GAYA HIDUPwedding special & package

Ku Ucapkan Syukur Untuk Hari Yang Indah Ini

Ketulusan cinta dan kasih sayang tidak bisa dilihat dan didengar, tetapi bisa dirasakan dengan hati. Ucapan selamat ku berikan kerana anda berdua telah membuktikannya. Selamat bertunang. Ku ucapkan syukur untuk hari yang indah ini, semoga kalian bahagia selalu.”

Merisik sudah dan kini tiba masa mengeratkan perhubungan teruna dara dan kedua keluarga.

Istiadat pertunangan Elisa Soraya dan Imtiaz Hisham

Bertempat di Concorde Shah Alam, tanggal 5 Jun 2022,
Sejarah bermula di dewan tersusun indah,

Tepak sireh dihulur pembuka bicara,
Bunga di taman sudahkah berpunya?
Hajat dibawa menyuntingnya.

 

Berseloka sambil ketawa,
Pinangan diterima.

Dua famili bertambah mesra,
“Duit hantarannya berapa?”
“Terserah pihak saudara”
“Lebih empat angka…” sambungnya sambil ketawa,
“Ya, kami terima.”

 

Sebentuk cincin sebagai tanda,
Hantaran dulang dibawa ke meja,
Tiga dibalas lima,
Tersentuh hati, cantiknya jejari yang membuatnya.

Si gadis diiring ke singgahsana,
Berkebaya putih sungguh jelita,
Menyarung cincin oleh bakal mentua,
Doa restu penutup bicara.

 

 

Lima bulan lagi insha-Allah berjumpa kita,
Istiadat Pernikahan dan Walimatul Urus baik segera.

Kami dari pihak lelaki,
Terima kasih sekali lagi, Eleiyati dan famili,
Mempererat tali silaturahmi.

 

Related posts

Hilton Garden Inn Puchong Selesa Untuk Business Travellers

admin

‘Jangan hisap Vape. Jangan gunakan Juul’ CEO Syarikat E-Rokok Beri Amaran Kerana Tak Tahu Kesan Jangka Panjang Produk Vaping Syarikatnya

admin

Melawan Haba Dan Cuaca Panas? Ini Beberapa Langkah Menyejukkan Ruang Kediaman
Tanpa Penghawa Dingin!

adminwm

Leave a Comment