FESYEN

Kerongsang Berlian Inspirasi Bunga Kemboja

Kerongsang berlian eksklusif Habib Jewel dengan rekaan unik ini memberikan ilusi seolah-olah menggayakan dua kerongsang. Rekaannya berinspirasikan motif bunga kemboja - Frangipani yang terkenal dengan pemakaiannya diselitkan di telinga sebagai perhiasan bagi golongan wanita di Bali, seterusnya menyerlahkan kecantikan dan keayuan wanita. Lima kelopak bunga bertatahkan 391 butir berlian seberat 6.550 karat memberi kilauan yang indah dan kerongsang ini kelihatan begitu elegan dan mempersonakan. Setiap bucu kelopak ini mencerminkan keyakinan buat si pemakai.

Sebanyak 10 butir berlian yang menghubungkan kelopak bunga dan dahan menjadi pelengkap untuk rekaan kerongsang moden dan kontemporari ini. Didatangkan dengan dua kombinasi warna iaitu gabungan warna emas putih dan emas kuning 18K ataupun emas putih bersama emas rose 18K, kerongsang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Related posts

Alleira Batik X Michael Ong

admin

Kacamata Hitam Koleksi Musim Luruh/Sejuk2021

admin

Demna Gvasalia Antara 100 Insan Berpengaruh Dunia

admin

Leave a Comment