kecantikan

MASMUQA; Penjagaan Kulit Laksana Emas

Dalam landskap kecantikan yang semakin dipenuhi janji perubahan pantas, MASMUQA hadir sebagai satu jenama yang lebih tenang dan berprinsip. Jenama penjagaan kulit baharu kelahiran Malaysia ini mengangkat pendekatan barrier-first, dengan kepercayaan bahawa kulit yang sihat bermula daripada perlindungan dan pemulihan, bukan rawatan agresif atau rutin yang berlebihan.

MASMUQA tercetus daripada pengalaman peribadi pengasasnya, Nurin Afrina, 24, yang pernah berdepan masalah skin barrier serta kulit sensitif melampau. Setelah penat mencuba pelbagai produk, tercetus keinginan untuk membangunkan rangkaian penjagaan kulit yang ringkas, selamat dan benar-benar berkesan untuk kulit tropika di bawah jenamanya sendiri.

“Nama MASMUQA berasal daripada dua perkataan emas dan muka. Kulit seharusnya dijaga dengan penuh penghormatan, seperti sesuatu yang sangat bernilai umpama emas,” jelas Nurin Afrina, Pengasas Bersama MASMUQA.  Falsafah ini menjadi teras kepada setiap formulasi MASMUQA, yang direka untuk membantu kulit kembali seimbang dan menyerlah secara semula jadi.

Rangkaian minimalis MASMUQA merangkumi enam produk asas—pembersih, toner mist, serum, pelembap, pelindung matahari dan masker helaian. Setiap produk dirumus dengan bahan aktif yang diiktiraf pakar dermatologi seperti Centella Asiatica, Niacinamide, Hyaluronic Acid, Ceramides dan Panthenol, yang berfungsi menenangkan kulit, mengunci kelembapan serta memulihkan skin barrier. Dua produk utamanya, Sheet Mask dan Toner Mist, menawarkan hidrasi segera dan keselesaan kulit dalam masa singkat—membuktikan bahawa kesederhanaan dan sains mampu berganding bahu.

Sebagai jenama buatan Malaysia sepenuhnya, MASMUQA diformulasikan, dihasilkan dan direka secara tempatan bersama pengeluar bertauliah GMP. Setiap tekstur diolah khusus untuk cuaca panas dan lembap Malaysia—ringan, tidak melekit dan cepat menyerap, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.

Identiti tempatan menjadi kekuatan utama MASMUQA, dengan penggunaan bahan botanikal Asia seperti Daun Pegaga dan ekstrak timun yang terkenal dengan sifat menenangkan kulit. Kerjasama erat bersama ahli kimia dan pembekal tempatan turut memastikan kualiti produk kekal tinggi, sambil mengekalkan harga yang berpatutan dan mudah diakses oleh pengguna.

Walaupun masih di peringkat awal, MASMUQA telah mengambil langkah bermakna ke arah kelestarian, termasuk pembungkusan minimalis yang boleh dikitar semula, formulasi tanpa penindasan haiwan serta pengeluaran berskala kecil yang lebih beretika. Dalam perancangan jangka panjang, jenama ini turut menyasarkan sistem isian semula dan pembungkusan biodegradasi.

Melangkah ke hadapan, MASMUQA merancang untuk memperkenalkan Set Penjagaan Lengkap Skin Barrier Repair pada tahun 2026, diikuti acara pop-up, kerjasama runcit dan peluasan ke pasaran serantau seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Dalam tempoh lima tahun, visi mereka merangkumi penubuhan MASMUQA Aesthetic Clinic, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara peneraju penjagaan kulit berasaskan pemulihan skin barrier di Asia Tenggara.

Kerana bagi MASMUQA, kecantikan bukan tentang kesempurnaan tetapi tentang melindungi apa yang paling bernilai.

Kulit yang sihat, dijaga laksana emas.

Related posts

Salun Mewah Patuh Syariah Buat HIjabi Berdandan Selesa

Afiza Kamarulzaman

Kecantikan Matang, Jiwa & Gaya

Wirda Adnan

Trend Kecantikan Musim Bunga/Panas 2026, Dari Pentas Fesyen Ke Kanvas Realiti

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment