kecantikan

Inovasi Jepun Bertemu Jaminan Halal Dalam Rangkaian Pencerahan Premium

Hada Labo, memperkenalkan inovasi terbaharunya, rangkaian Pencerahan Premium yang ditambah baik dengan Teknologi WhiTEQ, kini diperakui Halal bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

Berpegang kepada falsafah Perfect X Simple, Hada Labo dikenali kerana formulanya yang tulen dan berkesan tanpa bahan tambahan yang tidak diperlukan seperti pewangi, pewarna, dan minyak mineral. Dengan WhiTEQ, jenama ini menggabungkan inovasi Jepun dan jaminan Halal untuk memberikan hasil yang ketara dan selamat digunakan setiap hari.

“Di Hada Labo, kami bertekad untuk membawakan inovasi penjagaan kulit dari Jepun yang berkesan, selamat dan dipercayai. Dengan rangkaian Pencerahan Premium baharu yang dipertingkatkan dengan Teknologi WhiTEQ dan pensijilan Halal, kami ingin memberikan keyakinan kepada wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan terhidrat — tanpa menjejaskan kelembutan mahupun kualitinya,” kata Puan Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (Malaysia).

Teknologi WhiTEQ merupakan sistem berpaten yang menyerap ke dalam kulit secara mendalam dan melepaskan 5 bahan pencerah secara berperingkat, memberikan kesan maksimum tanpa iritasi. Formula ini turut diperkaya dengan dua jenis Asid Hyaluronik bagi mengekalkan kelembapan serta menguatkan lapisan perlindungan kulit. Hasilnya: kulit yang lebih cerah, sekata dan terhidrat secara mendalam — setiap hari.

Lima bahan utama termasuk:

•          Niacinamide (Vitamin B3) – Membantu meningkatkan kejernihan kulit dengan menyokong proses pembaharuan semula jadi, menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri

•          Vitamin C (3-O-Ethyl Ascorbic Acid) – Bentuk stabil Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan penampilan wajah yang kusam, dan mengembalikan keremajaan  kepada wajah

•          α-Arbutin – Dikenali untuk mengurangkan tona kulit tidak sekata secara ketara agar kulit tampak lebih jelas dan bersih

•          Vitamin A – Membantu memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya lebih licin dan bersinar

•          Ekstrak Centella Asiatica – Menenangkan kulit dan mengurangkan ketidakseimbangan tona kulit

*Dalam ujian terhadap pengguna selepas 14 hari penggunaan secara berterusan rangkaian Hada Labo Pencerahan Premium (Pencuci Muka, Losen Jenis Rich & Pelembap Water Gel):

•          90% melaporkan kulit lebih cerah

•          85% melihat pengurangan bintik hitam

•          90% melihat tona kulit lebih sekata

•          95% mengalami penghidratan mendalam

*Berdasarkan ujian pengguna melibatkan 19 responden selepas 14 hari penggunaan.

Rangkaian Pencerahan Premium ini menawarkan 7 produk, disesuaikan mengikut jenis kulit dan keperluan harian:

•          Pencuci Muka 100g RM39.90 – Pembersihan lembut dengan tindakan pencerahan tiga kali ganda dan perlindungan anti-pencemaran

•          Losen (Ringan & Kaya) 170ml RM78.90 – Pencerahan cara terkini dengan manfaat pelembapan berganda

•          Esen 30ml RM95.00 – Kandungan aktif berkepekatan tinggi untuk meningkatkan keanjalan dan kecerahan.

•          Pelembap Water Gel 50g RM85.90 – Hidrasi ringan, sesuai untuk kulit berminyak/ kulit kombinasi.

•          Pelembap Water Cream 50g RM85.90 – Penjagaan berkhasiat untuk kulit normal/ kulit kering.

•          Krim Tabir Suria UV SPF50+ PA+++ 30g RM66.00- Melindungi kulit dari sinaran UV sambil mencerahkan kulit.

Produk kini boleh didapati di Watsons, Guardian, dan farmasi-farmasi utama di seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee, TikTok Shop dan Lazada.

Related posts

30 Tahun L’Oréal Groupe di Malaysia

adminwm

KECANTIKAN DAN KESELARASAN DIRI

Wirda Adnan

Trend Cantik 2025 Yang Menggoncang Dunia!

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment