CANTIK

MDSUN DILANCARKAN

Siapa tidak mengimpikan kulit wajah sihat dan berseri tanpa cela. Kini anda tidak perlu risau lagi, jenama penjagaan berasaskan sains, MDSUN dilancarkan baru-baru ini. Pelancarannya itu juga membuat mereka yang menggunakan produk magis dari Amerika Syarikat ini berasa lega kerana tidak perlu lagi memesan untuk mendapatkannya.

Memotong riben di majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengasas Bersama MDSUN Skin Care, Zehra Sun (tengah). Turut hadir, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj (dua dari kiri), Che Puan Juliana Sophie Johari Evans, Datin Rina Trazil dan chef tersohor Malaysia, Datuk Chef Wan.

Dengan kehadiran MDSUN di pasaran Malaysia, ia menjadi satu jenama penjagaan kulit terkenal dari Barat yang akan menggegarkan pasaran dan industri kecantikan tempatan khususnya produk penjagaan kulit premium dan eksklusif. 

Diasaskan pakar bedah plastik terkemuka, Dr. George Sun pada 2001, jenama hebat ini memilih untuk membuka kedai flagship pertama di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa selebriti dan tetamu VIP tempatan.

Kiri atas ke bawah: Dato’ Chef Wan menerima cenderahati  produk MDSUN berharga RM10 ribu, begitu juga tetamu diraja dan  VIP Mdsun.

Majlis pelancaran pembukaan butik utama tersebut berlangsung dengan meriahnya. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengasas Bersama MDSUN Skin Care, Zehra Sun. Tetamu khas untuk pelancaran ini termasuk Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Che Puan Juliana Sophie Johari Evans dan Chef tersohor Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Berkesan dan Meyakinkan

Chef kesayangan negara, Dato’ Chef Wan yang amat mementingkan penjagaan kulit wajah dan juga terkenal dengan sifat metroseksual memberitahu dia amat menyukai produk MDSUN bukan sahaja kerana kaedah pembuatannya yang saintifik dan berteknologi canggih sesuai dengan zaman siber ini tetapi menghargai keberkesanannya.

“Sebagai pengguna tegar produk ini, saya amat menghargainya bukan sahaja kerana kesan yang memuaskan tetapi produk ini juga begitu komited dalam kajian dan pembangunannya, ia memberi keyakinan pada saya untuk terus menggunakannya.” 

Zehra (berbaju merah) bersama tetamu

Servis dan Keistimewaan Butik flagship MDSUN Skin Care pertama di tanahair ini menawarkan pengalaman membeli-belah istimewa lagi eksklusif. Perkhidmatan mereka meliputi sesi konsultansi penjagaan kulit secara peribadi lagi tersendiri, paparan produk interaktif dan promosi eksklusif buat yang cerewet perihal penjagaan kulit.

Menariknya, MDSUN adalah pelopor kepada kebebasan memilih penjagaan kulit secara premium yang diformulasi dengan kepakaran perubatan kulit dan bahan-bahan semula jadi, terhasil melalui kajian rapi dan teliti di makmal sains mereka.

“Saya yakin MDSUN akan menjadi satu jenama penjagaan yang dihargai oleh pengguna, khususnya mereka yang pentingkan efikasi dan keselamatan produk,” katanya dalam ucapan pembukaan.  “Saya juga  ingin tegaskan, produk ini berteraskan hasil kajian saintifik dalam setiap perincian pembuatannya,” jelas Zehra lagi meluahkan keterujaannya untuk memperkenalkan produk-produk MDSUN Skin Care ke pasaran Malaysia. 

Majlis pembukaan dimeriahkan lagi dengan nyanyian daripada Noryn Aziz membuat para tetamu tidak segan untuk sama-sama menggoyangkan badan mengikut rentak lagu yang beliau persembahkan.

Butik kecantikan MDSUN ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang mencuba MDSUN Skin Care untuk mendapatkan kulit sihat dan berseri.  Anda pasti puas hati dengan pengalaman transformasi yang bakal dilihat pada wajah anda.

Related posts

ANASTASIA BEVERLY HILLS FALL ROMANCE EYESHADOW PALETTE

adminwm

Love, Beauty and Planet

admin

Tampil Cantik Sesuai Ajaran Islam

admin

Leave a Comment