kesihatan

Detik Istimewa “Tried & Tested” Di Jiwa Penyayang Wellness

Penat bekerja, mesyuarat, menghadiri jemputan rasmi dan hal-hal di rumah serta kesibukan melayan anak dan cucu. Bagi sesetengah wanita, jadual harian memang padat, itu belum menghadiri kelas-kelas agama dan perjumpaan sosial dengan teman serta urusan lainnya.

Setiap malam sebelum menutup tirai, hari saya berakhir dengan doa dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya; untuk kesihatan, rezeki dalam apa jua bentuk, hari yang produktif dan bermakna yang telah saya lalui pada siangnya.

Setelah bersiap diri dan sebelum menukar pakaian tidur malam itu, seperti selalu, saya membelek kulit wajah dan lakukan rutin penjagaan malam, bezanya, kali ini terlalu banyak kekurangan terlihat. Kedutan halus semakin bertambah, noda-noda hitam yang dulunya hanya sebesar titik, kini membesar malah warnanya kian pekat. Aduh!

Sungguh apa yang terlihat di cermin itu bukan yang saya suka dan agak merisaukan. Dalam keluhan dan berasa tidak sempurna, tiba-tiba rasa teruja dan tidak sabar menunggu esok kerana saya baru teringat akan seseorang. Beberapa kali beliau mengajak saya datang ke pusat kecantikan dan spanya, namun kekangan aktiviti harian pelawaan itu saya ketepikan dulu. Saya berjanji menghubunginya esok.

Malam itu saya tidur nyenyak dan esoknya temujanji sudah dibuat dengan Jiwa Penyayang Wellness Centre. Inilah pengalaman yang ingin saya kongsikan. Orang yang saya maksudkan ialah Dato Hjh. Zaiton Mohd Jiwa atau biasa menggelar dirinya sebagai “Kak Ton”.

Beliau adalah pemilik dan pengusaha Jiwa Penyayang Wellness Centre yang terletak di Wangsa Maju. Seronoknya, saya dan teman-teman dipelawa untuk mencuba perkhidmatan dan spa kulit yang disediakan di pusat tersebut.

Pusat ini baru beberapa tahun dibuka dan menyediakan kepelbagaian pakej serta kaedah penjagaan kulit wajah juga badan. Ia juga menggunakan kaedah dan formula inovatif yang berteknologi tinggi lagi terkini. Di situlah saya bakal melalui sesi termasuk spa dan rawatan wajah. Memang saya tak sabar.

Langkah demi langkah rawatan:
1. Konsultasi Mengalu-alukan Kehadiran & Analisis Kulit              

Sesi bermula dengan bualan santai yang diperibadikan, di mana ahli terapi anda mengenal pasti jenis kulit sama ada ia kering, berminyak, gabungan, atau sensitif. Matlamatnya adalah untuk memastikan apakah kaedah dan produk yang sesuai untuk merawat masalah seperti penghidratan, pencerahan atau anti-penuaan. Dalam hati saya, berkata-kata, saya perlukan semua rawatan itu.

Menggunakan lampu pembesar kulit anda diperiksa dengan teliti. Matlamatnya ialah untuk menentukan kaedah rawatan diperlukan misalnya seperti penghidratan, pencerahan atau anti-penuaan. Mereka mungkin menggunakan lampu pembesar untuk memeriksa kulit anda dengan teliti, memastikan setiap produk disesuaikan untuk anda.

Rangkaian produk yang digunakan

2. Pembersihan Berganda & Aromaterapi

Perawatan facial dimulakan dengan pembersihan berganda. Ini menarik dan membuat kulit wajah terasa benar-benar bersih. Bahan yang digunakan terasa lembut pada kulit dengan bauan sederhana yang merangsang deria hidu, malah menyamankan.

Jemari lembut dan profesional juru facial mengusap secara menyeluruh untuk menanggalkan solekan dan kekotoran. Kemudian sesi diikuti dengan dengan wap hangat aromatik yang halus dan ringan.

Seperti yang pernah ramai lalui rawatan wap ini membuat kulit rasa sedikit bahang namun agak selesa dan masih tenang. Tujuannya adalah untuk meregang dan melonggarkan pori-pori bagi memudahkan rawatan seterusnya seperti pembersihan yang lebih mendalam sekiranya ada blackheads dan sebagainya.

3. Sesi Wap – Persediaan Liang Pori Mendalam (Stim & Pengekstrakan)

Wap hangat digunakan untuk membuka liang dan melembutkan sebum, selalunya selama 5-10 minit. Walaupun pilihan, pakar estetik boleh melakukan pengekstrakan bintik hitam atau kesesakan yang halus dan profesional.

4. Membantu Dermis Bernafas

Antara sebab yang membuatkan kulit semakin kusam, tidak licin dan kurang seri adalah kerana ia semakin menebal. Sel-sel kulit mati yang tidak dibersihkan hari ke hari membuat ia menebal di lapisan dermis.

Apa yang dilakukan oleh jurufacal ialah dibersihkannya menggunakan enzim lembut atau pengelupasan khas. Bahan ini menggilap kulit untuk mendedahkan kulit bawah yang lebih cerah. Langkah ini seterusnya menyediakan kulit untuk menyerap bahan aktif dalam perawatan yang bakal digunakan dengan lebih baik lantas merawat punca masalah dengan berkesan.

5. Urutan Muka – “Momen Istimewa & Intim”

Ini momen istimewa dan intim malah saya anggap sebahagian kemuncak rawatan spa muka. Urutan spa muka ini bukanlah sembarangan rawatan, ia direka untuk merangsang, menegang dan menggalakkan saliran darah dan limfa. Menggunakan minyak dan serum khas lagi profesional, ahli terapi melakukan sapuan yang tepat, ke atas dan luar pada muka, leher.

6. Rawatan Masker Khas dan Sesuai

Dipilih dan disasarkan tepat kepada keperluan anda, yang ini untuk kulit dan masalah yang saya hadapi; terlalu berminyak tetapi kering di sebahagian wajah. Masker ini bertindak sebagai krim penghidratan untuk kekeringan, namun ada gabungan pelembap yang membantu penganjalan kulit. Ia cukup menenangkan untuk dan membuat saya terlena seketika.

7. Urut & Rehat Kulit Kepala dan Tangan

Semasa topeng disapu sepenuhnya, ada lagi “saat istimewa” bersama jurufacial, sesi diteruskan dengan urutan pada tangan, lengan atau kulit kepala, ini bagi memastikan badan anda dimanjakan seperti wajah anda.

8.Serum, Pelembap, dan Perlindungan

Rawatan diakhiri dengan serum khusus, pekat dan pelembap yang kaya, yang seterusnya dilengkapi krim pelindung UV SPF untuk melindungi bersih dan berseri daripada cahaya matahari.

Relaksasi Selepas Rawatan

Anda jangan tergesa-gesa keluar. Lalui momen istimewa yang berakhir dengan detik tenang di ruang istirahat, yang menampilkan minuman yang menyihat lagi menyegarkan.

Tamat perawatan, kulit wajah memang terasa cekang dan segar namun lembab, itu hasil yang saya amat idamkan. Tentu ramai ingin tahu berapa bintang saya beri untuk perkhidmatan ini?

Secara keseluruhannya memang perkhidmatan di sini memuaskan daripada pelbagai sudut termasuklah premis yang bersih dan tenang, peralatan canggih berteknologi terkini

dan produk yang bagus dan berinovatif. Dengan perkhidmatan jurufacial yang profesional, , saya berikan JPMC empat bintang daripada 5 bintang.

Sejujurnya saya puas, cuma amat terkilan saya tidak dapat mencuba sesi seterusnya iaitu spa infrared light yang memang saya nanti-nantikan disebabkan pernah melalui pembedahan jantung, saya dinasihati supaya tidak mencubanya.

Menurut Dr. Mohd Redza Bin Abd Rahman Pakar bidang Biochemistry and Molecular Biology (longevity dan anti-penuaan) dan merupakan penasihat akar di pusat tersebut, keadaan jantung saya tidak mengizinkan saya melalui sesi rawatan tersebut kerana ia mungkin boleh  memudaratkan keadaan jantung saya.

Begitulah tegasnya mereka dalam menjaga kepentingan pelanggan dan keselamatan pelanggan. Seperti kata Kak Ton, wang bukan segala-gala dan keselamatan serta kepuasan pelanggan adalah keutamaan JPWC.

Akhir sekali, saya ingin menasihati kepada yang ingin mencuba, supaya sebaiknya jangan tergesa-gesa untuk beredar setelah segala sesi selesai, malah momen istimewa yang baru sahaja anda nikmati itu biarlah berakhir dengan manjakan diri. Bersantailah seketika di ruang istirahat, yang mana anda dihidangkan minuman yang merehat dan menyihatkan. Inilah detik menyamankan dan pengalaman memuaskan.

Related posts

NASI DAN PERLUKAH ANDA MAKAN SETIAP?

adminwm

Mothering While Running a Business: The Load Nobody Sees

Hana Halim

New Year, Old Self, But More Honest

Hana Halim

Leave a Comment