
Menjelang Lebaran membuatkan ramai antara kita mula ‘resah’ memikirkan persiapan sambutan terutamanya berkaitan, “apa yang hendak digayakan?” Ramai mula menyusun jadual untuk mula mensasarkan impian. Dan suasana membeli-belah sering kali sinonim dengan bazar yang meriah dan penuh pilihan walau kini pilihan atas talian di hujung jari semakin menjadi pillihan.
Namun pengalaman membeli secara terus di kedai-kedai pasti tidak sama dengan di alam maya. ‘Feel’ dan suasananya tidak kan sama.
Atas kemahuan itu, CirKLe Community menganjurkan Eid Semester 2026, sebuah pop-up berbudaya premium yang berlangsung selama sembilan hari (berakhir Ahad ini) di The Campus Ampang.
Bermula 28 Februari hingga 8 Mac 2026, ruang ini diubah menjadi sebuah “kampus kehidupan” yang menyatukan komuniti, jenama tempatan dan pengalaman kreatif dalam satu suasana yang cukup unik dan estetik.
Kampus Raya Menghimpunkan Kreativiti Tempatan
Tidak seperti bazar biasa, cirKLe. memperkenalkan konsep cultural marketplace — sebuah ekosistem yang menggabungkan gaya hidup, kreativiti dan keusahawanan tempatan.
Selepas kejayaan edisi sulungnya yang menampilkan 29 jenama tempatan serta mencatat lebih sejuta tontonan kandungan digital, edisi 2026 tampil lebih besar dengan lebih 42 vendor pilihan yang menampilkan pelbagai produk daripada fesyen, gaya hidup hingga makanan artisanal.



Antara jenama yang bakal memeriahkan semester Aidilfitri ini termasuk:
UMMA, Nan Indah, Ana Abu, Fustaann, Variante, Elhana, Dally, Petra, Jari Alana, Velvet Vanity, Ruhi, Hias, Bloom Studio, Bayu Somerset dan Posh Abaya.
Barisan vendor ini digelar sebagai “Scholars of 2026”, melambangkan komuniti kreatif yang berkongsi inspirasi dan kepakaran dalam satu ruang yang sama.
Daripada segi visual, pengalaman di cirKLe. turut diperkaya dengan konsep ruang yang cukup artistik dikenali sebagai Layered Roots.
Direka oleh Design Bloc Studio, ruang ini menggabungkan tekstur jerami berlapis yang mengingatkan suasana kampung dengan elemen bata minimalis yang moden. Gabungan ini menghasilkan suasana yang hangat, organik dan sangat “Instagram-worthy”.
Hasilnya, setiap sudut di kampus ini terasa seperti sebuah instalasi seni — tempat pengunjung bukan sekadar membeli-belah, tetapi juga menikmati pengalaman visual dan sosial yang berbeza.
Lebih Daripada Sekadar Membeli-Belah
Selain deretan vendor menarik, cirKLe. Eid Semester 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif untuk pengunjung sepanjang sembilan hari acara ini berlangsung.



Antara tarikan utama termasuk:
- Opening Convocation
Majlis pembukaan eksklusif yang menghimpunkan pempengaruh, media dan tetamu jemputan bagi memulakan semester dengan penuh gaya.
- The Portrait Studio
Sesi fotografi potret Aidilfitri dengan latar bertemakan kampus klasik — sesuai untuk kenangan Raya yang unik.
- The Campus Tour
Pengalaman eksplorasi interaktif yang mengajak pengunjung menjelajah ruang sambil mengumpul ganjaran digital.
- Ramadan Lecture Series
Siri perbincangan santai yang mengupas makna Ramadan, budaya dan gaya hidup moden.
- The Junior Commons
Ruang kreatif khas untuk kanak-kanak meneroka aktiviti seni dan permainan.
Pengalaman Fizikal dan Digital Bersatu
Menariknya, pengalaman cirKLe. tidak terhad di lokasi acara sahaja. Melalui platform cirKLe. x Modest Operandi, pengunjung juga boleh mengakses lookbook, inspirasi gaya dan pautan vendor secara digital.



Sepanjang acara berlangsung, sesi live streaming dua kali sehari turut dijalankan bagi membawa pengalaman kampus ini kepada penonton yang lebih luas di platform digital.
Apa lagi, jom serbu sekarang, bawa teman, pasangan, anak dan keluarga. Sambil membeli-belah, kita eratkan silaturahim dan cipta kenangan di sini.
