FESYEN

Siapa Ikon Fesyen Lelaki?

Agak sukar untuk menyenaraikan what makes a “stylish man”; style is most certainly individual and subjective. Begitupun terdapat nilai atau ciri-ciri tertentu yang diterima pakai di serata dunia yang menjadi benchmark atau pengukur yang menentukan sama ada seseorang lelaki  itu bergaya dan rapi atau sebaliknya.

Mengikut sejarah, di mana-mana peradaban atau masyarakat, pasti muncul seorang ‘wira gaya’ atau style icon yang biasanya penampilan mereka luar biasa dan ketara menawan. Mereka ini punya daya tarikan dan naluri tersendiri, pada setiap pakaian dan dandananya dari hujung rambut ke kaki. Seringnya, dalam waktu yang singkat mereka menjadi pencetus gaya atau a Style Barometer.

A style icon adalah mereka yang tidak pernah nampak janggal malah gaya penampilannya sentiasa mantap baik untuk majlis, on the job or just in his casuals and on the go. Kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan dan menjadi ikutan; a trendsetter!

  • When being stylish is something you do effortlessly, it means you’ve reached a level of mastery.
  • No man (even if they claim it) is born stylish.

Beau Brummel, Marlon Brando dan Paul Newman

Pada kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 di Barat, Britain khususnya, muncul satu sub-budaya atau peradaban di mana lelaki berpenampilan rapi dan sentiasa well groomed. Mereka mendandan rambut, berbedak dan menggunakan mandian dan wangian serta mengenakan pakaian yang bagus-bagus dengan perincian yang mengalahkan kaum wanita, seperti renda dan ropol misalnya.

Mereka ini digelar “dandies”. Mengikut istilah kamus, dandy referred to a man that placed importance on his physical appearance. Kerana sifatnya itu, Beau Brummell, lelaki tampan yang hidup pada 1778 hingga 1840 tersurat dalam lipatan sejarah dunia sebagai antara lelaki terawal yang dianggap bergaya dan unik di zamannya.

Beliau seorang rakyat biasa yang datang daripada kumpulan kelas pertengahan tetapi punya naluri tersendiri dan telah berjaya menjadi trendsetter di zamannya. Brummell diingat sebagai lelaki yang sentiasa kemas;  always being clean shaven, always well-powdered and perfumed, and impeccably dressed in a dark blue coat and an intricately tied crevette.

Ketampanannya dan gayanya yang hebat itu membuat ramai wanita tergila-gila padanya dan orang lelaki mula berdandan rapi dan mengikut gayanya. Legasinya diteruskan, hingga berdekad kemudian dan hinggalah muncul pelakon-pelakon Hollywood seperti Clark Gable, Marlon Brando dan ramai lagi membawa gaya baru dalam dunia lelaki. Di Malaysia, antara ikon gaya lelaki terawal yang kita tahu termasuk dalam senarai tentulah P.Ramlee, Jin Shamsuddin dan Ahmad Daud.

Marlon Brando bukan sahaja mempunyai raut wajah yang menawan tetapi susuk tubuh yang sasa dengan ketinggiannya, membuat nama beliau cepat dikenali dan pelakon lelaki yang digilai ramai. Daripada  single-breasted jacket yang ringkas hinggalah jaket kulit motosikalnya, Marlon Brando ada gaya tersendiri untuk membuat pakaian tersebut sempurna pada tubuh badannya.

He was all about the basics – apa yang dipakainya masih nampak segar dan terkini walaupun tujuh dekad kemudian. Gaya yang beliau titip untuk generasinya yang terkemudian memainkan peranan penting, contohnya kemeja T yang beliau gayakan melalui satu transisi aliran; daripada pakaian dalam yang serba ringkas hingga menjadi satu pakaian penting dalam almari lelaki moden – from humble underwear to a staple of the modern wardrobe.

Bagi pelakon, pengarah, dermawan dan pelumba kereta Paul Newman pula sejarah hidupnya amat menarik dan penuh dengan aksi dan keseronokan. Seorang pelakon hebat, beliau adalah juga style icon kegilaan wanita juga lelaki lasak yang gemarkan kehidupan penuh aksi serta wanita cantik. He was also a master of menswear. Whether in an immaculately tailored suit or a simple white Oxford shirt and chinos, he always looked the part.

Kejayaan beliau bukan sahaja di layar perak, di trek perlumbaan kereta, punya gaya penampilan hebat yang dikelilingi wanita-wanita cantik dan kaya, malah dalam kehidupan hariannya juga dia menjadi idola kerana sifatnya yang dermawan.

Kerana gaya hidupnya yang hebat dan penuh dengan keseronokan, hingga dikatakan sejarah kerjaya dan perjalanan hidupnya cukup sempurna dan penuh kehebatan; seperti satu wishlist serba sempurna seorang kanak-kanak lelaki apabila ditanya apa cita-cita mereka dan apa yang mereka mahu jadi apabla besar kelak. Malah semua lelaki jika diberi pilihan mahu menjadi sepertinya. 

Pengaruh Besar Clark Gable, Steve McQueen, Sidney Poitier

Adalah kebiasaan pada tahun 30-an dan 40-an para pelakon datang ke set penggambaran dengan memakai pakaian sendiri. Tidak seperti sekarang yang mana para pelakon datang berlenggang sehelai sepinggang dan di set telah menunggu penata wardrobe yang akan memastikan apa yang perlu dipakainya, pendandan rambut dan jurusolek. Malah ada produksi profesional dan menitik beratkan elemen penataan keseluruhan penampilan menggunakan khidmat pakar gaya untuk menghasilkan sesuatu ‘total look’ dari hujung rambut ke kaki, lebih lagi jika ia adalah sebuah period movie.

Di Hollywood ketika itu, apa saja yang dipakai oleh pelakon Clark Gable dalam filem akan menjadi trend. Beliau dikatakan punya citarasa berpakaian yang hebat hingga setiap yang dipakainya akan menjadi ikutan kaum lelaki khususnya pemuda, hinggalah lelaki pertengahan umur.

Gaya jaket berbahu lebar yang dipadankan oleh Hollywood heartthrob ini dengan seluar slak high waisted mencecah dada serta misai halus dan rambut yang disikat berbelah tepi menjadi  bukan saja ‘trademark’nya malah ikutan ramai. Penampilan ranggi dan maskulinnya di luar set penggambaran juga dikatakan sama hebat seperti pakaiannya kala di set penggambaran hingga beliau dicap sebagai “lumberjack in evening clothes”.

Sementara itu Steve McQueen pula dikenali di Hollywood sebagai pencetus gayachunky shawl-collar cardigans yang sering beliau gayakan dan juga sut three-piece dan tali leher sutera menjadi perhatian peminat dan masyarakat umum.

Pendeknya daripada shearling coats hinggalah ke jaket bomber lusuh, dia tetap nampak bergaya dan tampan hingga Hollywood mengatakan; No matter what Steve McQueen wore, he always looked like he was born to wear it.  Semua itu ditambah pula dengan keyakinan diri yang tinggi serta naluri semula jadinya yang tahu apa terbaik buat dirinya menjelaskan mengapa beliau masih dianggap “The King Of Cool” setelah setengah abad beliau meninggal dunia.

Di celah-celah para pelakon dan style icon ‘Mat Salleh’ Hollywood yang hebat ketika itu, muncul seorang style icon yang menjadi kebanggan masyarakat kulit hitam yang cukup berbakat. Sidney Poitier, bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonannya tetapi beliau juga dianggap seorang ikon gaya.

Walaupun pada awalnya penampilan beliau tidaklah begitu diambil kira oleh masyarakat amnya, lama kelamaan Hollywood turut menobatkan beliau sebagai antara lelaki punya gaya dan diminati ramai. Dengan penampilannya yang konsisten, akhirnya kemunculan beliau juga sering dinanti-nantikan dan namanya juga tidak pernah ketinggalan apabila menyebut tentang gaya. Gaya klasik dan understated stylenya telah menjadi ikutan bukan sahaja masyarakat kulit hitam tetapi dihormati oleh masyarakat Hollywood dan Amerika amnya.

DilahIrkan dengan wajah tampan dan susuk tubuh yang menarik, hanya sehelai sut ringkas single-breasted yang diaksesorikan dengan tali leher bercorak belang adalah itu sahaja yang Poitier perlukan untuk penampilan hebat – often all he needed to look the part.  

Dengan keyakinan diri yang tinggi, gaya klasiknya telah meletakkan masyarakat berkulit hitam pada satu level yang lebih tinggi dari segi penampilan. Walaupun ketika beliau baru berjinak-jinak di layar perak dan perbezaan warna masih kuat di kalangan masyarakat Amerika, Poitier berjaya meletakkan kaumnya setakuk lebih tinggi setidak-tidaknya melalui penampilan dan gaya.

James Dean dan John F. Kennedy

Ketika berpakaian bagus dan sempurna menjadi satu tuntutan masyarakat dan dengan peraturan-peraturanya yang tertentu, muncul pula satu ‘wira  gaya’ yang berani melanggar ‘peraturan’ tersebut. James Dean adalah wira itu. Letting an original shine that much brighter from those afraid to take chances. Ini antara yang menariknya berlaku pada era kemunculan James Dean.

Pada pertengahan abad Amerika, James Dean merupakan seorang style icon yang luar biasa. Dilahirkan James Byron Dean, mendiang, tidak kisah langsung untuk tampil bergaya dan berdandan seperti para pelakon lain seangkatannya, malah sebaliknya, selekeh, biasa tapi ‘real’Living life, instead of fearing it.

Prinsip itulah yang menjadikan beliau bukan sekadar pencetus gaya alaf baru, malah sifatnya yang bersahaa dan selamba menjadikan beliau seorang ikon yang istimewa yang dianggap muda-mudi ketika itu berpijak di bumi nyata. Di tengah masyarakat sedang bergelut dengan ekonomi dan tidak mampu bermewah-mewah, tentulah trend yang dibawa oleh Dean sesuatu yang relaks. Beliau muncul sebagai wira gaya yang membuat muda mudi dan kaum lelaki berasa selesa dan tidak perlu bersusah payah berdandan atau berterampilan.

Begitupun beliau meninggal dunia pada usianya 24 tahun dan hanya sempat berlakon beberapa tahun sahaja. James Byron Dean yang dicap sebagai Hollywood antihero ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam baik kepada peminatnya mahupun masyarakat Amerika amnya.

Begitupun, dari segi lakonan dan kehadirannya di layar perak, walaupun seketika, wataknya (yang paling diingati filem Rebel Without a Cause pada 1955) begitu berkesan dan menjadi hingga ada yang mengatakan dia adalah lelaki sejati di luar mahupun di layar perak – Dean is real!

Kerana gaya dan penampilannya yang begitu ringkas, Dean juga dikatakan bukan satu role model yang baik untuk muda mudi waktu itu. Imej selekehnya selalu disalah artikan dan begitu dibenci hingga beliau terpaksa memutuskan cinta dengan aktres Itali Pier Angeli kerana ibu pelakon tersebut tidak berkenan dengan penampilan beliau itu.

Dean dikatakan sentiasa memakai kemeja T putih dan jaket lusuh dan muncul dengan sebatang rokok yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Walaupun hidup di lorong yang pantas, namun gaya selekeh dan understatednya menjadi pujaan dan pujian juga kerana dikatakan beliau adalah seorang yang genuine and a real deal dan tidak seperti pelakon seangkatan yang tidak berpijak di bumi nyata. Gaya beliau juga dikatakan evergreen hingga menjadi inspirasi kepada gaya Robert Pattinson dalam Twilight yang dikatakan real dan timeless.

Apa jua negativiti dan cemuhan tentang penampilan beliau, Dean dianggap style icon Hollywood paling hebat kerana ikon lain mengambil masa sepanjang hayat untuk mendapat gelaran tesebut namun Dean hanya mengambil masa yang begitu singkat dan tidak perlu pun bekerja keras dan berhabis untuk penampilannya seperti artis lain – sesungguhnya sesuatu yang luar biasa. 

John F. Kennedy walaupun bukan seorang pelakon atau artis Hollywood, namun gayanya sentiasa menjadi tumpuan ramai khususnya wanita. Walaupun idea of presidential cool sesuatu yang janggal atau mustahil bunyinya namun pada suatu ketika di Amerika muncul seorang style icon yang mewakili kelas pertengahan dan atasan, beliau adalah JFK.

Penampilan polished, preppy, conservative look nya menarik perhatian ramai style-conscious man, termasuklah pereka pakaian, Thom Browne and Ralph Lauren. Tidak pula gaya beliau itu begitu ketara dan menarik tumpuan melampau seperti gaya pelakon dan artis Hollywood yang mana anak gadis menangis hingga pengsan bila mereka muncul di khalayak tetapi secara bersahaja gaya JFK menarik tumpuan lelaki dan muda mudi yang datang daripada kelas pertengahan dan atasan malah menjadi gaya impian muda mudi kelas bawahan. 

Seperti yang sering diperkatakan tetang fashion statement beliau; Not that it was particularly attention-grabbing, but then it didn’t need to be. It was clean, considered and unassuming. Always stylish, but never showy.

Raja Rock dan Raja Pop

Elvis Aaron Presley yang hidup di sekitar 1935 –1977, dan dikenali sebagai Elvis, adalah seorang penyanyi, pelakon dan pemuzik tersohor yang dikatakan paling kuat pengaruhnya kepada masyarakat dunia Barat mahupun di Timur, bukan sahaja dari segi muziknya mahupun lakonannya, malah dikatakan trend setter paling hebat.

Digelar “King of Rock and Roll” abad ke-20 dengan aksi pentas yang penuh sensasi hingga adakalanya seksual. Penampilan gaya yang menarik juga watak dan lakonannya di layar perak yang digabungkan dengan pengaruh antara kaum yang sedang meluas di Amerika memberinya ruang dan peluang baginya meraih peminat yang lebih besar berbanding yang lain.

Penyanyi, penulis lagu dan penari berbakat Michael Joseph Jackson adalah style icon hebat yang popular pada lewat 70-an, hinggalah saat kematiannya pada 2009. Digelar “King of Pop“, Michael merupakan cultural figure paling berpengaruh di peringkat dunia di abad 20. Pencetus  tarian ‘atas angin’ yang beliau namakan ‘moonwalk’ dan ‘the robot’, Michael Jackson merupakan artis muzik pop paling berjaya dalam sejarah.

Sepanjang empat dekad kehadiran beliau, sumbangannya terhadap dunia muzik, tarian dan sebagai style icon dalam dunia fesyen cukup ketara. Menariknya beliau bukan sahaja mempengaruhi peminat-peminatnya tetapi juga rakan artis yang lebih muda mahupun tua di dalam pelbagai genre turut terikut-ikut dengan gayanya. Yang pasti gayanya dalam klip video seperti Thriller, Billie Jean, Beat It, Man in the Mirror dan Bad telah merangsang peminat dan masyarakat untuk meniru.

The Beatles

She Loves You Yeah! Yeah! Yeah! Bagi mereka yang dilahirkan pertengahan dan lewat 50-an pasti tahu rentak lagu rancak ini. The Beatles adalah satu kumpulan kugiran rock Inggeris yang muncul di Liverpool pada 1960. Dibarisi oleh anak muda berbakat John LennonPaul McCartneyGeorge Harrison dan Ringo Starr, dianggap bukan sahaja the most influential band of all time, namun gaya berpakaian dan dandanan rambut mereka menjadi tiruan serata dunia waktu itu.

Selain terkenal sebagai pencetus rentak dan irama baru dalam dunia muzik yang dikatakan gabungan skifflebeat & rock 50-an yang mengandungi elemen musik klasik dan pop tradisional yang mana ketika itu merupakan satu penemuan perkembangan counterculture, mereka juga adalah style icon cukup ketara dan merubah gaya mudi-mudi berpakaian bukan sahaja di Barat malah di Timur termasuk Jepun, China, Korea dan negara Asia.

Gaya Beatles boleh dibahagikan kepada tiga ‘era’nya yang tersendiri iaitu daripada rambut mop hingga rambut panjang mencecah dan melewati bahu serta  kemejaT kolar polo dan sut serta hingga ke gaya Hippies yang dibentuk pada pertengahan dan lewat kemunculan mereka.

Perubahan atau gelombang aliran ini dapat dilihat dengan ketara pada penampilan mereka dan adalah sesuatu yang signifikan kepada imej kumpulan ini. Antara yang dipopularkan pada peringkat awal kemunculan mereka ialah seluar slak melekap dan jaket tanpa kolar Pierre Cardin hinggalah sut yang digandingkan dengan seluar bell-bottom yang mana juga adalah gaya yang menjadi kegilaan muda mudi pada tahun-tahun 70-an, hinggalah munculnya budaya Hippies yang memuncak di barat.

Most stylish gentleman … Legasi James Bond

Hinggalah pada 1962 apabila watak ‘mata gelap’ yang diperkenalkan dalam filem James Bond, tidak kiralah siapa pelakonnya, yang pasti; perwatakannya sentiasa begitu sempurna dan bergaya. Sentiasa bergasak melawan musuh dan memerangi jenayah dengan memakai the perfectly tailored suit. Setiap babak mempamerkan karakternya dengan penuh style and class; daripada koktail yang dia minum hinggalah cara dia menyalakan api rokoknya.

Tidak kiralah kala bergasak, bersantai atau sedang bertugas, lelaki James Bond hanya memakai sut, kemeja dres putih dan bow tie yang dipadankan dengan slak kemas. Rambut tersisir rapi dan wajah yang tampan bagai tidak pernah terluka atau tercalar melengkapi seluruh penampilan.

Inilah gaya yang menjadi ikutan sejak setiap hero atau watak James Bond yang dilakonkan oleh sejak David Niven, George LazenbyRoger MooreTimothy DaltonPierce Brosnan dan terkini Daniel Craig yang sedikit istimewa dengan mata birunya. 

Siapapun pelakon James Bond… kesinambungan gaya super gentleman diteruskan.

Dalam dunia moden dan serba canggih kini, kita ada beberapa ikon gaya moden daripada Perry Como ke Elvis Presley, Brad Pitt, George Clooney, Ryan Reynolds hinggalah David Beckham dan Justin Bieber. Antara ‘modern-day man of style‘, tentulah karakter Ryan Gosling’s sebagai Jacob Palmer dalam filem Crazy, Stupid, Love dianggap cukup bergaya dan menjadi ikutan.

Dalam filem komedi romantik 2011 ini, Jacob sentiasa dilihat dengan sut tailor kemas, dan tiada walau satu helai pun rambutnya pun yang dapat dilihat out of place. Setiap perincian, hinggalah ke stokingnya dikatakan, ‘is intentional and coordinated’

P Ramlee, Jins dan Ahmad Daud

Di Malaysia juga terdapat beberapa style icon yang muncul sejak tahun 50-an, antaranya Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh (22 March 1929 – 29 May 1973),  Lebih dikenali sebagai P. Ramlee (Puteh Ramlee), beliau tidak perlu diperkenalkan lagi kerana satu Malaysia tahu siapa dia pelakon, penyanyi, pengubah lagu, penerbit dan pengarah filem yang berasal dari Pulau Pinang ini. Di zamannya beliau dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah popular di BruneiSumatra, Indonesia, juga Hong Kong and Jepun.

P. Ramlee dikatakan bukan sahaja mempunyai sense of dressing yang hebat malah beliau juga mempunyai susuk tubuh dan ketinggian yang menarik. Bila teringat P Ramlee peminat pakai dengan tarbus merahnya.

Walaupun ketika itu terdapat pelakon bergaya seperti Jin Shamsuddin dan Ahmad Daud serta lelaki keturunan istana dan bangsawan yang bergaya khususnya mereka yang pernah belajar ke luar negara, namun dalam hal gaya,  P.Ramlee duduk di kelasnya yang tersendiri dan menjadi trendsetter.

Antara lainnya Jin Shamsuddin dan Ahmad Daud, adalah dua lagi pelakon se era P.Ramlee yang  popular dengan gaya tampan mereka dan menjadi ikutan muda-mudi waktu itu.

Almarhum Senator Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Zain “Jins” Shamsuddin, dilahirkan di Taiping, Perak pada 1935 belajar hingga ke peringkat Senior Cambridge di King Edward Vii Taiping, Perak dan sepatunya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya Singapura tetapi setelah berpeluang di ujibakat dan berjaya, Jins terus mendapat tawaran termasuk daripada Shaw Brothers Hong Kong hingga almarhum tidak mampu untuk meneruskan pengajian tingginya dan fokus pada berlakon.

Gaya dan penampilan beliau senantiasa menawan dan tampan. Selain sut dan kemeja bercorak senteng dan berlengan pendek yang beliau sering mengandingkan dengan slak yang sedang-sedang muatnya, kemeja T lengan panjang berkolar polo juga menjadi entrademark gaya Jins.

Seniman Dato’ Ahmad Daud Mohamad Hashim (12 Mac 1932 – 11 Jun 2002) pula adalah seorang penyanyi, pelakon dan penerbit pada era 1960-an hingga lewat 80-an. Penampilannya yang bergaya menjadi ikutan hingga ada lagu yang dicipta untuk beliau. Lagu bertajuk ‘Pakcikku Bergaya’ (saduran lagu Inggeris iaitu Summerwild) itu beliau berduet dengan anak saudaranya Rahimah Rahim.

Ahmad Daud juga pernah menjadi DJ sambilan Radio Malaya Singapura pada suatu ketika, dan selain mengacarakan rancangan The Ahmad Daud Show di RTM TV1 sekitar tahun 1970-an. Kemunculan almarhum dalam program tersebut dan di mana saja beliau pergi menjadi perhatian kerana gayanya yang menawan.

Kembali kepada topik asal; The Style Icon, kelebihan ketiga-tiga pelakon ini adalah kefasihan mereka berbahasa Inggeris termasuklah Ahmad Daud. Beliau pernah bersekolah di Penang Free School tempat ayahnya mengajar dan di situlah dia belajar bertutur dan menulis Bahasa Inggeris. Kelebihan ini membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk bergaul dan terpengaruh dengan gaya-gaya dari luar seperti Hong Kong, Hollywood dan Bollywood.

Related posts

SENANG TOM ABANG SAUFI

adminwm

Hulurkan Kasut Hulurkan Kasih

adminwm

Tas Tangan Street Style Musim Luruh 2018

admin

Leave a Comment