FESYEN

YANI BAKHTIAR Permata Fesyen Negara 

Yani Baktier Image

Saya teringat menemurah Yani Bakhtier tentang fesyen, dan kata-katanya ini tersemat di sanubari. 

Kadang saya sedih sendiri melihatkan ada pereka yang mana mereka ini daripada kelulusan pengajian fesyen tetapi mementaskan koleksi yang lari daripada tema asal. Tema modest yang diberi tetapi yang ditayangkan helaian bridal seksi. Pelajaran sudah ada tetapi tidak dipraktik dan tidak disambung pembelajaran itu ke lapangan kerja. Kalau tema sudah diberi, rekaan yang disediakan mesti selari tambahan hal seperti ini diambil kira oleh fashion buyer. Bila mereka lihat temanya lain tetapi yang pakaian yang dipentaskan lain gayanya, nanti mereka tidak mahu beli koleksi kita.”

Yani Bakhtiar, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen hari ini. Hasilnya telah dipamerkan di merata dunia, khasnya ketika minggu fesyen sedang berlangsung, dan acapkali muncul bila undangan diterima dan peluang diberikan kepadanya. Yan  langsung tidak menolak, sekalipun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Dia tidak mahu menunggu gran kerajaan, oh tidak, asal ada ruang yang bisa membolehkan dia menunjukkan hasil karyanya, dia pantas menerima undangan. Uniknya, sebaik tamat pertunjukan dia ditemuramah oleh stesyen-stesyen TV terkemuka di dunia, dia diundang ke studio dan pelbagai pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. “Bagi saya walaupun kecil publitisiti yang diterima, itu cukup bermakna, apatah lagi bila ada stesyen terkenal di London, contoh ketika bersama dalam Muslim Lifestyle Expo (UK), Luxury Fashion Shows (France) misalnya memberi masa hampir 20 minit menuramahnya.

Perjalanan ini mengajar saya perspektif lain dalam perniagaan fesyen. Saya belajar tentang cara  membawa bisnes ini melepasi pasaran antarabangsa. Awal-Awal dulu saya menyertai Pure London, ia membolehkan saya tahu bahawa setiap negara ada requirement berbeza. Ukuran baju perlu bertepatan dengan negara mana yang kita mahu pasarkan koleksi. Sebagai contoh orang Eropah badannya besar jadi standard ukuran baju mereka berbeza. Beberapa bahagian baju kena ubah potongan; leher kena labuh dan luaskan, ketiak kena besar, begitu juga lengan perlu dipanjangkan, manakala punggung perlu dibuat besar dan labuh. Penjelajahan ke luar negara juga membolehkan saya bandingkan beza jenama saya dengan jenama antarabangsa. Dapat saya cari apa kurang dan lebihnya koleksi saya, hasilnya dapat saya boleh beri apa yang tidak ada di negara mereka atau jenis rekaan bagaimana yang mereka suka.”

Dan menarik setiap kali pulang dari setiap pertunjukan fesyen di merata tempat di luar negara, beg yang dibawa sendat ketika pertunjukan, dan pulang tidak berisi. “Saya gembira tandanya setiap karya saya disenangi. Antara pengalaman paling diraikan oleh tetamu fesyen luar negara termasuk di London Muslim Shopping Festival, Cannes Film Festival Gala, Luxury Fashion Shows (France) dan New Youk Couture Fashion Week(USA). 

Mengenai Anugerah yang diterima, pada 2024, Anugerah Ahli Kehormat Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia. The Cultural Heritage Couturier of the Year, The Knights Award 2023. Gold Award Batik Designer daripada Malaysian Tourism Council Gold Awards 2022, Best Creative & Inspiring Winner 2020 oleh Majalah Pegharaan Wanita, Best Modest Fashionpreneur Award  2019 oleh Malaysia Bumiputera designer Association, Modest Fashion Designer, International 2019, oleh Indonesia Modest Fashion week 2029, Modeststyle Designer 2017, Mercedes Benz, asia fashion Week 2018 dan Modesty of the Year 2018, oleh Malaysia Fashion Week 2018.

Syabas Yani Bakhtiar.

Tema gaya Raya #yanibakhtiar , gaya Nusantara..utamakan jenis kain yang sejuk dipakai dan senantiasa mengutamakan warna wsrni untuk menyambut Hari raya

Tahun ini terbagi kepada 2 bajagian koleksi.yang designer collection hanya dijual di parkson elite sedangsnlan harga harga madani di kesemua cawangan. Kebanyakan disetisp cawangan menjusl koleksi yg berbeda . Ini untuk menjaga si pemakai tidak memakai koleksi yang sama

Parkson pavilion adalah salah satu cawangan yang terbesar dan memudahkan pn yani membentsngkan koleksi yg mahsl2 dari harga 2500 ke 169

Related posts

Monki launches on ZALORA and opens pop-up store in Pavilion

adminwm

SPRING SUMMER UNIQLO WITH MUSEE DU LOUVRE

adminwm

Introducing Mulberry x Richard Malone

admin

Leave a Comment