AGAMA

 Rasulullah Bersama Orang Yang Dicintai

 “Aku sangat rindu ingin bertemu dengan saudara-saudaraku.” … “Saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku padahal belum pernah melihatku.” (HR. Ahmad)

Rasulullah s.a.w. insan yang penuh cinta kasih. Cinta Rasulullah s.a.w. tercurah kepada seluruh umat Islam hingga akhir hayatnya.

Wujud cinta Rasulullah s.a.w. pada umatnya pun diwujudkan melalui pelbagai teladan dan perkataan cinta yang termaktub dalam pelbagai hadis. Kata-kata cinta Rasulullah s.a.w. dapat menjadi petunjuk, harapan, dan penebal iman di tengah rasa lelah menghadapi kehidupan.

Umat Islam perlu memahami bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan suri teladan yang mulia. Seluruh pemikiran, perkataan, dan tindakan Rasulullah s.a.w. sudah sepatutnya menjadi teladan utama umat Islam.

*عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ*

*Daripada Abu Wa`il daripada Abdullah daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: “Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya.”*

(HR Bukhari No: 5702) Status: Hadis Sahih

Ibnu Hajar menjelaskan: sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta, sentiasa akan didekatkan dengan orang yang dicintai malah kita akan  termasuk dalam golongan yang dicintai.

Ibnu Bathal dalam Syarah Sahih Al-Bukhari, hlm. 9/333, menyatakan: Ketika seorang mencintai orang yang soleh, di mana dia mencintai mereka kerana ketaatan mereka kepada Allah sedang cinta itu merupakan perbuatan hati dan keyakinan hati maka Allah memberi pahala padanya sebagaimana pahala orang soleh yang dicintainya. Kerana niat itu adalah yang asal sedang amal itu mengikuti niat.

*قِيلَ لِلنَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ*

*Ada yang berkata pada Nabi s.a.w., ‘Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tidak pernah berjumpa dengan mereka.’ Nabi s.a.w. lantas bersabda, ‘Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.’”* (HR Muslim  no:  2640) Status: Hadis Sahih.

Orang yang cinta kepada Rasulullah s.a.w. ia akan tetap dapat bersama Rasulullah s.a.w memasuki Syurga walaupun tingkatan syurganya berbeza (Fathul Bari, 10: 555).

بِسْـــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدْ

وَعَلَی آلِ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ.

Related posts

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pemecah Rumah Tangga (Takhbib)

adminwm

Banyakkan Bersujud Kerana Ada Kebaikan Besar di Dunia dan Akhirat

admin

“Kami dah kahwin. Tak kan tak boleh nak peluk cium? Halal dah kot.”

admin

Leave a Comment