GAYA HIDUPSANA-SINI

Dana RM12,860 Untuk Menyokong Barisan Perubatan

Dana dikutip daripada lelongan akan didermakan kepada IMARET untuk membeli peralatan perubatan bagi membantu usaha menangani COVID-19.

Kumpulan dUCk telah menyatukan pelanggan untuk mengumpul dana sebanyak RM12,860 menerusi jualan lelong ‘Paint Your dUCk’ bagi menyokong barisan perubatan yang bertungkus lumus menangani kesan pandemik COVID-19. Lelongan ‘Paint Your dUCk’ telah dianjurkan dari 20hb hingga 27hb Julai di www.getducked.com. Menerusi lelongan itu, peserta peraduan ‘Paint Your dUCk’ diminta memaparkan lukisan di permukaan kotak ungu mereka di laman web dUCk untuk dibeli oleh pihak yang berminat bagi tujuan amal. Dana yang dikumpul akan disumbangkan kepada IMAM Response & Relief Team (IMARET) untuk membeli peralatan perubatan seperti tangki oksigen dan untuk membantu menyenangkan tenaga dan menggerakkan sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan PPV bergerak.

Kes-kes COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan mendadak baru-baru ini dan barisan perubatan kita bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit COVID-19 di Malaysia. Pasukan dUCk telah berhubung dengan Dr. Husna Musa, Ahli Pengasas & Exco IMARET, yang menjelaskan bahawa mereka amat memerlukan tangki oksigen dan sukarelawan untuk menyokong usaha berterusan menangani pandemik. Pasukan dUCk mengambil keputusan untuk memberikan sokongan dengan mengumpul dana untuk membantu menangani keadaan yang amat mencabar ini.

“Untuk mengumpul dana ini, kami ingin melakukan sesuatu yang bukan sahaja lain dan seronok, tetapi juga secara langsung melibatkan masyarakat. Saya amat kagum dengan lukisan yang dihasilkan daripada peserta ‘Paint Your dUCk’! Pelanggan kami begitu berbakat, saya tahu ini boleh menjadi sesuatu yang lebih besar dan pada masa yang sama, digunakan untuk usaha murni. Kami mahu mereka merasa bangga dan menjadi sebahagian daripada projek kami dengan mengumpul dana menerusi hasil seni mereka sendiri,” kata Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama Kumpulan dUCk.

“Kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelanggan kami. Malah sesetengahnya adalah pelukis profesional. Melihat ramai mengambil inisiatif untuk menghasilkan lebih daripada satu karya, terdapat diantara mereka yang mengemukakan set empat lukisan dan ada juga yang bercahaya dalam gelap! Usaha yang ditunjukkan peserta benar-benar menyentuh hati! Kami gembira melihat mereka bersatu untuk tujuan amal dan menggunakan kotak-kotak dUCk mereka dengan cara yang positif lagi kreatif. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini,” kata Khadijah Mat Piah, Pengurus Projek lelongan ‘Paint Your dUCk’.

Related posts

Sumac – Betulkah Sumac Boleh Menghilangkan Pelbagai Penyakit Penyakit?

admin

I May Be Loud, Eccentric Or What – When I Speak, I Spell The Truth

admin

BUAH NAGA BAIK UNTUK SALUR DARAH KORONARI

adminwm

Leave a Comment