GAYA HIDUP

A SISTERHOOD OF DREAMS

La Belle  Femme, ialah grup whatsapp diasas Puan Dee Munir. Awal untuk mengajak beberapa kawan meraikan hari jadi teman Dato’ Paduka Noor Aini binti Datuk Abdullah. Bagi melengkapkan kumpulan, pastinya daripada yang ‘close to the heart saja’, maka tidak dilupakan Datin Noorihan Rosilah Nasrun, Datin Afriza Abu Bakar, Datin Khatijah Abu Bakar, Datin Sharifah Bariah, Datin Sri Shahnaz Moktar, Datin Nora Abu Hassan, Toh Puan Nora, Puan Mahani Awang, Puan Satina Haron (Boon), Puan Nikella Niksen (yang kini bermastautin di New York Amerika, tetapi jarak yang beribu batu bukan masalah di zaman siber ini), Nikke akan sentiasa berada membalas pesanan dan cerita-cerita kami. Oh ya, mereka juga membawa saya ke kumpulan ini, terima kasih. Sejak diadakan grup whatsapp ini, benar hubungan persahabatan kami bertambah erat. Setiap pagi Mahani yang bangun paling awal, kira-kira jam empat sudah menghantar ucapan doa kesejahteraan kami semua. 

Friends are the family we choose for ourselves. 

Le Belle Femme we built on trust, honesty and mutual respect. We share common interests and experiences and enjoy spending time together.

Masa sentiasa mencemburui, agak lama juga kami tidak sempat mencari tarikh berkumpul tetapi kerana puasa akan menjelang dan masing-masing pasti sibuk di tikar sejadah, atau bertarawih di masjid, lalu dua hari sebelum puasa, adalah yang terbaik untuk bersama. Paling kurang empat lima kali dalam setahun kami mesti mengadakan pertemuan, lengkap dengan tema berpakaian. Melepaskan rindu, bercerita dan makan-makan. Kami percaya sharing happy moments together adalah penting agar keakraban lebih hangat dan menyeronokan. 

Kalau selalunya di hotel atau restoran mewah, Belle memilih tidak lagi berkumpul di tempat kebiasaan. Sebaik kami mencari kedamaian suasana diselimuti kehijauan alam semulajadi; dengan kicau burung, kolam ikan dan melihat itik-itik berenang di kolam, ayam dan angsa mencakar tanah mencari makanannya. Dan tentunya berkongsi sedikit rezeki dengan teman yang tulus mengusahakan restorannya, Kafe Basikaltua,  untuk kebajikan komuniti insan kurang upaya.

Seminggu sebelum itu menu-menu pilihan kami telah diberikan. Raja iskandar akan menghantar pilihan kami kepada tukang-tukang masak khas kalangan komunitinya, cara ini juga dia berkongsi rezeki dengan mereka.

The Beautiful Women
And this is who we are, or we should aspire to be

  • A Beautiful Woman in the Eyes of Allah SWT
  • A Beautiful Woman in the eyes of our family
  • A Beautiful Woman to everyone who knows us
  • A Beautiful Woman even to our enemies

La Belle Famme
That Beautiful Woman in each and everyone of us. So let us join hands and heart in an eternal bond through
A sisterhood of dreams

In Belle Femme we have found the essence of sisterhood through our individual and shared wisdom. And also through our failures.

In Belle Famme we found someone to share and to celebrate our achievements, to make us feel better by a caring pat on the back or smile of encouragement, and especially in being there during difficult times - Nora Abdullah.

Masing-masing mengesatkan airmata kala kak Nora meluahkan isi hatinya, begitu indah bahasa yang terukir, menusuk jauh di lubuk hati. “With a gentle hand, we strongly support each other, with blended voices we create a melodious chorus as we speak as one,” kata akhirnya sebelum tepukan gemuruh daripada kami. 

Kami juga sudah siap sedia dengan balasan pantun yang dikarang. Sama seperti kak Nora, kata-kata yang diucapkan menyemarakkan lagi hubungan sisterhood kami yang terjalin sekian lama. 

Dua belas dara leka bersantap
Sambil menghirup udara nyaman di Kafe Basikal tua
Mana satu pilihan menu, adoi semuanya sedap
Tapi pilihan kami cuma dua…
Nasi Kerabu Ayam Percik
Harimau menangis pilihan Kak Atek
Salah silap simpan dalam kocek
Barulah kita dipandang cantik

Meja yang siap dihias menunggu hidangan daripada Kafe Basikaltua. Kemudian santapan dipersembahkan. Satu persatu mangkuk tingkat diletakkan di tempat duduk kami yang siap bernama. Sungguh seperti yang dikatakan, makanannya sungguh lazat.

Related posts

Wishlist Special: Cartier Objects

admin

Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

admin

Dana RM12,860 Untuk Menyokong Barisan Perubatan

admin

Leave a Comment