CANTIK

R + B JENAMA KECANTIKAN KITARAN PERTAMA DI MALAYSIA

Mengetengahkan tujuan dalam konsep guna semula – Product R+B adalah berkesan, semula jadi dan lestari R+B (Repurpose + Beauty) – Sebuah jenama kecantikan tempatan, mengumumkan pelancaran rangkaian produk-produk penjagaan kulit yang direka khas untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk produk-produk yang berkesan, menggunakan sumber semula jadi dan mesra alam.

Ingin mengubah corak dan permainan di dalam industri penjagaan kulit, R+B bermatlamat untuk menciptakan masa depan di mana pengguna kini boleh mendapatkan penjagaan kulit dengan mudah yang memberi manfaat kepada kesejahteraan individu dan sekaligus pada alam sekitar. “Kami mahu memperkasakan pelanggan kami untuk membuat keputusan termaklum dan mampan berkenaan pilihan penjagaan kulit mereka. Produk-produk R+B menggunakan bahan-bahan semula jadi dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, menjadikan jenama R+B sebagai rangkaian produk yang boleh dicapai oleh semua orang.

Kami percaya bahawa kecantikan tidak sepatutnya membebankan alam sekitar atau dompet anda,” kata Pengasas Bersama Irene Lim. Diasaskan pada tahun 2021, jenama tersebut percaya ianya tidak mustahil untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa menjejaskan alam sekitar dan pada masa yang sama menyumbang semula kepada masyarakat. Oleh itu, rangkaian produk R+B merangkumi kecantikan kitaran, menjadikan jenama tersebut sebagai pilihan yang tepat di kalangan pengguna.

Produk-produk R+B menggabungkan kelestarian di seluruh rantaian nilai mereka, menjadikan mereka sebagai pemain industri baharu yang memberi impak terutamanya kepada industri kecantikan dan komuniti tempatan. Selain itu, semua produk R+B menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan dan bebas kekejaman. Dicuba dan diuji

Syarikat tersebut baru baru ini melengkapkan percubaan pengguna terhadap 300 orang wanita yang berumur 25-50 tahun, dari seluruh pelosok Semenanjung Malaysia. Antara kebimbangan utama adalah kulit kusam, pori-pori besar, pigmentari, garis-garis halus dan kedut, dan juga penuaan kulit.

Kajian tersebut juga menyatakan wanita membeli penjagaan kulit berdasarkan keberkesanan, harga, senarai bahan-bahan, unsur semula jadi dan penilaian produk. Menurut Pengasas Bersama Soo Hoo Siew Kheng, “Maklum balas daripada sesi tersebut mendapati R+B melengkapi semua kepiawaian daripada
pengguna. Antara sebab-sebab utama peserta menikmati produk kami adalah kerana ianya berkesan, mempunyai tekstur yang menarik, diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan mempunyai bauan alami.

Apakah Kecantikan Kitaran?
Menurut Fact.MR, kecantikan kitaran juga dikenali sebagai model perniagaan hijau. Konsep kecantikan ini menumpukan pada penggunaan semula produk sampingan yang yang memanjangkan kitaran hayat bahan-bahan dan mencegahnya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah (Shambhu Nath Jha, 2022). Selari dengan konsep ini, rangkaian produk penjagaan kulit R+B menumpukan pada penggunaan semula serbuk kopi sebagai komponen utama, dan bahan-bahan semula jadi yang lain. Serbuk kopi merupakan bahan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan antioksidan, menjadikannya sebagai sumber bahan yang berharga. Pelupusan bahan pembungkusan yang betul adalah sangat penting dalam produk kecantikan kitaran. Dengan itu, R+B mempunyai dasar pulang, isi semula, guna semula dan ulang untuk mengurangkan pembaziran. Sekiranya produk sudah habis digunakan, pengguna boleh memulangkan balang dan botol kosong pembungkusan yang mereka terima semasa pembelian awal. RM20 akan dikreditkan ke akaun pengguna yang sudah berdaftar apabila barang-barang tersebut dipulangkan.

Kecantikan yang memberi kembali Sebuah jenama dengan tujuan murni, R+B menyumbangkan 10% daripada setiap pembelian yang dibuat kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti 4X4 Relief Malaysia dan Projek Haiwan & Pendidikan Alam Sekitar (APE Malaysia).

“R+B komited untuk menciptakan impak yang positif di kalangan komuniti tempatan dan telah bekerjasama dengan beberapa NGO untuk memelihara alam sekitar dan menyokong komuniti setempat. Sebahagian daripada setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan akan didermakan kepada organisasi-organisasi tersebut yang membolehkan mereka menyumbang kepada tujuan yang lebih besar dan pada masa yang sama meningkatkan penampilan mereka,” kata Pengasas Bersama Adrian Peh.

Sebuah NGO yang dikendalikan oleh sukarelawan sepenuhnya, 4X4 Relief terdiri daripada sekumpulan peminat 4×4 yang bersemangat untuk mendedikasikan masa dan sumber-sumber untuk menyediakan keperluan bagi golongan orang asli di Malaysia. Hasil yang didermakan kepada APE Malaysia akan disalurkan terus untuk projek “Restore Our Amazing Rainforest” (ROAR). Inisiatif ini menyokong visi APE Malaysia untuk memulihkan landskap yang telah rosak akibat penebangan hutan. Bagi setiap RM20 sumbangan yang diterima oleh APE bersamaan dengan sebatang pokok yang akan ditanam oleh organisasi tersebut.

Adakah Anda Tahu?

● Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, ampas kopi yang reput membebaskan 86 kali ganda gas metana yang lebih berbahaya kepada alam sekitar berbanding karbon dioksida

● Pengekstrakan bahan semula jadi R+B yang digunakan semula daripada produk sampingan dilakukan oleh pakar yang berpengalaman lebih daripada 14 tahun dan dahulunya bekerja di Institut Bioteknologi Melaka

● Semua produk R+B merupakan produk tempatan dan dibuat di Malaysia

● Produk-produk R&B mempunyai sijil analisis mengikut Garis Panduan NPRA. Kesemua produk adalah dihasilkan dalam fasiliti yang diiktiraf oleh International Organization for Standardisation (ISO), Ecocert, Halal dan Amalan Pengilangan Baik (GMP), menjadikan semua produk R+B selamat untuk digunakan

Koleksi Kopi R+B
Koleksi terulung R+B menampilkan lima produk untuk rutin penjagaan kulit harian anda – mengandungi serbuk kopi guna semula sebagai bahan asas. Ini termasuk Gel Muka Pembersih Mendalam, Skrub Muka Pengelupasan, Pelembap Wajah yang Menghidupkan Semula Kulit, Skrub Badan Anti Selulit dan Krim Badan Anti Selulit.

Penjagaan Muka Gel Muka Pembersih Mendalam (120ml) Membersih + Menyahtoksik Gel Muka Pembersih Mendalam R+B menggabungkan serai ke dalam campuran kopi untuk melindungi kulit daripada pencemaran dan menyahtoksik serta membuang kotoran untuk kulit yang lebih bersih.
Skrub Muka Pengelupasan (60ml) Mengelupas + Menjana Semula Skrub Muka Pengelupasan R+B dipenuhi dengan bahan-bahan semula jadi dan kunyit untuk menggalakkan penjanaan semula dan
mencerahkan kulit kusam untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan berseri.

Pelembab Wajah Menghidupkan Semula Kulit (60ml). Menyerikan + Menguatkan Pelembab Wajah Menghidupkan Semula Kulit R+B terserlah berkat penggunaan unik Myrothamnus Flabellifolia, juga dikenali sebagai Tumbuhan Kebangkitan. Tumbuhan ajaib ini berasal dari Afrika Selatan dan diekstrak di Switzerland. Pati tumbuhan tersebut terbukti secara saintifik untuk mempercepatkan pembaharuan sel kulit, menguatkan kulit terhadap pencemaran, meratakan dan mencerahkan warna kulit, serta menghidupkan semula kulit selama lebih daripada 48 jam dengan hanya satu penggunaan.

Penjagaan Badan
Skrub Badan Anti Selulit (70ml) Mengelupas + Mengurangkan Pengekalan Air Skrub Badan Anti Selulit R+B kaya dengan antioksidan dan mengandungi minyak kopi, oren dan limau gedang. Minyak oren
menggalakkan penghasilan kolagen dan membantu meningkatkan tekstur keseluruhan kulit. Gabungan bahan-bahan ini membantu menyahtoksik kulit dan mengurangkan pengekalan air.

Krim Badan Anti Selulit (120ml) Melembapkan + Mengurangkan Penampilan Selulit Krim Badan Anti Selulit R+B mengandungi minyak oren, kelapa, dan kayu manis, yang boleh membantu pengeluaran kolagen, merangsang sistem limfa, meningkatkan peredaran, dan memulihkan tona kulit.

Related posts

NEW! CHERRY DUB

adminwm

“Anak-Anak Saya Tak Pernah Menyuntik Botoks Atau Fillers.” Ibu Gigi & Bella Hadid

admin

Dituduh Melakukan Pembedahan Kosmetik, Ini Jawapan Balas Sofia Vergara Apabila Ditegur Di Instagram

admin

Leave a Comment