Marks & Spencer (M&S) melancarkan Koleksi Musim Luruh Sejuk terbarunya, koleksi kapsul yang meraikan ciri kewanitaan moden dengan menyeimbangkan rekaan abadi dan stail terkini. Direka untuk ritma kehidupan di kota dan liburan bergaya yang sofistikated, koleksi ini membayangkan semula helaian klasik melalui jahitan kontemporari, lapisan bertekstur dan perincian yang menonjol. Berasaskan rona coklat mewah, burgundy dan neutral hangat, ia meneroka tekstur baharu dengan jacquard, tweed, kulit cetakan timbul, dan motif haiwan yang subtil —menampilkan variasi dan karakter pada setiap helaian.
Direka Untuk Gaya Kota



Blazer Rever Tinggi Fabrik Ala Bulu Biri Jaket Pendek Motif Kotak T59/9004C, RM399.9 Jumper T38/0816, RM349.9 & T59/2338J, RM399.9 & Blaus Leher V Beropol T43/3910T, RM249.9 Kasut Leper Lelubang T02/5080, Celana Tiga Lisu Fabrik Ala Bulu Biri RM299.9 T59/2388T, RM329.9
Jahitan berkemasan tinggi menjadi tumpuan musim ini, mengolah semula busana kerja klasik menjadi lebih versatil. Padanan Blazer Rever Tinggi Fabrik Ala Bulu Biri bersama Celana Tiga Lisu Fabrik Ala Bulu Biri mencerminkan profesionalisme tiada tandingan dari bilik mesyuarat hingga ke acara malam. Cukup anggun untuk gaya kota, namun versatil untuk disuai padan dengan mudah.
Untuk gaya lebih lembut, Jaket Pendek Motif Kotak yang disarung di atas Blaus Leher V Beropol mempamerkan aura kewanitaan tanpa perlu berusaha, manakala Kasut Leper Lelubang melengkapkan gaya dengan sentuhan ringkas namun elegan. Menyuntik keseimbangan pada koleksi, Jumper tampil sebagai helaian penting sepanjang musim —lembut, abadi dan versatil, sesuai untuk gaya hujung minggu yang santai atau disarung sebagai lapisan luar apabila cuaca sejuk.
Helaian Menonjol Dengan Suntikan Moden Unik


Kot Trenc Kulit Buaya T59/8002C, RM649.9 & Beg Bowler Kulit Tiruan T01/3023Z, RM249.9
Watak utama musim ini menggabungkan stail, kefemininan dan versatiliti. Kot Trenc Kulit Buaya memberi sentuhan anggun pada gaya pejabat mahupun libur, manakala Beg Bowler Kulit Tiruan menyuntik versatiliti dengan kemasan rapi—menjadikannya pilihan terbaik untuk acara siang mahupun malam.


Gaun Syif Mini Berperincian Mutiara Jaket Trucker Kulit Lembu T49/7026, RM499.9 T69/9891, RM349.9 & Kasut Leper Hujung Runcing Bertatah Stud T02/5080A, RM299.9
Untuk acara malam, Gaun Syif Mini Berperincian Mutiara menonjolkan keanggunan abadi, dengan padanan Kasut Leper Hujung Runcing Bertatah Stud yang memberi keselesaan tanpa mengorbankan gaya. Untuk penampilan lebih berani, Jaket Trucker Kulit Lembu memberi sentuhan moden unik dengan tekstur mewah—helaian menonjol yang mampu mengundang perhatian serta-merta. Apabila disarung bersama, kedua-dua helaian ini mempamerkan inti pati kewanitaan moden: penuh keyakinan, versatil dan berperincian halus.
Dengan M&S, nikmati gaya musim ini—di mana kemasan sempurna bertemu tekstur selesa, selain helaian versatil yang memberi keyakinan dan keselesaan untuk setiap acara.
Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua butik M&S dan juga secara atas talian
