GAYA HIDUP

Wanita Ikon Selangor 2026/27 Dinobatkan

Berlangsung Majlis Hi-Tea Pengumuman & Apresiasi Wanita Ikon Selangor Julai lalu, maka pencarian Wanita Ikon Selangor 2026/2027 telahpun terjawab.

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Datuk Nurul Zahid) telah dinobatkan Pemenang Utama anugerah dan bergelar Wanita Ikon Selangor 2026/2027. Pada masa sama beliau turut diktirafkan sebagai Ikon Pembangunan Bakat. Dengan penganugerahan ini, beliau akan mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.

Turut menerima pengiktirafan utama ialah Dr. Reynu Rajan yang dinobatkan Anugerah Wanita Ikon WAJA Negeri Selangor 2026/2027, manakala Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri Selangor 2026/2027 dimenangi Nur Hazreen Mohd Ramzi.

Nurulhidayah terlebih dahulu menerima Anugerah Bintang Pembangunan Bakat, menerusi kerja dan aktiviti yang beliau usahakan sekian lama, manakala Dr. Nurhidayah Roslan menerima Anugerah Bintang Inovasi, Nadira Mohd Yusoff (Bintang Impak Sosial), Zuria Abdullah (Bintang Perdagangan Global) dan Norfazlina Mohd Faozi (Bintang Pembangunan Jenama).

Bagi kategori Anugerah Bintang Harapan, penerimanya ialah Umirah Mohd Taib (Bintang Harapan Pemerkasaan Keluarga), Tengku Norhanim Tengku Othman (Bintang Harapan Penjenamaan Global) dan Nur Hazreen Mohd Ramzi (Bintang Harapan Pembangunan Industri).

Pencarian yang dianjurkan di bawah program Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), tahun ini menyaksikan format pemilihan yang lebih eksklusif dan kompetitif. Lebih 100 penyertaan telah di terima, dan daripada jumlah tersebut, seramai 19 calon daripada pelbagai latar belakang profesional, keusahawanan, pembangunan komuniti dan kepimpinan telah melalui proses saringan, untuk terpilih ke peringkat akhir.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Masdiana Mohamad menerusi gimik perasmian, di LADO By The Lake, Shah Alam, Selangor, sekali gus menandakan bermulanya perjalanan baharu barisan Wanita Ikon Selangor sebagai duta inspirasi serta kepimpinan wanita negeri.

Menurut Presiden KWIM, Dato Marziah Sheikh Muhamad, KWIM Selangor sekian lamanya punya hasrat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk  memperkukuh Agenda Pemerkasaan Wanita Melalui Pengiktirafan dan Jaringan Kepimpinan.

Hari ini, Kelab Wanita Ikon Malaysia – Selangor (KWIM Selangor), membuktikan kenyataan tersebut dengan mencipta satu lagi sejarah apabila menobatkan tiga penerima utama sempena Anugerah Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027 tersebut.

Pengiktirafan itu diberikan selepas Nurulhidayah melalui proses penilaian yang ketat bersama calon-calon lain, sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau dalam pembangunan usahawan, kepimpinan serta impaknya kepada masyarakat.

Sebagai pengiktirafan awal terhadap kecemerlangan peserta, KWIM Selangor turut memperkenalkan Anugerah Bintang Selangor yang mengiktiraf lima tokoh wanita cemerlang mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi KWIM Selangor, Norzawani Mohamed Zakaria berkata, format baharu itu diperkenalkan bukan sekadar untuk memilih pemenang, sebaliknya bagi mewujudkan platform pembangunan kepimpinan wanita yang lebih berprestij, telus dan berimpak.

Kesemua penerima anugerah tersebut kemudiannya akan mara ke sesi penilaian akhir menerusi temu bual secara langsung di hadapan panel juri yang menilai aspek kepimpinan, pemikiran strategik, komunikasi, visi, impak kepada masyarakat serta potensi sebagai ikon wanita negeri.

Panel juri akhir terdiri daripada Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, Ketua Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noorhazreen Ab Ghani dan serta personaliti televisyen, Hazel Desmond.

Sebelumnya, pada peringkat separuh akhir 19 pencalon telah dipilih oleh Hajah Mahani Awang, (Penasihat Editorial Majalah WM & Pengasas Tribute to Women Malaysia), Puan Siti Noraini Nuawi (Pengasas Nippon Sushi), Datin Hajjah Rita Sosilawati (Wanita Ikon Selangor 2022/23), Puan Nafishah Abdullah (mantan Pengarah LPPKN Selangor), Puan Nazma Shafini Marlizan (Pengarah JPW Selangor), Puan Siti Faridah Abdul Samad (CEO Wanita Berdaya Selangor), Puan Nurul Balkis Arshad (Pegawai MARA Daerah Shah Alam), Puan Noraziah Zakaria (Ketua Penolong Pengarah SEKSYEN BERITA TV Penerbitan Berita TV, RTM).

Selain Wanita Ikon Negeri dan Wanita Ikon Muda Negeri, terdapat dua lagi anugerh Istimewa iaitu Anugerah Wanita Ikon Inspirasi Negeri khas untuK Kaum Cina dan Anugerah Wanita Ikon Waja Negeri Kaum India.

Platform Penting Dan Keistimewaan Buat Pemenang 

Keistimewaan anugerah ini dan yang menjadi buruan setiap calon ialah peluang dan platform yang diberikan untuk terus berkembang dengan lebih ketara dan teratur. Melalui Kelab Wanita Ikon negeri masing-masing, ikon boleh menyalur khidmat memperkasa kaum Wanita dengan lebih berkesan dan strategik.

Contohnya para ikon di peringkat negeri dan Malaysia akan berpeluang untuk menjadi suara dan agen perubahan pemerkasaan wanita, mewakili platform kepimpinan wanita di peringkat nasional, berperanan dan diberi mandat sebagai Wanita Ikon selama dua tahun bagi menjalankan aktiviti dan program bermanfaat untuk wanita di negeri masing-masing dan seterusnya bersatu dalam program yang dirangka untuk peringkat kebangsaan.

Dalam pada itu, para ikon secara tidak langsung didedahkan dengan jaringan bersama wanita-wanita hebat di serata Malaysia baik dalam dunia perniagaan, sosial, pendidikan dan sebagainya yang mana juga akan dapat mengangkat jenama wanita Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Bagi mengekalkan nilai eksklusiviti dan mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang kepakaran masing-masing, KWIM Selangor terlebih dahulu memperkenalkan Anugerah Bintang Selangor, yang mengiktiraf lima tokoh wanita paling cemerlang dalam kategori Wanita Ikon, serta Anugerah Bintang Harapan, yang mengiktiraf tiga calon terbaik dalam kategori Wanita Ikon Muda.

Penerima Anugerah Bintang Selangor 2026/2027 Bintang Inovasi – Dr. Nurhidayah Roslan Bintang Pembangunan Bakat – Datin Seri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Bintang Impak Sosial – Nadira Mohd Yusoff Bintang Perdagangan Global – Zuria Abdullah Bintang Pembangunan Jenama – Norfazlina Mohd Faozi.

Pengerusi KWIM Selangor, Norzawani Mohamed Zakaria, berkata format baharu yang diperkenalkan bukan sekadar memilih pemenang, tetapi membina sebuah platform pembangunan kepimpinan wanita yang lebih berprestij, telus dan berimpak.

“Kami mahu Wanita Ikon Selangor dikenali sebagai satu pengiktirafan yang benar-benar berprestij. Sebab itu, proses pemilihannya bukan hanya berdasarkan pencapaian, tetapi juga keupayaan calon menyampaikan idea, menunjukkan kepimpinan dan membuktikan impak sebenar kepada masyarakat.

Mereka yang dipilih hari ini bukan sekadar penerima anugerah, tetapi bakal menjadi wajah dan suara wanita Selangor,” katanya, ”Semua penerima akan mengikuti siri pembangunan kepimpinan dan persediaan khas menjelang Anugerah Wanita Ikon Kebangsaan 2026, yang dijadualkan berlangsung pada penghujung September ini, bagi membawa nama Selangor ke pentas nasional.

Related posts

MERAIKAN KEMENANGAN PARA PEMENANG OLIMPIK KULINARI 2024 MALAYSIA

adminwm

Siri OPPO Reno14 Membuka Pintu Festival Muzik OOO Penuh Gaya dan Daya

adminwm

Sodexo dan PichaEats Menggalakkan Pertukaran Budaya Bermakna Melalui Masakan

adminwm

Leave a Comment