Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang-orang yang jujur.” (QS. At-Taubah: 119)
Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah membawakan riwayat dalam tafsirnya. Dari Nafi’ mengenai maksud dari firman Allah bertakwalah kepada Allah dan bersamalah dengan orang yang jujur’ bahawa ertinya hendaklah kalian bersama Nabi shallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya.” (sumber: Tafsir Ath-Thabari surah At-Taubah ayat 119)
Beliau juga menukil penafsiran dari Sa’id bin Jubair bahawa yang dimaksud adalah hendaklah kalian bersama Abu Bakar dan Umar, semoga rahmat Allah tercurah kepada mereka berdua.” (sumber: Tafsir Ath-Thabari surah At-Taubah ayat 119)
Sahabat Ibnu Mas’ud radhiyallahu ’anhu menafsirkan bahawa ayat ini mengandungi larangan terhadap perbuatan dusta (kebohongan), baik dalam keadaan serius mahupun ketika sedang bercanda.
Beliau mengatakan, sesungguhnya kebohongan itu tidak halal, entah dalam keadaan serius ataupun sedang bercanda.” (sumber: Tafsir Ath-Thabari surah At-Taubah ayat 119)
Ayat di atas disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an setelah menceritakan kisah diterimanya taubat tiga orang sahabat Nabi shallallahu alaihi wasallam yang tidak ikut berangkat berjihad dalam perang Tabuk.
Salah satu di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik radhiyallahu anhu yang membawakan kisah yang sangat mengharukan terkait peristiwa ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah di dalam Sahih-nya.” (lihat Sahih Bukhari Kitab Al-Maghazi, hadis no. 4418)
Dalam ayat ini beserta kisah yang melatarbelakanginya terdapat pelajaran yang sangat berharga tentang sifat jujur dan keutamaannya bagi seorang muslim.
Dengan bekal kejujuran inilah Ka’ab bin Malik bertaubat dan mengakui kesalahannya di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Beliau tidak mahu mengarang cerita tentang alasan mengapa tidak ikut berangkat jihad, padahal ketika itu jihad diwajibkan atas mereka.
Setelah 50 hari para sahabat dan Nabi shallallahu alaihi wasallam tidak berbicara (meng-hajr) Ka’ab bin Malik dan dua orang temannya sebagai bentuk hukuman atas kesalahannya, maka tibalah waktu yang ditunggu-tunggu, iaitu turunnya ayat Allah yang mengambarkan bahawa Allah telah menerima taubat tiga orang tersebut.
Setelah menerima khabar gembira itu, Ka’ab bin Malik radhiyallahu anhu berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam, wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah menyelamatkanku dengan sebab kejujuran, dan sesungguhnya sebagai bahagian dari taubatku bahawa aku tidak akan berbicara, kecuali selalu jujur seumur hidupku.” (HR. Bukhari)
Kisah ini juga memberikan pelajaran bagi kita bahawa para sahabat Nabi (padahal mereka adalah generasi terbaik umat ini) adalah manusia-manusia yang juga bisa terjerumus dalam dosa dan kesalahan yang tidak ringan.
Meskipun demikian, mereka adalah teladan bagi kita dalam mewujudkan taubat kepada Allah.
Sebagaimana pernah disebutkan dalam hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam bahawa setiap anak Adam pasti punya banyak kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang selalu bertaubat.
Kisah ini juga mengandungi pelajaran bahawa kejujuran merupakan kunci keselamatan dan jalan menuju segala bentuk kebaikan yang akan mengantarkan manusia ke dalam syurga.
Tidak lain kerana jujur adalah bahagian dari ketakwaan kepada Allah.
Sebaliknya, kedustaan adalah sumber segala kerosakan dan kehancuran.
Di antara bentuk kedustaan yang paling berat adalah perilaku orang munafik yang menampakkan keimanan, tetapi menyimpan kekafiran dalam hatinya.
Dalam Al-Qur’an, Allah pun bersaksi bahwa orang munafik adalah para pendusta.
Imam Bukhari rahimahullah juga meriwayatkan sebuah asar dari Ibnu Abi Mulaikah (seorang tabiin) bahawa beliau telah bertemu dengan 30 orang sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam keadaan mereka semuanya khuatir dirinya terjangkit kemunafikan.
Hal ini menunjukkan kepada kita betapa besar rasa takut para salaf terhadap penyakit kemunafikan.
Mereka tidak merasa aman dari keburukan dan sifat yang tercela menimpa dirinya.
Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata,
إن المؤمن جمع إحسانا وشفقة ، وإن المنافق جمع إساءة وأمنا
Sesungguhnya orang mukmin memadukan dalam dirinya antara berbuat baik (ihsan) dengan perasaan takut.
Sedangkan orang munafik menggabungkan dalam dirinya antara perilaku buruk dengan merasa aman (baik-baik saja).” (disebutkani oleh Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)
Demikian sedikit kumpulan catatan yang Allah beri kemudahan bagi kami untuk menyusunnya, mudah-mudahan bermanfaat bagi penulis dan segenap pembaca.
Wa shallallahu ala Nabiyyina Muhammadin wa ‘ala alihi wasallam. Walhamdulillahi Rabbil alamin.
Oleh : Ustadz Ari Wahyudi, S.SI