada masyarakat India. Ia bukan lagi sekadar pertandingan di atas pentas. Ia sudah menjadi perdebatan tentang wanita, budaya, modeniti, globalisasi dan siapa yang berhak menentukan makna kecantikan.

FROM BEAUTY TO PURPOSE

Mungkin sebab itu pageant moden akhirnya cuba bergerak daripada sekadar beauty kepada purpose.

Apakah yang wanita itu mahu lakukan dengan populariti yang diberikan kepadanya?

Apakah isu yang mahu dibawanya?

Apakah yang berlaku selepas dia menyerahkan mahkota?

Di sinilah kita melihat perubahan daripada “Who is the most beautiful?”kepada persoalan yang lebih menarik: “What will she do with her beauty, her voice and her opportunity?”

Manushi Chhillar, yang memenangi Miss World pada 2017, hadir dalam generasi yang sudah jauh berbeza. Beliau membawa isu kesihatan dan kebersihan haid wanita melalui projek Beauty With a Purpose.

Mahkota masih ada tetapi maknanya sudah berkembang.

THE WOMEN BEHIND THE CROWN

Apabila kita melihat kembali nama-nama ini — Sushmita Sen, Aishwarya Rai, Diana Hayden, Yukta Mookhey, Lara Dutta, Priyanka Chopra dan kemudiannya Manushi Chhillar — mudah untuk melihat mereka hanya sebagai wajah-wajah cantik yang pernah berdiri di atas pentas. Tetapi setiap seorang membawa cerita yang berbeza.

Sushmita membawa keberanian seorang wanita muda yang membuka pintu pertama.

Aishwarya membawa kecantikan yang kemudian menjadi bahasa global.

Diana menunjukkan bahawa pendidikan dan latihan boleh berjalan seiring dengan glamour.

Yukta mengingatkan kita tentang ilmu, seni dan inner beauty.

Lara membuktikan bahawa keyakinan dan komunikasi boleh membawa seorang beauty queen jauh selepas pertandingan berakhir.

Priyanka menunjukkan bagaimana sebuah mahkota boleh berkembang menjadi kerjaya antarabangsa.

Dan Manushi membawa kita kepada generasi yang bertanya bukan hanya tentang kecantikan, tetapi tentang tujuan.

Mereka semua cantik. Tetapi mungkin itu bukan perkara paling penting tentang mereka.

THE CROWN IS ONLY THE BEGINNING

Sayugia, mahkota hanya bertahan beberapa tahun. Rambut berubah. Wajah dan fesyen berubah. Malah dunia juga berubah. Tetapi apa yang dilakukan oleh seorang wanita selepas mahkota itu diletakkan di kepalanya — itulah yang menentukan sama ada namanya akan terus diingati.

Justeru, itulah sebabnya kisah beauty queens masih menarik untuk kita baca hari ini. Kerana kita sebenarnya tidak lagi terlalu ingin tahu siapa yang paling cantik.

Kita mahu tahu: Siapa mereka selepas dunia berhenti memanggil mereka cantik?

Dan mungkin di situlah kecantikan yang sebenar bermula. Bukan ketika mahkota diletakkan di kepala tetapi ketika mahkota itu sudah tiada.

Related posts

R + B JENAMA KECANTIKAN KITARAN PERTAMA DI MALAYSIA

adminwm

Kulit Cerah Berseri Dengan Nutox Renewing Treatment

adminwm

More Than Just Your Face

adminwm

Leave a Comment