Sekembalinya musim bunga, Carlo Rino melangkah ke dunia mempesonakan dengan Koleksi Musim Bunga 2025 Carlo Rino, yang diberi nama The Mythical
Garden. The Mythical Garden dikatakan adalah sebuah dunia ‘khayalan’ di mana fesyen bertembung dan menjadi satu dengan naluri serta keajaiban alam semulajadi, lalu saling bertaut dan memenuhi naluri gaya.
Tepat sekali, digelar ‘Taman Yang Mungkin’, beg tangan dan kasut dalam koleksi musim ini diletakkan di tengah-tengah khayalan The Mythical Garden. Ia adalah koleksi menawan saling harmoni dengan elemen musim bunga yang penuh warna-warni, keseronokan musim cuti dan pengembaraan melancong, serta haruman semerbak yang memenuhi ruang udara. Bukankah ini segalanya yang anda perlukan?
Segalanya bermula diinspirasikan oleh keajaiban tersembunyi dan penemuan yang tidak dijangka, koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 ini semangat pengembaraan melalui rangkaian beg tangan, kasut dan aksesori yang menakjubkan.
Diilhamkan oleh lengkungan kelopak yang lembut dan rona indah taman rahsia, koleksi ini direka khas dan dibuat dalam pelbagai bentuk, khusus bagi wanita moden. Secara ringkasnya ia menggabungkan fungsi dengan lancar serta berperincian mempesonakan.Menggabungkan keanggunan abadi dengan elemen kewanitaan, koleksi mencerminkan pesona intim taman yang mekar dan misteri tempat yang terlupakan.
Warna-warna pastel lembut, dengan perincian bunga yang menyegarkan serta kehalusan penghasilannya; kelihatan aneh namun canggih lalu mentakrifkan setiap bahagian, lantas mengubah aksesori harian menjadi ekspresi kecantikan yang penuh keajaiban.
Koleksi Beg Tangan



Terdapat dalam beberapa pilihan, antara satunya yang menonjol ialah Carlo GEO Denim Shoulder Crossbody, menampilkan denim dengan monogram Carlo Rino Signature timbul, memperkenalkan tekstur yang tidak dijangka terasa segar dan halus.
Satu lagi kemuncak rekaan koleksi ini ialah reka bentuk Carlo GEO Chromatic yang mempamerkan begitu menarik sekali corak monogram dengan signatur cetak pada warna pastel menawan. Ia merupakan pilihan yang begitu ketara bermain dengan perasaan, namun elegan apabila pakaian anda memerlukan suntikan warna yang sempurna.
Daripada beg bertali jenis sandang kepit yang elegan hinggalah kepada jenis crossbody atau silang badan yang bergaya, setiap siluet melengkapkan setiap aspek keperluan hari anda. Didatangkan dalam warna - merah jambu lembut, biru dan kuning hangat mencerminkan imbasan cahaya musim bunga, kilauan sederhana emas halus menambahkan sentuhan kemewahan.
Gayakanlah ke mana saja; sekitar bandar, menghadiri pesta taman, mahupun majlis kasual atau formal, koleksi beg ini memastikan gaya yang mudah dari siang ke malam.
Koleksi Kasut – Melangkah Melangkah Mistik
Tiada taman mempesonakan dan lengkap tanpa khazanahnya yang tersembunyi. Aksesori koleksi kasut ini direka untuk menguja dan menggembirakan sipemakai mahupun mereka yang melihatnya. Dihasilkan begitu teliti, penuh keanggunan, ia adalah sentuhan akhir yang sempurna untuk memberi kepuasan kepada pakaian dan gaya anda.
Setiap langkah dengan kasut Carlo Rino, The Mythical Garden seolah-olah sipemakai didedahkan kepada khazanah baru. Direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan dan gaya, kasut musim ini mendapat inspirasi daripada tekstur dan warna landskap yang berkembang pesat.
Sneakers Montie Flair pula membuat kenyataan yang berani dan kontemporari dengan panel yang berbilang tekstur, menawarkan pilihan bergaya namun praktikal untuk pemakaian harian.
Sementara itu The Flashpoint Sneakers mungkin sesuai anda kerana ia bukan sahaja menampilkan reka bentuk dinamik dengan sentuhan berkilauan, corak seperti gelombang dan rantai emas yang boleh ditanggalkan, namun menggamit semangat kegilaan high fashion yang glamor.
Loafers anggun dan kasut bergaya dalam warna pastel lembut dan motif bunga yang halus menawarkan pilihan yang serba sesuai dan elegan untuk berjalan-jalan, Ia bukan sekadar pelapik kaki namun mampu mencetuskan detik-detik mempesonakan dengan setiap langkah.
Koleksi Denim Carlo GEO yang diperbuat daripada bahan denim, timbul dengan elegan dengan logo Carlo Rino, menambah kedua-dua tekstur dan kecanggihan pada reka bentuk keseluruhan.
Begitu juga DuoTone Logogram Crossbody Wallet, amat mengujakan. Diperbuat daripada jut tahan lasak dan menampilkan warna logo padan yang digandingkan dengan kontras duo-tone yang berani. Dengan perincian yang indah dan reka bentuk serba boleh. Ia meraikan kegembiraan menerima perkara yang tidak dijangka dan bukankah itu tujuan asal koleksi The mythical Garden?
Temui The Mythical Garden dan biarkan idea gaya anda berkembang mekar dan segar! Koleksi Spring Summer 2025 boleh didapati di www.carlorino.net, di butik Carlo Rino di seluruh negara, dan di gedung membeli-belah utama.