FESYEN

TAHUN BARU, KOLEKSI BARU UNTUK PELANGGAN SETIA HABIB

HABIB meraikan keindahan perayaan Tahun Baru Lunar dengan dengan pelancaran koleksi baharu di seluruh bilik pameran HABIB bermula 9 Januari sehingga 5 Februari 2023. Sepanjang kempen ini berlangsung, HABIB menawarkan pelbagai koleksi rekaan terkini yang pastinya memukau setiap mata yang memandang.

Koleksi Dancing Diamond HABIB diperbuat daripada emas 750

Didatangkan dengan emas putih dan rose, koleksi ini boleh didapati dalam pelbagai rekaan. Sambutlah tahun baru ini dengan menggayakan koleksi Dancing Diamond HABIB. Butiran berlian yang diikat kemas memberikan ilusi seperti sedang menari dan pergerakannya memancarkan kilauan yang berseri. Koleksi ini boleh didapati dalam emas putih dan rose 750 dalam pelbagai bentuk yang berbeza untuk semua personaliti. Rantai tangan tenis eksklusif dari HABIB yang diperbuat daripada emas 750 seberat 12 karat.

Daripada berlian bersijil GIA sehinggalah ke rantai tangan tenis dan cincin eternity, koleksi berlian unik daripada HABIB menyajikan pelbagai pilihan yang sesuai untuk wanita moden dan bergaya dengan sentuhan feminin sempena menyambut Tahun Baru Lunar ini.

Gelang tangan berlian bersijil GIA serta cincin koleksi Empress dari HABIB

Dengan pelancaran koleksi barangan kemas berlian baharu yang didatangkan dalam pelbagai bentuk, stail dan gaya untuk memulakan tahun baharu daripada rantai leher, rantai tangan, gelang tangan, cincin dan subang, segalanya boleh didapati.

Koleksi Oro Italia 916 diinspirasikan dari tanglung

Tahun Baru Lunar disambut dalam pelbagai cara. Percikan bunga api yang menghiasi langit dan ratusan hiasan tanglung digantung sebagai tanda membawa tuah sepanjang tahun. Ianya telah menjadi inspirasi kepada HABIB untuk menampilkan rekaan terbaru Oro Italia 916 dan juga koleksi berlian yang menggabungkan unsur-unsur seperti tanglung, abacus, bunga api dan arnab.

Koleksi Oro Italia 916 diinspirasikan dari bunga api serta mercun

Menggunakan kemasan moden seperti cataphoresis lacquer pada sebahagian rekaan untuk menghasilkan warna-warna unik seperti merah, biru dan hijau, namun sentuhan tambahan ini masih mengekalkan kualiti emas 916 pada rekaan barangan kemas itu.

Koleksi Oro Italia 916 diinspirasikan dari abakus

Bersempena tahun arnab mengikut kalendar lunar, HABIB memperkenalkan edisi terbaru syiling wafer emas 999.9 yang dihiasi dengan bayangan arnab. Didatangkan dalam pembungkusan unik dengan warna merah terang dan emas yang melambangkan tuah, syiling wafer emas ini boleh menjadi alternatif kepada pemberian angpao kepada saudara mara.

Syiling wafer emas 999.9 yang dihiasi dengan bayangan arnab

Di samping itu, koleksi Disney x HABIB Thumper, watak arnab daripada filem animasi Disney Bambi pastinya menimbulkan keterujaan kepada ramai. Satu lagi siri syiling wafer emas daripada  koleksi Disney x HABIB Ultimate Disney Princess: Mulan turut dikeluarkan dalam dua reka bentuk dan bungkusan yang menarik.. Akhir sekali, HABIB juga turut menawarkan pelbagai pilihan jongkong emas antara 1-gram hingga 1-kilogram untuk dijadikan pelaburan yang turut memberi simbolik tuah dan kekayaan sebagai permulaan tahun baru.

Related posts

The Giant Olympia Bag

admin

Dunia Fesyen Yang Suram

admin

Trending… Hello 2021!

admin

Leave a Comment