Apa itu WCB?
Koperasi Wanita Malaysia atau singkatannya WCB telah ditubuhkan secara rasmi pada 22 Februari 2022 dengan objektif untuk membantu lebih ramai wanita menceburi bidang perniagaan dan menaik taraf kehidupan kaum wanita. Usaha ini secara langsung memacu ekonomi wanita, keluarga dan negara.
Dari awal perancangan penubuhan, WCB mempunyai hala tuju yang jelas iaitu memperjuang dan memperkasakan pembangunan keusahawanan wanita dan seterusnya aspirasi penubuhan Bank Koperasi Wanita Malaysia Berhad. Selari dengan hasrat tersebut, matlamat utamanya adalah untuk menyatukan 16 juta wanita Malaysia untuk bersama membangunkan agenda ekonomi wanita negara.
WCB mempunyai visi untuk menjadi bank wanita pertama di Malaysia menjelang tahun 2025 serta merancang untuk membangunkan koperasi kredit terunggul yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi wanita Malaysia dan komited ke arah beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah bank menjelang tahun 2030. Menurut Pengerusinya, Dato’ Nazilah binti Haji Idris, koperasi ini memfokuskan kepada hala tuju memastikan kemampanan perniagaan dan produk keusahawanan golongan wanita.
Koperasi ini juga merupakan antara entiti sosio ekonomi utama yang berjaya meningkatkan kesejahteraan anggotanya melalui penglibatan aktiviti ekonomi dan keusahawanan.

Memahami perkembangan dunia yang semakin pesat dan menurut kajian pertumbuhan koperasi di serata dunia, hampir satu bilion penduduk di dunia telah mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi, maka WCB wujud pada waktu yang tepat. Atas sebab perkembangan teknologi dan perkembangan dari segi aktiviti keusahawanan tersebut, WCB akan menjadi jentera penting dalam memacu ekonomi dan keusahawanan wanita negara.
Dengan kewujudan koperasi seperti ini juga dapat membantu negara dari segi peluang pekerjaan dan gerakan serta aktiviti koperasi juga adalah penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta.
Mengapa Anda Mesti Tahu & Sertai?
Ia diaspirasikan sebagai jantung dan nadi penggerak yang bakal menjadi platform melahirkan wanita peniaga, WCB berhasrat untuk memastikan kemampanan perniagaan dan produk keusahawanan mampu bersaing dengan cabaran-cabaran ekonomi masa kini.
Selain itu misi WCB juga adalah untuk memfokuskan kepada kelahiran usahawan berjaya, WCB punya aspirasi bahawa setiap sudut ekonomi dan keusahawanan wanita harus bersepadu dan digemblengkan dengan bantuan kewangan yang inovatif dan berterusan serta mengamalkan pentadbiran yang patuh syariah, cekap, bermotivasi dan mewujudkan budaya kerja professional.
Dengan adanya usaha tersebut, dijangka akan menjamin kelestarian perniagaan dan produk usahawan wanita yang mana secara langsung berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat dalam memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan.
Langkah tersebut juga bakal menyempurnakan objektif WCB yang bertujuan untuk memperkasakan wanita Malaysia dengan berteraskan beberapa aktiviti utama WCB iaitu melalui Makro Kredit, Keusahawanan Tempatan dan Antarabangsa. Mengikut perancangan, setiap anggota akan dididik, dibimbing, dipantau dan diajar sehingga berjaya.

Kelebihan & Syarat WCB
Melalui Lima Teras Perniagaannya, WCB begerak pantas dan terancang, antaranya meliputi pembiayaan kredit dari peringkat mikro hingga yang lebih besar, program Ar-Rahnita yang merangkumi pembangunan usahawan tempatan serta perkhidmatan jual beli emas, perkhidmatan pembekalan, dan program pembangunan tempatan serta antarabangsa.
WCB memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang menjadikannya unik berbanding entiti lain seumpamanya. Matlamat WCB amat jelas dalam usahanya untuk mencapai misi dan visinya.
Berikut adalah keistimewaan menyertai WCB:
1. Pembiayaan Kredit Mikro
Skim pembiayaan atau pinjaman ini ditawarkan kepada usahawan bagi mengekalkan perusahaan dan meningkatkan produktiviti perniagaan mikro. Usahawan yang membuat caruman sebanyak RM30 sebulan layak untuk menikmati kemudahan pinjaman ini.
2. Jual Beli Emas / AR-Rahnita
Kedai ini beroperasi sebagai Pusat Sehenti Emas yang menawarkan perkhidmatan jual beli emas dalam bentuk barang kemas, pajak gadai melalui AR-Rahnita, serta kemudahan penyimpanan emas secara selamat dan sistematik.
3. Pembiayaan Mikro KakLong4U
Program pembiayaan ini menawarkan kemudahan yang menjimatkan melalui pemotongan gaji oleh BPA Angkasa serta penggunaan platform digital, kad debit, dan e-Wallet untuk kemudahan pembayaran dan pengurusan kewangan.
4. Saham Golden Circle yang Luar Biasa
Peluang pelaburan yang menarik ditawarkan melalui Saham Golden Circle, yang merangkumi:
- 50 Platinum Gold pada harga RM30,000.00
- 200 Top Gold pada harga RM10,000.00
- 1000 White Gold pada harga RM5,000.00
5. Peluang Perniagaan yang Meluas dan Lebih Besar
Program ini membuka peluang kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk melibatkan diri dalam pembangunan perniagaan berskala lebih besar serta menjadi vendor yang berpotensi dalam pelbagai sektor.





Mengapa Masih Menunggu? Jangan Berlengah Lagi!
Untuk pengetahuan anda WCB mempunyai kredit yang menjalankn perniagaan Mikro Kredit yang akan membantu ramai wanita mendapatkan pinjaman dengan prosedur yang mudah, serta pelbagai jenis bantuan lain yang akan disalurkan demi kepentingan dan keperluan anggotanya. Antara kriteria untuk menyertai WCB, ia terbuka kepada semua wanita Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan membuat caruman yang ditetapkan.

Dengan hala tuju dan aspirasi yang jelas, WCB bertekad menjadi pemangkin utama dalam memperkasa wanita melalui kemampanan perniagaan dan ekonomi. Sejajar dengan visinya untuk mempromosikan koperasi sebagai gaya hidup moden dan platform pembangunan ekonomi, WCB yakin bakal mencipta sejarah sebagai institusi penting dalam memajukan potensi wanita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia secara holistik dan berterusan.
Daftar sekarang sebagai ahli:
Online: Kunjungi laman web WCB di www.wcbmalaysia.com app.ikoop.com.my a tau scan QR code.
